Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 June 2009

serah : perang jamal II

Salamalaik..
disini ada pemberitahuan, setelah membuat sedikit penelitian terhadap sumber sejarah yang dipercayai, bolehlah dikatakan bahawa, Abdullah b Saba' sememangnya wujud. Namun, terdapat segelintir pihak Orientalis mahupun Syiah kontemporari yang sengaja meng'hazaf'kan susur galur kewujudan Abdullah bin Saba' ini dari sejarah.

Caranya mudah, Saif Ibn Amr Al-Tamimi yang merawi kisah Abdullah bin Saba' ini membuat rujukannya di Tarikh At Thabari. Namun, Tarikh At Thabari ini adalah satu himpunan kisah-kisah sejarah yang lepas (bahan mentah).. kisah2 di dalam Tarikh At Thabari tidak di analisis rawinya.

Ramai pula yang mengatakan hadis yang diriwayatkan oleh Saif tidak boleh diterima, kerana hadis2 yang diriwayatkan olehnya adalah lemah.

Apabila datangnya para Orientalis mahupun Syiah Kontemporari, mereka semua merujuk kisah Abdullah b Saba' ini dengan riwayat Saif Ibn Amr Al-Tamimi sahaja. Sedangkan, banyak lagi hadith2 dari Al-Kishi, Abu Jaafar Al-Thusi, Al-Muzaffari, Al-Sayyid Muhsin Al-Amin.

Abdullah bin Saba' tetap tsabit dan kekal di dalam sejarah sebagai pemain utama di dalam penyalaan api fitnah yang membawa kepada pembunuhan Uthman bin Affan Radhiyyallahuanhu dan tragedi itu akan terus dikenang sebagai suatu bencana kepada perpaduan umat Islam yang terjejas hingga ke hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah-kisah Abdullah bin Saba' ini..bolehlah membuat kajian yang lebih serius dengan pakar-pakar sejarah yang dipercayai.

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas Usman, di antaranya seperti `Ammar dan orang yang lebih utama daripada `Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

Sekian, wallahualam.
Ampang, Selangor.

No comments: