Dulu, ada satu masa belajar matematik di tingkatan 3.. waktu tu Cikgu Noriah yang ajar, dan aku xingat topik apa.. algebra mungkin..
Bila cikgu ajar, aku dah faham. senang gak algebra ni. kata aku pada waktu itu.. tapi cikgu asyik ulang2 lagi sebab ada orang masih belum faham. di sebabkan da faham aku jadi bosan dan mengantuk.. terus la aku tido di dalam kelas tersebut. tapi dalam kesamaran itu, aku tedengar..
"Ha Aisyah tido waktu cikgu ajar, da faham sangat ke cikgu ajar ni?"
sentap betul aku.. tapi, memang da fahamkan? maka aku pun terus sambung tido lagi ^___^..
time tingkat 3 gak, Cikgu Noriah tgh sarat2 mengandung, jadinye time kelas tambahan, dia minta sorg cikgu ni ganti dia.. aku pon xingat nama cikgu tu, sbb aku ingt sekali je dia dtg kelas kami.. bayangkan, cikgu lelaki muda dan satu kelas yang penuh dengan perempuan.. hehehe..
Jelas ketara cikgu ni sungguh pemalu. Memang kaku la dia ajar. kami pada awalnya turut tersampuk kaku dan buat-buat faham aje apa dia ajar.. lepas dia suruh kami buat latihan, tba2 fon dia bunyik..
"lah dah kawen ke dia?xbg tau pun" bla bla bla..
bile dia letak je fon, terus sorg kawan ni (Fina mungkin) jerit.. "cikgu, siapa kawen?"
tak semena-mena telinga cikgu tu terus jadi merah. Aku pun xfaham apa la yang dia malukan sgt.. tapi nampak nakal jugak zaman sekolah tu..
tingkatan 4, sambutan hari guru aku join venture ngan Ana Leman tolong beliau buat satu game ni guna VB xsilap.. ahaha~.. (actually Cikgu Mael gak yg buatkan.. aku tolong tekan mouse je ketika hari kejadian..)
inilah sebahagian keratan episod hidup aku 7 -8 tahun yang lalu.. fuh!lama betul, macam xsangka..
---------------------------------
Di kesempatan ini,
saya mahu mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada para guru di Sekolah Raja PerempuanTaayah yang dicintai dan dirindui selalu..
Cikgu Nazeri yang garang, Ustazah Fatimah yang tak jemu2 memberi nasihat, Pn Umi Maznum thanks for the Bio info, Teacher Salwani, Ustazah Rozaidah, Ustaz Salleh, and all the ustaz/ustazah/dan cikgu yang tak ter'list'..
juga untuk para pendidik di KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG.. The most goes to Ustazah Latifah for introducing me Usrah.. semoga masa akan menemukan kita lagi ^_^.. ustaz naseer, en Sobri.. dan semua yang pernah dan tidak pernah mengajar saya..
Tidak dilupakan cikgu sekolah rendah, SEKOLAH KEBANGSAAN DATO SAGOR .. Cikgu Fahimah, Cikgu Rosmaraya, Ustazah Noraini.. oh my god.. long term memory lost.. dah tak ingat nama2 cikgu, baik jangan teruskan.. karang keluar lak nama2 rekaan.. hehe
seterusnya, semua pendidik di UNIVERSITI MALAYA.
and the last, selamat hari guru untuk Cikgu Basri dan Teacher Miskiah.. cikgu yang tak pernah kalah dalam mendidik masyarakat dan anak2..
May god bless all of my Teachers. Moga Jannah ganjaran kalian disana kelak ~
Pen off,
Kelana Jaya
No comments:
Post a Comment