Aku kira ini adalah perasaan biasa dimana jua. Apa lagi dalam jalan dakwah. Pernah sekali betapa aku merasa 'jatuh' bersangatan bila tiba-tiba aku sedar yang aku sedang berlari sendiri. Lalu aku memperlahankan larian, berjalan kemudian tanpa sedar aku kini sedang merangkak perlahan.
Merasa jatuh. bukan perkara main-main. Terlalu menyakitkan. Tapi aku ambilnya sebagai sebuah pengalaman kehidupan. Yang dari nya aku belajar tak semua kita hari ni akan terus bersama sehingga ke akhirnya. Tak semua yang kita harapkan sedari awal akan berakhir seperti yang kita harapkan. Tak semua rasa harus terpenuhkan. Dan dari situ lah kita mula yakin itulah jodoh. Singkat atau panjang. Semuanya akan berakhir.
nyata, tak ada yang sempurna.
Kadang-kadang,
pada yang berakhir tanpa kata, dan penjelasan. Ada juga terbit perih. Manusiakan diberi perasaan. Kerana pengetahuan yang terbatas, dan dipenuhi dengan prasangka.
Bila hari berganti minggu, dan minggu berganti bulan. Kadangkalanya bertahun terasa ralat. Kita akan juga sedar. Tak ada yang harus kita pertahankan selamanya, kerana tiada yang milik kita.
Sabarkan hati.
Redhakan lah rasa.
Moga yang pergi baik-baik sahaja. Begitu juga yang tinggal.
Ayuhlah kita terus melangkah, bertemu lagi muka baru, kembali mengait cinta baru.
Terima kasih untuk sejuzuk kisah saat jalan cerita kita pernah bertaut.
Jom. moving on!
hehe.
till then.
No comments:
Post a Comment