Dah lama rasanya aku tidak menikmati pagi yang begitu sunyi dari kesibukan kota. Mungkin kali terakhir adalah lewat tahun akhir di UM. Menghirup bau embun, saat ramai masih lena dalam pelukan mimpi-mimpi indah dunia.
Akhir-akhir ini dah jarang punya kemampuan dan motivasi untuk duduk berlama-lama menghabiskan kerja melewati tengah malam. Faktor usia? Aha!
Usia berkurang.
Motivasi berkurang?
Merbahaya bukan? kerana hakikatnya semua pengurangan itu membawa kita selangkah lebih dekat ke alam seterusnya.
Lalu, masih? mengapa lelah dan malas masih saja terus dilayan bak raja.
hmm.
Banyak idea-idea bercambah bak cendawan pada senggang-senggang masa yang sibuk, namun sering hilang terbawa angin saat tenang lenang menghadap pagi yang sepi.
Salam hujung minggu, moga tak terbazir sia-sia.
Selamat menganyam lapis-lapis mardhatillah menuju syurga.
Damansara Bistari,
1.25pg
1 comment:
Banyak idea datang masa masuk dalam toilet.
Post a Comment