Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 January 2024

Kebodohan Yang Mahal

Hari ni nak ceritakan tentang kejadian yang agak bodoh tetapi telah memakan modal ya. Ia terjadi pada hujung minggu lepas. 

Cerita di Manjung (Sabtu, 27 Januari)

Pada hari Sabtu yang lepas, aku menemani ayah ke Manjung. Ayah memang suka bersiar-siar, window shopping, mahupun shopping. Tapi selalu tak mendapat sokongan dari mak yang dah sakit lutut bila berdiri lama. Dulu kerap juga ayah keluar dengan kawan-kawan atau adiknya. Tapi adiknya dah menikah dan tinggal berjauhan, kawan-kawan pulak makin berkurangan yang mampu menyokong hobi ayah. Kesian pulak aku kalau tak menyokong aktiviti yang mulia ini. Hehe.

"Jom rah kita ke Manjung"

Maka sekitar jam 3.30 petang, selesai dari makan tengahari aku pun menemani ayah ke Manjung. Ayah cakap ada benda dia nak cari kat sana. Dia suruh aku search toy store sekitar Manjung. Ada satu dalam Aeon, maka kami singgah ke Aeon untuk ke toy store tersebut. Selepas itu akan ke pasar malam memandangkan ada pasar berhampiran Lotus Manjung. 

Sejak pagi aku memang dah diserang sakit perut, tak sangka selepas makan tengahari angin kuskus dalam perut ni menyapa lagi. Hari ni pulak, bukan main ramai pengunjung Aeon sampai terpaksa parking di parking bumbung (first time park kat bumbung, selalu ada je parking kosong kat sekitar Aeon) Sampai di Aeon adalah sekitar 4.15 macam tu.

"Plan kita macam mana ni yah?" aku tanya sesiap, sebab nak pegi toilet terus kan.
"Kita Asar kat sini, lepas Asar kita ke pasar malam"
"Ok"

Maka berpisah lah kitorang satu ke toilet, satu lagi taktau kemana.

Betapa terkezutnya aku ketika ditoilet. Bapak ah! Seluar aku pakai dah reput rupanya, koyak mat! Aduh duh duh. Seluar ni aku jumpa kat dalam bilik baju terpakai kat rumah aku tu. Last time balik, aku tolong sort kan baju2 yang dah tak pakai untuk di hantar ke projek guna semula/ di buang. Maka terjumpa lah seluar ni, nampak helok. Jeans/ slack off white. Tak perasan pulak ada koyak. Sebabkan tadi nak cepat terus je aku capai. Da sampai toilet baru notis. Nasiblah baju aku sedikit labuh, masihlah boleh cover. 

Habis je bisnes di toilet, teruslah aku bersegera ke Aeon untuk mendapatkan 'seluar kecemasan'. Ya, maka kerana terlalu cemas melayanglah RM59. Selalu aku beli seluar kat online je, harga range RM20-30 je. Sobs. Ada je pilihan lain sebenarnya tapi tu lah aku rushing sikit, nak kejar Asar kan.

Di pasar malam Manjung, ayah, cucur udang dan sentimental.

Dia macam bukan kebodohan sangat, mungkin kecuaian? ketidak-begitu-telitian? lebih kurang gitu lah. Tapi itu satu cerita, nak ceritakan lagi satu kisah yang lebih tragis dan lebih mahal.

Cerita di Sg. Buloh (Jumaat, 26 Januari)

Ya, kejadian ni terjadi sehari sebelum cerita aku tadi. 

Balik kali ni aku bagitau kak Siti untuk gunakan Vijay (kereta aku). Kak Siti baru membeli Rokiah (kereta baru dia) Jadi last time dah balik ngan Rokiah, kesian pulak kalau asyik Rokiah je jalan jauh, Vijay nak gak. Maka, balik je kerja terus aku menuju sekolah kak Siti di Sg Buloh. 

Disebabkan nak balik kampung dan kereta akan tinggal 2 malam, maka kak Siti pun alihkan parking kereta ke tempat yang agak sibuk, Namun yang demikian, secara automatik dan tanpa berfikir panjang dia telah menarik kunci pedal kaki, Untuk makluman Rokiah bukanlah kereta baru, ia adalah used car yang dibeli dari orang lain. Yang mana, ketika beli memang owner asal dah takde dah kunci pedal kaki tu, memang da lama hilang lah cerita dia. Bahaha! Boleh pulak dia pergi tarik walau dia tahu kunci takde! Allahuakbar. 


Maka, sepanjang perjalanan pulang menjadi perjalanan yang agak sunyi. Mungkin otak dia sedang ligat berfungsi setelah seketika tadi otak dia jammed dan gagal berfungsi dengan baik. Sambil aku drive, dia pun duk search la google, youtube, fb dan sewaktu dengannya. Dapatlah jumpa locksmith yang boleh buat. 

Bukan promosi Emas Anuar ya. Jangan salah faham.

Ahad tu, kami balik semula ke PJ sedikit awal dari selalu. Ada janji jam 5 petang dengan locksmith yang datang dari Kajang. Adik tu tolong buka kan kunci pedal kaki, dan melayanglah RM120.

Sekianlah kisah kebodohan kami di hujung minggu yang cukup mahal harganya. Dunia ini keras! Atau mungkin juga kurang bersedekah, maka terkumpul banyaknya rezeki orang lain dalam duit kami. We never knew. 

Till then.

No comments: