Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

24 November 2015

Ber-impi-lah!

"Realiti hari ini, adalah doa masa lalu" - FB Yus

4 tahun yang lalu, aku pergi ke company trip. Masa tu baru sebulan kerja dengan company sekarang. Tak banyak yang aku tau, tak ramai yang aku kenal juga. Paling kenal adalah kawan-kawan satu department saja. Sebab kerja dengan mereka, makan pun dengan mereka. Masa tu aku the lonely malay girl alive kat department. aha. So, diorang temankanlah aku makan. Makan bersama-sama.

Tapi untuk department lain, memang kenal macam tu sajalah. Yang malay ladies lain, sometime jumpa terserempak masa nak pergi solat je lah.

Berbalik kepada company trip. Masa aku pergi tu, aku tak banyak fikir pun. Dengan assumption inilah jalan pintas nak kenal ramai orang, dan ini juga peluang nak dapatkan Samsung Galaxy Tab 2. Woahaha, macam kelakar. Tapi, i really dream of it kut masa tu!

Aku bukanlah nak cerita tentang company trip tu. Sebab rasanya dah pernah cerita kut sebelum ni, so malas nak ulang. Cuma aku nak imbas kembali satu part dalam aktiviti tersebut. Malam hari pertama tu, ada aktiviti berkumpulan. Dalam aktiviti tu, setiap dari kami kena list kan target dalam tempoh 2 tahun akan datang. Dari segi personal dan juga perjalanan kerjaya.

Aku tak ingat berapa banyak yang aku list kan. Tapi, yang aku ingat adalah seperti dibawah:

- membeli kereta sendiri
- pergi mengerjakan umrah bersama mak dan ayah
- mempelajari mandarin
- menguasai framework PHP yang sedang digunakan + 2 yang baru

Bila aku imbas balik satu-satu, aku tengok all of it achieved walaupun takdelah dalam frame 2 tahun tu.

The key point here is, Jangan takut untuk bermimpi! ^^, 

xoxo,
pen off.

No comments: