Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 September 2020

Selamat Bernikah, Razreen & Azira!

Bila kita melangkah di satu bidang, cepat atau perlahan, kita akan berjumpa dengan orang-orang yang sama minat/bidang dengan kita. Sekitar tahun 2012-2013 ketika aku baru menginjak umur belia, aku telah bersama dengan satu pertubuhan belia bernama GEMA Backpackers untuk membuat aktiviti-aktiviti outdoor bersama-sama dengan para belia. Dalam lini masa yang hampir sama, turut muncul satu geng belia yang membuat aktiviti yang hampir sama, Weekenders. Cuma depa ni aktiviti lebih mencapah dan pelbagai la, compare to kami yang berfokus dengan outdoor aktiviti sahaja.

Aku ada juga mengikuti cerita-cerita Weekenders ni sebab ramai jugak geng gema, geng jugak dengan weekenders. Masa pi CBL ada ramai jugak budak2 weekenders yang join, so secara tak langsung kenal lah dengan Laila, Alif dan along. Selepas tu ada juga berkenal dengan Syamel dan founder weekenders tu sendiri, saudara Hisham Mahir (Nasi Lemak Chamam). Masa tu, aku selalu dengar nama Razreen. Sebab depa dalam weekenders ni ada beberapa nama yang rajin nak run program dan Razreen one of the name. Tapi antara penggerak2 ni, yang ni lah aku tak pernah jumpa. 

Sekitar penghujung tahun 2018, GEMA ada buat trip santai hujung minggu ke Bukit Botak di Puncak Alam. Maka, akhirnya, setelah 5 tahun dengar nama, barulah dapat berkenal dengan orang nya. Baik nampak budaknya, berjurus orang kabo. Ramai budak lahir 93 or 94 yang aku kenal, tapi gaya perbualan dia ni tak macam budak seumur dengan nya.

2019, sebelum ke Tahan, banyaklah siri training yang aku pergi sekali dengan Razreen. Korga, foodgasm, gus, lari2 kat bukit jalil lagi apa eh? Sampailah ke Tahan pada Ogos 2019 dan Yong Yap March 2020~ setiap trip memang sengaja menyempatkan masa di perjalanan berforum. Ahaha!
Adalah gambar gegor sekeping masa berforum kat Tahan
Adalah gambar gegor sekeping masa berforum kat Tahan

ya ya ya..
Panjang-panjang tulis ni, aku cuma nak cakap, Selamat Pengantin Baru Razreen dan Azira! Semoga perkahwinan kalian dilimpahi sakinah, mawaddah wa rahmah. Dikelillingi anak-anak comel dan kehidupan rumah tangga yang harmoni hendaknya insyaAllah. 

Terima kasih pernah singgah dalam perjalanan kehidupan yang singkat ini. ~.~

No comments: