Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 March 2009

bijak 2

Hari ni usrah. Kakak itu menceritakan kisahnya yang clumsy hari ni, sehingga telah memecahkan tangkai t0ol yang digunakan untuk proses menampal gigi pesakit (di maklumkan kakak yang dimaksudkan adalah student pergigian)..disebabkan kecuaiannya, dan rasa over confident leh handle patient tanpa partner.. akhirnya dia terpaksa membayar harga gelung kaca t0ol yang telah pecah itu.. mungkin separuh harga jika merayu.. mungkin.. 

"Sarah, jangan jadi macam akak hari ni" pesan beliau. Aku xpasti kenapa la beliau memesan kepada ku seorang tanpa menujukan kepada Samiha di belakang itu. Oh! mungkin kami banyak mempunyai perangai yang berhampiran.. maka beliau memesan kepada aku sendiri.

Kelas Perl. 20 Mac. 3pm. D.1.5
Masuk lab dengan steady, tanpa buka beg (jangan tiru aksi ini!masuk lab buka beg la kawan!Rule!) Amik baik punya port.. untuk tengok lecturer dan slide di hadapan. Ya! Sebagai student bioinfo, pendrive adalah perkara termustahak.. kerana nota yang kami bawa semua berbentuk elektronik. Pendrive dihujung fon kucucuk ke USB port di CPU. Baru boleh belajar dengan selesanya. 
"Akak, berapa team 12th nak hantar untuk bola jaring?" - satu mesej masuk.
Oh!aku teringat ada perkara yang aku xsetelkan lagi. Di sebabkan terlalu kerap perlu menggunakan fon, maka aku dengan bijak, menanggalkan pendrive dari fon. Macam ni baru mudah nak ber'mesej'

xsangka, kejap pulak klas hari ni.. sejam sahaja. Eh, tengahari tadi xmakan tengahari. Perut dah bergendang hebat. Otak cuma boleh menerbitkan view kedai azzam tomyam kat 12th.
Aku dah xberpikir apa. Close sumer window kat monitor tu, simpan kedua-dua henset kedalam beg dan terus mendapatkan apa yang dicita-cita kan..

Menunggu makanan di 12th + berborak sambil menunggu makanan siap pastinya memakan masa. kan? ya.. tapi masih steady.. makan punya pasal. (Astaghfirullah..)

Sesampai di bilik,
terus on PC dan melayari kosmo.com..setelah belek2 berita..baru ada rasa nak buat assignment..memandangkan telah ber'folder'2 assignment memenuhi KINGMAX ku itu. 
Nokia 3310 ku capai.. (tempat rasmi, menggantung KINGMAX).. 

OH NO! 

jantung berdebar kencang, sambil otak giat memutar masa dan ingatan..

Lab D.1.5!!

no kak nurul..
msj awanis minta no kak nurul..
call ain.. 3kali da aku call.. no answer.. 
msj awanis masuk.. dpt no kak nurul..
call kak nurul.. voicemail..
call ira, nak mintak no tuto.. x di layan..

Ah apa lah nasib~
now i know, napela kak shira pesan kat aku je..aku mmg clumsy.. mungkin lebih teruk dari dia.

Akak, 
nampaknya saya dah jadi macam akak juga!
~moga sy dapat menghubungi en fizi~
~dalam ke'sedak'an ini, aku teringat pesan Nabi s.a.w pada Abu Bakar ketika mereka bersembunyi dari Quraisy di Gua Thur..
"Wahai Abu Bakar, kamu sangka kita berdua, sedangkan Allah adalah yang ketiga"
~xpe, aku xbersendiri tika ujian ini

Bertenanglah hai hati..rasional sikit dalam bertindak..assignment leh mntk member. thesis? ada kat pC kan.. 

6.30pm
12th rc.

3 comments:

Hajar B said...

hai..mmg xleh bantu..
asal2 nak beli kingmax dulu, bior gantung kat fon bior tak tercicir..
las2, sama jugak akhir nya..
ahaha

Merentas Horizon said...

takdir~ (klise punya jawapan..sbnrnye cuai)

ismi far_za said...

sarah...
[menggeleng kepala 3x]
nnti gntung kt leher plak ^_*