hihi. tiba aku nak tulis pasal benda ni kan. entah rasa nak share + nak jot something untuk ingatan di masa depan. Ok, masih berkitaran mengenai kehilangan Si Samsul. Kalau aku ceritakan kronologi kehilangan mesti korang semua macam tak percaya plus tergetus dalam hati
"hai la, kau ni memang nak sedekahkan kat orang gamaknya tab tu"
Muahaha! aku tak kesah la nak kata apa pun kan. Aku redha je memang salah sendiri pun +,+ .
(Aku ada ceritakan kat kawan se-ofis dan setelah beliau mendengar kisah tragis ini, boleh tak beliau gelakkan saja sambil mengatakan dia akan continue gelak dalam sebulan ni bila teringatkan kes ni)
So setelah ditimbal balik aku rasa tak yah la nak citer :P Cukup la hangpa tau Samsul telah hilang kan?
Ok apa yang aku nak rumuskan post-kejadian menyayat hati itu adalah... everything happened, dont panic! dan jangan juga dihanyutkan oleh emosi, kerana anda kena paham. yang anda deal sekarang bukan calang-calang phone. Ia bukan telefon kebanyakan melainkan adalah smartphone. Nama pun dah mengancam kan? smart tu.. bijak. Sayangla kalau phone da bijak tapi tuan tak berapa nak bijak kan? Ahha~ (dush kena batang hidung sendiri)
Pertama-tamanya, untuk anda yang belum hilang phone/smartphone. Bolehlah taipkan *#06# di telefon masing2 dan dapatkan IMEI number telefon anda. Jot down dan simpankan di tempat paling selamat yang anda terfikirkan. Kerana nombor ni merupakan cap jari untuk phone. Jadinya sekiranya dihari depan phone hilang, you can just go to phone service centre dan laporkan kehilangan phone. So service provider akan blok kan telefon anda, dan pengguna tak dapat lagi nak menggunakan phone anda (even mereka tukar sim sekalipun) Dan jika bernasib baik, phone bijak anda mungkin boleh dijejaki menggunakan sistem GPS. (al-maklumlah telefon bijak kan.. mesti ada khidmat GPS)
err, tapi sedih sekali kerana saya tak pernah jot down IMEI number saya T_T
Cara kedua, macam mana pulak kalau kita tak pernah pun simpan IMEI number ni kan? dan sekarang phone pulak da hilang. Jangan cepat bimbang! Ingat tak, dalam android phone, ada market kan? yang sekarang namanya adalah Google Play Store. korang perasan tak, sebenarnya bila nak download sesuatu apps baru di Google Play, mereka akan minta permission dari gmail korang? perasan tak? ahha. So sebenarnya korang punya gmail ada link dengan Google Play.
Ada beberapa apps di google play yang mungkin boleh membantu kalian. Seperti Wheres My Droid dan Android Lost. Tapi macam aku kata, pastikan anda semua tidak panik ketika kejadian. Dan lakukan aktiviti trace-men-trace ini pada kadar segera (mungkin dalam lingkungan sehari/2hari dari tarikh hilang) Sebab apa, eventhough kita boleh installkan apps dari laptop kita, tapi.. untuk communicate dengan phone. Ia adalah menggunakan platform SMS. Jadi kalau da lepas seminggu baru korang nak trace.. dan phone pun orang da amik dan change SIM. susah la.
Current problem with mine, da lepas seminggu dan baru notis cara ni. Dan my android also already have new owner. =,= Aiyark!!
Sekian dulu perkongsian dari aku tentang telefon bijak ni. Kalau korang ada cadangan untuk kes aku nih, boleh utarakan okeyh?! Oh, ya disebabkan kehilangan si Samsul. Maka, automatically my Maxis number is unavailable. Tunggulah bila rajin aku ke Maxis dan ambil balik nombor tu. ^____^.
Harap post ini dapat membantu..
No comments:
Post a Comment