Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 May 2020

Yang terhenti pada waktunya.

Dalam kehidupan kita, ada banyak benda yang kita regret. yang kita rasa ada yang lebih baik jalan takdir dari sedia ada. dan banyak lagi persoalan-persoalan yang kita suka persoalkan.

Tetapi seiring masa, kita akan sedar. setiap perkara akan terhenti pada waktunya. persoalan-persoalan yang kita persoalkan pun akan terjawab pada waktunya.

Samalah macam ada seorang ni, yang begitu dekat di hati aku. Sebab apa? Sebab dia lah orang yang pertama aku kenal masa mula-mula aku masuk ofis baru. (back on 2011 that time) Baik orang nya, aku suka lah! Sebabkan aku sorang je Melayu time tu, dia lah yang selalu translate kan kalau kawan-kawan cina ni sembang sesama diorang. Pada 2013, dia meninggalkan company. Masa tu aku rasa devastated (over sikit lah kan, baru hiperbola) Memang seminggu sebelum dia left, mata aku senang je nak bergenang. Hari last dia, memang bengkak teruk mata aku.

Bila dia pergi banyak benda yang aku persoalkan. Kenapa dia kena pindah, dan jawapan dia berubah setiap kali aku tanya. Masa mula-mula dia nak pindah jawapan dia sebab nak cari pengalaman baru dan tak boleh cope nak kerja dengan management time tu. Lepas aku tau dia (rupanya) kahwin dengan budak ofis jugak, dia cakap sebenarnya antara reason dia left adalah sebab susah sebenarnya nak bekerja dengan spouse sama ofis. Apapun jawapan dia bagi aku tetap terima je, sebab aku suka kan! Rasa nak simpan dalam poket.

Dan sekarang aku keep on ada rasa nak komen bila dia atau laki dia duk post status kat FB. Bila aku fikir lebih dalam. Baru aku dapat rasakan, kalau dia masih stay, perasaan aku mungkin dah berubah kepada dia, seiring dengan zaman dan suasana yang berubah di persekitaran.

Tu satu contoh je lah, yang aku rajin nak dalami betul-betul hikmah nya. Ada banyak je lagi sebenarnya kejadian-kejadian yang dipersoalkan tapi aku belum rajin nak fikirkan lebih dalam.

(circa, merbabu 2016)

Jadi percayalah, semua yang terjadi itu bersama hikmah yang tersendiri. Cepat atau lewat, kita akan nampak hikmahnya. Cuci hati kita supaya hikmah itu sedia untuk kita lihat dan fahami. 

Syukur selalu ya teman-teman. Aduh. Jadi teringat Indonesia pulak letak gambar Merbabu ni. Moga sahabat di sana semuanya aman ya. patuh perintah negara. #IndonesiaJanganMenyerah

Sekian.

Kg Baru,
5 Syawal 2020.

25 May 2020

Selamat Hari Raya 2020

Assalammualaikum semua..

Apa kabar kalian di 2 Syawal yang mendamaikan ini? Ada bunyi burung, dan mungkin bunyi tupai jugak kut. Aku pun tak berapa fasih dengan bunyi-bunyi binatang ni. Tapi seperti itulah setakat pendengaran aku. Kadang-kadang berselang-seli dengan bunyi kereta yang sayup-sayup dari jauh. Dengar tak dengar. Seronoknya yang tu lah bila duduk area Ulu Klang ni. Bangun pagi nampak Bukit Tabur. Tengok je lah dari sebalik jendela.

Oh ya, berbalik kepada raya kita ni kan. Semalam aku tengok ig kak Mashirah, anak dia tanya "Ummi is raya cancel? Cause no body coming, i'm bored" Pertama kali k dalam sejarah, raya cancel! Kelakar pulak tengok. Ya dan macam tulah, raya pertama aku pun sedikit kepisangan.

Pagi raya bangun, mandi, solat sunat, dengar khutbah, makan. Kitorang makan lambat sebab imam tak sabar nak solat dan baca khutbah, jadi kitorang layan kan je lah. Lepas makan, duduk-duduk sekejap sambil aku buat 2nd attempt untuk layan Money Heist. Dalam nak tengahari Naim dan keluarga nak pergi beraya ke Shah Alam. Aku tak nak la ikut kan. Sebab kalau ikut plan asal aku patut balik Kuala Selangor. Tapi, tapi, tapi. Begitulah, nampak tak pishangnya?

Kawan ofis kat Melati ada ajak makan mi kari kat rumah dia. tak pergi.
Kawan sorang lagi bagitau dia ada di Kemensah. tak pergi.

Aku hanya duduk di katil sambil bermain dengan photoshop. Cukup masa pi depan sambung makan ketupat cicah daging dendeng dan kuah kacang. Kemas pinggan dan meja, masuk balik bilik. Sambung tengok The King pulak.

