30 Jun 1960 - 30 Jun 2009 (49 tahun)
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Teacher Miskiah. Mak adalah seorang ibu yang best.
Sehingga hari ni, setiap kali aku demam/sakit.. pasti emaklah manusia pertama yang akan dikenang.. sebab mak akan membuat aku rasa tenang dan selesa. kalau lenguh badan, emak picitkan dan sapukan minyak panas.. kalau demam mak yang buatkan air halia kasi sejuk badan.. begitulah seterusnya. Tu baru sentuh bab demam.. kalau bab2 lain usah katalah.. Mak selalu menjadi no 1..
Terima kasih mak kerana melahirkan dan membesarkan aku yang banyak kerenah ini. Semoga hidup mak terus sentiasa berada dalam rahmat Allah..
Amin.
Ampang, Selangor.
No comments:
Post a Comment