Alhamdulillah. syukur apa adanya.
semalam menyambut ulang tahun kelahiran bersama keluarga besar IKRAM. Sederhana, tetapi ada cebis bahagia.
sedari pagi terus-terusan ucapan masuk ke wasap, baik dari anggota keluarga, sahabat handai mahu pun adik-kakak seusrah.
banyak hadiah makanan tahun ni :) nyaman sekali.
caramel milk tea, kek coklat moist YummYosh, Wany's Kacang, soya coklat dan dadih susu kambing! (terima kasih semua pemberi hadiah yang support gerai jualan KMS :D)
Hari ini.
dikejutkan pula dengan sambutan ulang tahun di pejabat, Domino Pizza sebagai santapan makan tengahari dan Kek Coklat Berrys untuk minum petang.
Alhamdulillah. summa Alhamdulillah.
semoga.
umur yang ada terus memberi ruang untuk terus bertaubat dan menjadi hamba yang lebih baik.
semoga.
kudrat yang makin berkurang akan terus komited dalam berjuang.
semoga.
nafas yang bersisa takkan memberi lelah dalam jalan menuju Allah yang masih panjang.
semoga.
aku juga bisa menjadi seorang pahlawan.
amin. amin.
3 comments:
Amin...naj jd pahlawan jgakkkk..
selamat ulangtahun akak :)
tq fareha.. jom su jom! sesama kita menjadi pahlawan.
Post a Comment