Happy New Year!
Sekejap betul ek 2022, eh sedar-sedar dah 2023. Percaya atau tidak aku tak sempat summarize pun 2022. Haha! Lembab betul lah nak menaip2 ni. Ok takpe, papepun aku berazam untuk menulis jugak ringkasan 2022 dalam satu post. Mana bleh takde closure kan. Closure datang terlambat pun okey, asal ada. kan kan? Hehe.
Hujung-hujung ni, terasa melankolik sikit. Biasalah, bila perasaan terlebih melimpah limpah ni baru lah ada booster nak menulis. Eh kan awal tahun, kenapa hujung? Aha. Ok, cerita dia, aku kan kerja kontrak. Kontrak aku abis awal Februari nanti. So disitulah hujung ceritanya. Hek.
Taktaulah nak expect apa 2023. Ada plan. tapi ada gangguan lak dipertengahan plan ceni. Rasa macam ralat sikit jugak ni. Kita try ejas dululah apa yang patut. Harap plan tu berjaya la onboard. Tanaklah karam lak. Kalau karam memang aku tak re-plan dah. Haha. Maleh aku.
Eh ape mende ni?
Ok ok. untuk 2023, what to expect eh? Oh, aku nak jadi lebih 'ringan' dari 2022. Nak kena struggle lebih lagi lah untuk dapatkan ringan tu.
Selain tu? macam klishe tapi nak lebih rajin beribadah. 2022, banyak tersasar.
Tahun ni adalah tahun untuk masuk tahun ke 36 dalam kehidupan. Taktahu what Allah hold for me this year. So surprise! Apa-apa pun, harap bila sampainya surprise tu aku siap untuk menerimanya. Sakit ke, happy ke, startle ke. yang penting aku mampu redho. mampu ikhlas. tu jer. Mampu bersangka baik dengan semua yang telah tertulis. Kena lah happy kan gais, semua yang jadi semua plan Allah takkan lah nak merajuk dengan Allah. kan kan?
oh ya, dan.. aku nak lebih rajin membaca.. dan kurang bergosip :)
So. itu je kut yang aku nak taip2 sempena mengalu alukan ketibaan 2023.
Oh hey 2023, welcome! lets know each other more. :)
1 comment:
betul tiap2 tahun tahun surprise... xsabar nak tgu kak sarah reveal plan kak sarah tu apa...hihi
Post a Comment