Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 July 2021

Bengkel Penulisan : Tulisan Persuasif

Di hari Ahad yang damai, aku pun menyertailah sebuah bengkel penulisan! Aku kira dah kali ketiga ada kut aku sertai bengkel penulisan yang sebegini. Tapi tu lah tu, entah bila nak makin maju dalam penulisan. Setakat blog ni mampulah. Nak buat tulisan yang berunsur informatif atau persuasif? macam belum nampak sinarnya. 

Dalam bengkel ni ada 2 aktiviti yang impromptu kena menulis. 

1. Dancing Pen

Penceramah bagi perkataan, kemudian kita diminta tulis tentang perkataan tu. Sepanjang kita menulis, penceramah akan bagi lagi perkataan seterusnya dan kita akan kena cerita lagi tentang perkataan seterusnya sampailah ke perkataan terakhir. Dapatlah dalam separuh A4. Hanya menulis, belum edit apa2. 

Al-Hasil (yang di tebalkan adalah perkataan yang di sebut penceramah)

Hidup hari ini begitu membosankan. Setiap hari, bangunan yang sama yang terus ditatap. Tiada lagi warna rimba dan bunyi sungai yang mengalir yang selalu dilewati hampir setiap hujung minggu pada satu waktu dahulu.

Rindu, namun hanya bangunan ini yang terus ditatap. Apakan daya, PKPD adalah jalan terbaik bagi kerajaan untuk memastikan keselesaan negara di masa depan. Susah, terperap atau bosan sedikit pada waktu ini harapnya membuahkan satu keputusan yang baik pada penurunan kes Covid-19 di Malaysia.

Sejak pandemik ini, banyak yang kita boleh pelajari hikmahnya. Kaya macam mana pun, jika nikmat bertebaran di tarik balik, tetap tak bererti. Sementara hal yang lain warga miskin kota pula, terus menerus menjadi semakin miskin. Hutang yang sedia ada belum pun berbayar terpaksa di tambah lagi, dek kerja yang terputus di tengah jalan. 

Bila kita lihat di kaca tv, saban hari ada sahaja bantuan yang diberi kerajaan/ individu persendirian tetapi tetap tidak mencukupi. Dalam pada itu, wanita pula menjadi golongan yang paling terkesan semenjak pandemik ini. Apapun, didoakan negara kita kembali sembuh dari wabak ini. 

Rindu kepada norma dahulu semakin menebal.

2. Tugasan membuat satu artikel dan dihantar sebelum 12 malam

Untuk tugasan kedua ni aku belum siap lagi. Kerangka tu siap dah lah, sebab kerangka kena siapkan masa bengkel berlangsung. Kerangka artikel, aku guna kaedah KJ ni. So kalau ikut info ada dahlah, tinggal nak gembur kan sana sini biar terurai dan menjadi satu artikel yang bersesuaian. 

Untuk teknik mengembangkan idea, penceramah bagi 2 kaedah. KJ dan Ishikawa. Kalau rajin bolehlah google untuk pembacaan lanjut dan menyeluruh 

2.1    Kaedah Kawakita Jiro (KJ)



2.2    Kaedah Ishikawa


Ya Allah, berilah kekuatan dan kerajinan untuk menyiapkan artikel sekaligus menghantar kepada penganjur sebelum jam 12 malam ini. Amin. 

Sekian dulu dari aku untuk hari ini di blogspot. 

Salam Zulhijjah gais!

No comments: