Apa kabar kalian di 2 Syawal yang mendamaikan ini? Ada bunyi burung, dan mungkin bunyi tupai jugak kut. Aku pun tak berapa fasih dengan bunyi-bunyi binatang ni. Tapi seperti itulah setakat pendengaran aku. Kadang-kadang berselang-seli dengan bunyi kereta yang sayup-sayup dari jauh. Dengar tak dengar. Seronoknya yang tu lah bila duduk area Ulu Klang ni. Bangun pagi nampak Bukit Tabur. Tengok je lah dari sebalik jendela.
Oh ya, berbalik kepada raya kita ni kan. Semalam aku tengok ig kak Mashirah, anak dia tanya "Ummi is raya cancel? Cause no body coming, i'm bored" Pertama kali k dalam sejarah, raya cancel! Kelakar pulak tengok. Ya dan macam tulah, raya pertama aku pun sedikit kepisangan.
Pagi raya bangun, mandi, solat sunat, dengar khutbah, makan. Kitorang makan lambat sebab imam tak sabar nak solat dan baca khutbah, jadi kitorang layan kan je lah. Lepas makan, duduk-duduk sekejap sambil aku buat 2nd attempt untuk layan Money Heist. Dalam nak tengahari Naim dan keluarga nak pergi beraya ke Shah Alam. Aku tak nak la ikut kan. Sebab kalau ikut plan asal aku patut balik Kuala Selangor. Tapi, tapi, tapi. Begitulah, nampak tak pishangnya?
Kawan ofis kat Melati ada ajak makan mi kari kat rumah dia. tak pergi.
Kawan sorang lagi bagitau dia ada di Kemensah. tak pergi.
Aku hanya duduk di katil sambil bermain dengan photoshop. Cukup masa pi depan sambung makan ketupat cicah daging dendeng dan kuah kacang. Kemas pinggan dan meja, masuk balik bilik. Sambung tengok The King pulak.
Dah Maghrib, Naim dan keluarga pun balik. Masuk rumah, solat Maghrib pastu sambung beraya rumah jiran merangkap penjaga anak-anak diorang. Aku masih bersama Netflix, tak turut serta dengan alasan, anak dorang yang bongsu tidur balik dari Shah Alam, jadi aku tolong tengokkan.
So kesimpulan dia gais, 1st Syawal 1441H adalah hari raya idaman aku selama ni! hahahaha.
Nah aku belanja gambar yang aku edit semalam.
Tulisan ini bertujuan untuk ingatan aktiviti hari raya ketika pandemik Covid-19 menyerang dunia dan Malaysia sedang menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP). Antara perkara yang aku serbasalah raya tahun ni adalah, tak balik kampung ketika raya. Kampung Perak mahupun Selangor. Akan ku kenang di masa depan. Minta maaf orang kampung, tak dapat balik raya. Sesungguhnya walau nampak tenang, aku adalah sejenis paranoid jugak for some cases.
p/s: draf yang berlambak aku tulis separuh jalan sebelum ni.. maybe ada yang aku akan post backdated (kalau aku rajin habiskan menulis lah pun)
Sekian,
2 Syawal 1441H,
Kemensah.
No comments:
Post a Comment