Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 March 2009

Maaf

M.A.A.F
Ada 4 huruf sahaja. Tapi paling sukar dilafazkan mahupun diterima. 
"Aku minta maaf"
"Kau cakap memang la senang.Kalau la maaf boleh merubah segala-galanya"
picisan sedutan dari drama2 swasta. Kita selalu dipengaruh oleh persekitaran bila mempersoalkan perlakuan harian kita berbanding rujukan sunnah mahupun wahyu. Maka ya!Jadilah seperti lirik lagu kumpulan Blue.. "sorry seem to be the hardest word".. memang sukar kan?

Tapi mari kita selak seerah, saat nabi menyebarkan dakwahnya. Berapa banyak caci maki cercaan yang baginda perolehi? Saat baginda ingin meluaskan dakwah di Taif dan dipandang sinis oleh Bani Thaqif, malahan di lontar batu oleh anak2.. tak sekali pun nabi mengeji, malah nabi mendoakan, 
"Yang aku harapkan agar Allah membangkitkan satu generasi dari mereka yang menyembah ALlah dan tidak menyekutukanNya"
Betapa hebatnya Nabi Allah s.a.w. Sampai begitu teruk diperlaku,namun tetap jua memaafkan, malah mendoakan pula kebaikan..
Ya!memang kita bukan nabi, tetapi kitalah warisnya..kitalah penerus agama Allah yang perlu meneruskan qudwah yang nabi kita telah tinggalkan..
....................................................................
*maaf.kisah ditarik balik kerna mencetus kontr0versi*
-ok??harap semua puas hati-
m0hon maaf atas kejahilan diri dalam menjalin kata
~sekian~

9.45pm
12th RC

4 comments:

ladygirl said...

terpana sekejap..kagum dgn keberanian dia meminta maaf di khalayak ramai..wpun masa hg citer psl kes kecurian tu ada gk la rs tak puas ati..tp la ni rs cam kesian plak..betullah pesan Saidina Ali,"Berkata benarlah walaupun pahit". sbb yg pahit tu mmg sukar diterima tp selalu menjadi pengubat kpd kesakitan..

'ainun said...

eh, ye ke sarah???
bila kejadian tue??
sebelum ke slpas dtg bilik wani??
rasa nk sgt saksikan kejadian tue..
ye, dia tgah di uji..Alhmdulillah, mgkin sekrg dah bertemu jln
-sarah, sori ea td(ms kat blik)...rasa cam xda mud sgt, ngntuk n nk tdo sebenarnya..huhu

Merentas Horizon said...

wani>>selepas kite g bilik hg.kite g surau balik.time tu la.alhamdulillah segalanya ok. tp cm sian la gak tgk die. ngantuk ke td?xpe,aslkn dpt 50 sen.haha!
awanis>>terpana eh?heh..kite pun saspen gak td..tbe kene tggu..gempar!!

Ahya said...

urm..
*speechless*