Dah Maghrib, Naim dan keluarga pun balik. Masuk rumah, solat Maghrib pastu sambung beraya rumah jiran merangkap penjaga anak-anak diorang. Aku masih bersama Netflix, tak turut serta dengan alasan, anak dorang yang bongsu tidur balik dari Shah Alam, jadi aku tolong tengokkan.

So kesimpulan dia gais, 1st Syawal 1441H adalah hari raya idaman aku selama ni! hahahaha.

Nah aku belanja gambar yang aku edit semalam.

Tulisan ini bertujuan untuk ingatan aktiviti hari raya ketika pandemik Covid-19 menyerang dunia dan Malaysia sedang menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP). Antara perkara yang aku serbasalah raya tahun ni adalah, tak balik kampung ketika raya. Kampung Perak mahupun Selangor. Akan ku kenang di masa depan. Minta maaf orang kampung, tak dapat balik raya. Sesungguhnya walau nampak tenang, aku adalah sejenis paranoid jugak for some cases.

p/s: draf yang berlambak aku tulis separuh jalan sebelum ni.. maybe ada yang aku akan post backdated (kalau aku rajin habiskan menulis lah pun)

Sekian,
2 Syawal 1441H,
Kemensah.

10 May 2020

Review filem : Little Women & Kim Ji Young born in 1982

Lama ngat aih duk rumah ni, jadi makin banyak pulak layan movie. Disebabkan aku telah kembali solo sejak semalam. Ya, warga student yang tinggal di rumahku telah pun pulang ke kampung halaman. Maka, aku pun mengisi kekosongan hidup yang telah lama kosong dengan melayan beberapa buah filem. Mari aku komentar sikit tentang filem ini.

Little women (2019)

Filem little women ni mulanya aku nak tengok sebab tengok trailer dia, sebab warna dan latar belakang pemandangan dia cantik! Latar belakang dia macam style english lama-lama. Pakai gaun kembang dan ya kereta kuda? Sebenarnya. filem ni based on buku tau. Dan buku ni ditulis pada kurun ke 18! Penulis buku ni meninggal pada tahun 1888, so korang boleh bayanglah kut masa bila dia publish buku ni. Jadi disebabkan itu, tema dia memang tema lama lah. 

Setelah aku tengok cerita ni, pada kesimpulan aku sendiri adalah.. little women tu merujuk kepada Jo yang masih merasakan dirinya kecil/ muda/ remaja dan hanya ingin keadaan yang sama seperti mereka 4 beradik sewaktu kecil. Hakikatnya, setiap kita tumbuh dewasa, dan takkan sama lagi seperti kita yang versi anak2 dulu, bebas bermain hingga petang. Sentiasa gembira tanpa masalah.

Sedih jugak lah sebabkan Jo yang lambat 'matang' tu, maka dia dah melepaskan Teddy dia. Dia sedar tentang cinta sedikit terlewat. Ya, tapi begitulah kan, jodoh? 

Kesimpulannya, aku suka cerita ni. Macam dekat dengan diri sendiri! Kadang-kadang terperangkap dengan jiwa remaja. Bila sedar dah agak terlewat, dan kawan2 pun dah anak 3! Ahaha. 

Little Women out there, lets grow old together! We can do this. hehe.

Kim ji young born in 1982 (2019)

Ok, terus kepada cerita seterusnya, filem Kim Ji Young ni. Cerita ni, antara faktor penarik harus la Gong Yoo ya! Selain dari tu, sebab aku nampak ramai jugak yang review tentang cerita ni di FB. Jadi, why not? kan.

Cerita ni tentang kim ji young ni sendiri. Dia alami depression selepas bersalin anak sulung diorang. Kalau melayu lebih kurang meroyan ke eh? Aku pun tak pasti meroyan tu macam mana. Tapi yang cerita ni betul2 depression. Depression yang tahap sampai dia boleh wujudkan orang yang tak ada. Dia boleh tersilap tahun. Banyak faktor jugaklah, antaranya sebab dia dah tak dapat kerja lepas ada anak (kena jaga anak), lepas tu mak mertua banyak expectation. Parent sendiri pulak, selalu lebihkan anak lelaki berbanding anak perempuan. 

Cerita dia sedih sebenarnya, sebab sangat hampir dengan realiti banyak daripada wanita-wanita berkeluarga dan bekerjaya di luar sana. Dilema demi dilema yang dihadapi, sangat dekat dengan keadaan semasa. Jadi, fahamlah aku kenapa aku tengok ramai jugak yang berkomentar tentang filem ini di Facebook.

Saya turut mencadangkan cerita ni! Ada kat Netflix aku rasa.