Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 January 2022

Happy Birthday Kak Di #kenangan

Tahun 2008 aku di tahun 2 universiti. Masa tu aku berjiran dengan Kak Di. Kak Di ni ada roomate nama dia kak Shuk. Kerap jugalah aku bertandang ke bilik Kak Di masa tu. Kadang-kadang sampai Kak Di pura-pura takde kak bilik sebab tak nak di ganggu oleh aku. Haha! 

Seingat aku masa tu, Kak Di kerap berulang ke Sabak Bernam or Sg Besar macam tu. Dia punya thesis time tu ada kaitan dengan padi. Jadi dia ada tanam padi kat sana. Memang kenalah berulang untuk tengok perkembangan padi dia tu kan. 

Aku dengan Kak Di beza 2 tahun. Walaupun, kalau ikut beza tahun belajar adalah setahun, sebab kak Di student Akademi Islam dan Sains, dia jadi lebih setahun. Sebab ada buat setahun foundation kat Nilam Puri. 

Ha citer dia,

Masa zaman tu, aku kerap pi ngendeng makanan Kak Di. Hehe, bukan.. bukan sebab aku miskin tak berduit zaman tu. Tapi aku makan sikit. Tak berbaloi pi beli. Jadi time masa makan, aku pun akan muncul lah di bilik kak Di. mintak sikit makanan dia. Kalau malas nak basuh tangan, kadang kak Di suapkan. wakakaka! mengada boleh tahan gak en.

Tahun selepas tu, bila dah tahun akhir di universiti, kak Di pun dah grad, dah takde lah orang aku nak share makan. Maka masa tu, aku selalu beli nasi goreng untuk dinner tu, siap-siap aku separuhkan simpan dalam bekas lain. Simpan jadi sarapan untuk esok. Dulu-dulu aku memang tak berapa gemar makan goreng2 sebab portion dia tu aku biasa tak bleh habis. 

Citer dulu lah tapi.. kira-kira 24kg yang lalu. 


Saja story pasal Kak Di. Sebab, hari ni birthday Kak Di! Happy 37 kak Di! Teringat-teringat gak ke Kak Di kadang, rindu ke tu eh? ahaha. Moga kak Di terus sihat, cantik, kaya, berjaya dan diperkuatkan iman sehingga bertemu Allah kelak. Hidup hari ni tak sama dah macam zaman kita belajar, lepas2 zaman PKP, PKPP ni lagi lah mencabar. Semoga Allah beri kekuatan untuk kak Di dan semua kita untuk menghadapi segala cabaran dan ujian kedepannya. 

Love u kak Di! Muah! 😍

7 comments:

Awanis said...

wow. tak sangka anda semanja ituhh.. haha. kak Di yg mana eh, gambar blur tak cam plak. tapi nama dia familiar.

Anonymous said...

Terharunya sarah.. Allah peetemukan kita di dunia..moga pertemukam jg kita di akhirat ye dik...sayang kamu..rindu..sgalanya sdh berubah..tp k.di tetap y dulu..cuma sedang mengembara di atas bumi Allah dgn segala pinjaman dari Nya....doa moga kita diperkuatkan iman. Dan berjaya mencapai keredhaan Allah walaupun sukar dimiliki..������ yang pasti jgn mengalah...zaman sekrg sangt mencabar kan sarah..bnyk fitnah...good luck for your long journy.. don't give up. Mmmuahh sarah. Take care. Jauh di mata dekt di hati.. �� k.di.

Merentas Horizon said...

Hahaha, tapi scene tu takda la manja pun 😝 feeling nau kalau manja2 tu. Biasa kena suap tu sbb taknak makan, pastu nak bg makan di offer la suapkan. Kahkah. Ala xkenal ke kak di. Kalau ada jumpa gmbr clear nnt i pm.

Merentas Horizon said...

Takkan la kak di sama cam dlu lg kak di.. dah mak mak tu. Saya xpela.. sama je. Oh tp xsama dahla laa... saiz lain dh . Hahahaha

Awanis said...

hahaha.. hg banyak sgt kakak kesayangan. yg aku ingat pun kak shira. yg lain dah samar2 dah muka. 13tahun lepas omg dah tua! haha

Sutera Maya said...

tudung sama tiga2 tu...ni antara tudung fav kak sarah juga ni...

Merentas Horizon said...

wow Mid! zaman tu mmg trend tudung tu. btw, cmne tau tu fav tudung? haha. oh tp masa gi Tahan pakai tudung ni gak. LOL.