Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 July 2013

Tazkirah Ramadhan #2: Banyak Kerja

#Isu Alvin dan Vivian - Poster Bakuteh dan Selamat Berbuka
Isu ni rise macam cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak pertembungan pendapat lah yang boleh kedengaran kat mana-mana. In a split second, isu ni dah jadi trending kat most of our social network. FB, twitter etc. Dan paling terbaru both of them tak boleh di ikat jamin. Seolah-olah jenayah yang mereka buat memang kriminal sangatlah, then adalah rakan ofis (cina) yang tak berpuas hati, dan mengaitkan pula isu 6 tahun lepas, dimana seorang perempuan cina yang dirogol oleh lelaki melayu. Kemudian test menunjukkan air mani lelaki terdapat dalam perempuan tu. Tapi disebabkan ayah lelaki tersebut adalah somebody, maka kes close macam tu saja, dan lelaki disabit tak bersalah.

#Isu MyOffice-Mate (Kak P) sudden divorced
Office mate aku, seorang india, tiba-tiba tercerai secara automatik, bila suami dia kahwin dengan perempuan Melayu/Islam. So, bila da revert to Islam, automatik perkahwinan pertama terbatal sendiri. Then, jadi lebih problem bila tak lama lepas dia kahwin lain, dia eksiden, meninggal. Dan seharusnya harta jatuh kepada isteri dia yang malay since itu dalam syariah law. Di satu malam, tiba-tiba isteri malay ni datang minta kunci rumah dan kunci kereta arwah. Dan bermulalah episod gelandangan office-mateku tu dengan anak perempuan dia yang baru beberapa bulan.

#Kak P ke jabatan agama untuk dapatkan borang-borang berkaitan suami dia
Di sebabkan Kak P takde sebarang dokumen pun tentang suami dia yang dah Islam, dan status perkahwinan dia yang tergugur sendiri, maka Kak P terpaksa dapatkan sendiri dokumen tu di jabatan agama. Sampai sana, staf-staf dikaunter pula macam tak membantu, diorang cakap maklumat tu rahsia dsb. Takda orang nak layan dia kat sana, sehinggalah dia menjerit-jerit minta panggil boss keluar, barulah boss dia keluar dan entertain.

#Seorang makcik tanpa sedar adalah Islam
Kak P jugak ada bercerita tentang makcik yang tak tau baca, dan tak tau tulis, disuruh tanda tangan satu borang oleh ketua kampung. Sedar-sedar nama dia dah ditukarkan dalam IC, dan agama pun dah jadi Islam. Menjadi problem bila nak keluarkan PERKESO bila nama IC dah lain.

So kat atas tu aku senaraikan sedikit kes dibincangkan oleh rakan opis. Dua orang rakan aku yang dah ada missunderstood tentang Muslim. They both agree with, why bila muslim buat semua ok, but kalau other races, semua tak ok.

So kawan-kawan yang hold the Muslim title, please la.. we are the ambassador of Islam. We have no choice other than, to be a good muslim. Jangan sampai kita menjadi fitnah untuk agama. That is what happened now within our current world. T_T Untuk kawan-kawan non-muslim ku di ofis, sempena Ramadhan ni, aku nak doa ketat2 agar Allah bukakan pintu hidayah untuk kalian, moga terinspirasi untuk kembali ke agama fitrah ini..

For my muslim friend, indeed.. kerja kita BanyAAAAAAk sangat. Doa kuat2 moga Allah istiqamah kan Iman dan Islam dalam diri.

Jom sama-sama kita membahu ke syurgaa-Nya.

No comments: