Assalamualaikum semuanya. Alhamdulillah, bernafas lagi kita pada tahun 2012 nih. Tahun baru, spirit baru tak? Ya sempena aktiviti sambutan hujung tahun? Seperti yang dikabarkan.. aku memilih Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati. (ok sebenarnya jadi AJk, so no choice lah kan? hehe)
Himpunan tahun ni? fuh luar biasa!! outstanding.. siap masa majlis penutup Ummi Rose request Dataran Merdeka lagi untuk next himpunan.. hehe, will see. tahun ni pun dah banyak aktiviti ilmiah dalam acara-acara sambutan tahun baru, so tak mustahil kalau next year himpunan di Dataran Merdeka, kan? hikhik.
Ok tentang program semalam, aku yang menjadi ajk picisan ni tak berapa pasti sebenarnya total kehadiran peserta. Tapi berdasarkan desas desusnya, more than 1000 yang hadir. Nak percaya ke tak? Memang kena percaya tau, sebab kat dewan muktamar tu saja, dorang sampai duk kat tangga tak cukup seat. Phew~ Naik stress jugak JK TTK yang ditugaskan untuk uruskan kedudukan peserta dan bukan peserta.
Overall, bagi aku melalui kacamata AJK, sepatutnya boleh buat lebih baik. Tetapi bila dengar adik-adik peserta gembira, aku pun ada rasa sedikit relief.
Ada satu yang aku perasan bila menyertai aktiviti-aktiviti berunsur Islami ni. Semua lelaki-lelakinya tampak kacak bergaya, dan perempuan-perempuannya pula cantik belaka. Bukan senang nak cari anak-anak remaja yang lebih mendahulukan hiburan islami berbanding hiburan semasa. Adik-adikku, semoga kalian juga seterusnya menjadi mata rantai perjuangan para nabi. Ameen!
++Ringkasan++
Sabtu. petang: pendaftaran, perasmian permbukaan. malam: forum (fetri yahya, ustzh firus, aishah) + konsert (shoutul harakah) + ceramah (ustz zahazan) + ikrar tahun baru (abdullah omar) + bacaan selawat (imam muda)Ahad. pagi: qiam dan tazkirah subuh (imam muda hassan), larian ke taman tasik perdana, aktiviti, Breakclaps (Bro Bit) + perasmian penutup
*Dapat jumpa lagi fasilitator dan adik-adik peserta tahun lepas.. T_T rasa macam reunion, letih tapi seronok. Ngam kan?
p/s: Tadi sepanjang perjalanan pulang dari program idea mencurah nak menulis. Tapi disebabkan tertangguhnya pertemuan dengan laptop dan internet. Maka, beberapa perenggan ini sajalah ye.
1 comment:
reunion setahun sekali.
ya Allah rindunya :)
Post a Comment