Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 December 2012

Review 2012

I'll write this a day earlier, so it will be posted while I'm busying in Shah Alam.

Assalamualaikum,

baiklah ini akan menjadi post penutup untuk tahun 2012.

Bagi aku, berbanding 2011, 2012 memberi aku faham tentang sisi hidup yang berbeza. 2012 tak semanis 2011 :( Tapi takpe, aku dapat hadamkan segalanya.

Nak review pun rasa perit, orang kata kisah duka jangan diulang-ulang kan? susah nak move on nanti.. Banyak yang terjadi tahun ni, terlalu banyak. Semuanya tertulis lewat post-post aku yang lalu. Pendek kata, aku dah boleh pahamlah perasaan orang yang ikat perut tiap hujung bulan :P.. Kalau nak sort kan pun, rasa bikin nangis je kan.


By the way, i think i can endure it InsyaAllah. Tuhan akan duga kita sekuat mana yang kita mampu tahankan? Optimis lah. Semuanya Allah bagi pergiliran. Sang pelangi takkan selamanya muncul lewat jendela rumah kita, orang lain pun ingin lihat keindahannya juga kan?

Dalam kepayahan aku melangkah saat terjatuh, aku belajar melihat dari sudut berbeza. Allah beri ruang untuk aku rasa kasut yang berlainan saiz. Dan aku perlahan-perlahan memahami, kenapa wajah mak dan ayah nampak sangat tua, dan ternyata senyum mereka ada warna yang berbeza dari orang muda. hakikatnya dugaan mereka lebih-lebih hebat lagi dari yang sedang kita alami.

Nota: Kerjaya juga sudah menunjukkan warna sebenar. *tarik nafas dalam-dalam dan lepas* Langkah perlu lebih kejab, menangkis serangan dari pelbagai arah.

Jika 2011 Allah beri ruang untuk bersyukur dengan kesenangan, 
2012 Allah hadirkan dengan bermacam kesulitan. 
Apa mahu bersyukur lagi atau nggak?

Untuk pelbagai cerita manis dan sakit, terima kasih Allah!! Nikmat udara dan Islam adalah lebih utama!

Selamat tinggal 2012, kita putus!


Here you come 2013, please be nice to me :)

3 comments:

SI PENGEMBARA JALANAN said...

muahahahaha..kita putus itu sungguh tragis di situ.. heh~

dan hasilnya, 2012 telah mematangkan seorang sarah..alhmdulillah..

best x bila dah lalu dan lepas semuanya??

udez said...

suka entri ni..
thx siti sarah aisyah basri..
buatku bersemangat juga...:)

Merentas Horizon said...

kak shira: perasaan tak tau nak kata, tapi nebes jugak tak tau 2013 macam mana pule :P But, it worth to gain experience.

udez: ya, mari kita bangkit semula!!