Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

08 June 2014

Sisa

semalam.

+pagi. bersama dengan 20 orang akhwat ikram PJ menjadi usherer di Masjid Wilayah. (i think collaborate with Ikram WP) untuk majlis pelepasan konvoi bikers program Global March to Jerusalem (myGMJ).



alhamdulillah. short noticed. tapi berjaya dikumpulkan.

+tengahari. ke rumah nasyrah. makan-makan. small reU.

+lewat petang - tengah malam. ke shah Alam, kemuncak program myGMJ. check point terakhir konvoi bikers, ada sajak, ada lagu, ada flash mob, oh dan tarian palestin.


pengajaran dari kisah.

+perkara satu+
masa program pagi, cerita ni dari fauhan. toward the end of the program before kami orang left the scene. maka task terakhir adalah membersihkan semula kawasan pendaftaran iaitu anjung c masjid wilayah. fauhan yang begitu rajin mengutip sampah sarap, termasuklah lebihan nasi lemak yang dimakan separuh jalan.
fauhan. *kutip nasi yang separuh da makan, nak masukkan dalam plastik hitam*
broA. "Eh nak buang ke?"
fauhan. *angguk*
broA. "Jangan buang, biar je situ nanti saya habiskan"
fauhan. *berasa segan dan terus berlalu*

moral: orang kat negara lain starving, tapi kita buang buang je makanan, walaupun nampak macam sisa orang, tapi bro A tu sanggup habiskan makanan tu.. nak mengelakkan dari berlaku pembaziran. T.T takutnya. aku selalu makan tak abis .. 

+perkara dua+
masa program malam, toward the end. ramai yang dah balik meninggalkan dataran. program habis sekitar 12 tengah malam. Jadi sebelum jam tersebut ramai yang dah balik. ada mungkin yang tanpa sedar dah tertinggalkan sisa mereka, seperti tin kosong, plastik beli barang dan straw. aku pun pasang niat, ok nanti balik aku nak kutip sampah tu. tapi tak sempat habis program, aku tengok tin kosong dah takde, plastik pun. hanya tinggal straw. beberapa orang ada lalu, tapi straw tu hanya dipijak pijak saja. sehinggalah ada seorang budak ni, dia terpijak, berhenti dan kutip. *touch* tengok orang buat baik sangat menyentuh perasaan tau. lagi lagi kalau anak muda. anak muda teras masyarakat!!

moral: nak buat baik mohon jangan bertangguh. siapa lambat, orang lain rembat dulu pahala tu.

oh ya!

masa hantar fauhan balik habis event pagi. ada something shocking us! actually mengharukan. pakcik guard rumah fauhan tengah layan alquran terjemahan sambil jaga palang guard.
maka, apa lagi alasan untuk kita tidak membaca alquran? sobsob.. tamparlah muka anda berkali-kali jika pandangan kehidupan seperti ini pun tak mampu menyedarkan anda.

Bangun! dan berubahlah.

2 comments:

ct cucubi said...

huhuhuhu.. TQ for sharing.. lepas ni mesti rasa bersalah nak bazir2 makanan..

Merentas Horizon said...

yup yup. lepas ni ambil yang mampu makan jer. :P