Tempat ni tak jauh sangat dari PPR Lembah Subang, dia macam convention centre gitu. Pastu ada 1 event yang di hadiri oleh ramai lah budak2 dari pelbagai kawasan. Aku taktau apa yang kalut sangat, aku jadi yang terakhir masuk. Aku ingat kena register, semangat aku beratur belakang abang polis ni. Alih2 sampai dekat kakak kaunter, dia cakap takyah pendaftaran pun, masuk terus.
"Pintu nak masuk yang mana ya?"
"Akak masuk je tepi ni, betul2 sebelah ni pintunya. Tapi kalau akak masuk pintu yang lagi satu, view dia lagi cantik kak" kata adik kaunter
"Seriuslah? Oklah, nak ikut pintu tu"
"Nanti kalau dah tengok, tolong2lah viralkan tempat ni. Tempat ni baru lagi" - kata sorang acik lagi yang turut berada di kaunter
"Boleh.." Dalam hati aku dah bersemangat, nanti weekend nak ajak kak Nora datang sini Kalau betul-betul cantik, why not kan?
Aku baru je nak melangkah keluar bila menyedari adik kaunter tu pun mengikuti aku. Sambil lead the way. Wah, baiknya adik ni.
Betul-betul keluar je dari bilik kaunter tu, adalah pintu masuk ke dewan. Besar nampak nya dewan tu, bertingkat-tingkat, persis auditorium kalau zaman universiti dulu. Adik tu meneruskan langkah ke bahagian sisi dewan tu. Aku membontoti. Melewati bucu luar dewan, aku nampak dah pintu sisi dewan. Tapi, tergamam seketika dek kerana view langit yang beransur senja di sebelah kanan aku. Subhanallah.
Adik tu tak berhenti disitu, dia meneruskan langkah ke bangunan sebelah yang masih dalam pembinaan dan menaiki tangga di situ. Aku macam biasa terus menuruti langkah adik tu. Sampai ke atas bangunan tu, memang lagi masyaAllah ya lukisan langit senja yang terbentang. Allahuakbar. Cantiknya! Warna langit masa tu purple pinkish macam tu. Memang ngamlah.
Dia lebih kurang view macam ni, cuma langit dia tu purple2 pink gitu |
"Eh kakak tu baru buka pintu" suatu suara menyapa kuping telinga.
Baru aku perasan selain kami ada lagi beberapa budak perempuan yang lain. Kalau dari gaya diorang ni, aku rasa budak universiti. Mungkin dalam awal 20an. Umur yang memang tak takut apa-apa. Umur yang kalau boleh aku nak menakluk dunia. Diorang panjat menara kat sebelah bangunan yang kitorang naik. Kira nya illegal lah diorang naik tu.
"Kalau tau tadi baik kita ikut je kakak tu" ujar satu lagi kawan diorang.
"Yang kat atas tu turun sekarang!" kedengaran suara abang guard minta budak2 ni turun. Aku pun ngeri tengok kedudukan diorang ni. Memang berani lain macam dorang ni. Demi apa? takkan demi bergambar kut.
Lebih kurang beginilah kedudukan budak2 atas menara tu. |
Aku yang tadi baru nak enjoy view jadi tak syok lak. Seram tengok diorang ni. Lepas kena jerkah dengan abang guard tu, masing-masing kalutlah nak turun. Punya kalut panik2 tu, tiba2 budak yang atas menara no.2 tu, senget. Menara dia nak runtuh gais! Allahu! Takkan aku terpaksa menyaksikan kejadian ngeri ini. Tuhan tolong!.
Tak kukuh gila menara tu boleh tumbang macam tu je. Tapi ye la.. nama pun masih dalam construction kan. Tak sampai disitu je, menara tu tumbang ke arah menara no.1, menara no.1 pun tumbang! Dah kedua dua menara menyentuh bangunan yang kitorang tengah berdiri ni.
Kejadahnya, bangunan kitorang pun tumbang! Allahuakbar. (Bila difikir balik, logik la kan menara tumbang sebab dia halus, dah bangunan aku ni petak, pasak besar, asal boleh tumbang jugak eh? kontraktor tak berdaftar ke cemana ni)
Dalam hati aku time tu memang mengucap panjanglah, sambil berfikir dalam hati "Macam ni ke pengakhiran hidup aku?" Allahu. Aku pun tercampak sama, mengikut pukulan bangunan itu terhumban.
Sebelum sampai ke tanah, mataku terbuka. Astaghfirullahalazim. Jam di tangan 1.45 minit tengahari. Aku tertidur dari jam 12.30 tengahari. Sejam tidur pun mimpi sungguh real. Bingung aku sekejap tadi memikirkan mimpi yang sangat realistik itu.
Pagi tadi aku ada dengar podcast kat spotify, Ustad tu cerita tentang keindahan dunia ni sementara, tak kekal dan nilaiannya terlalu rendah dibandingkan keindahan di akhirat kelak. Berkali-kali ustad mengingatkan untuk kita berhenti mencari keindahan di dunia. Jangan terlalu terikat dengan kenikmatan yang sementara. Adakah mimpi ini sambungan dari podcast yang aku dengar? Menginsafkan.
Sama-samalah kita mencari pelajaran dan pengajaran dari kisah ringkas mimpi tengahari aku ni.
Allahuakbar. MasyaAllah. Subhanallah. Astaghfirullah.
Innalillah.
Sekian, pen-off
3.28 petang,
Seksyen 19, Petaling Jaya.
No comments:
Post a Comment