Macam biasa, setelah isu perdebatan berlanjut dari pagi hingga ke malam (aktiviti setiap Jumaat), maka diputuskanlah untuk ke Bukit Jugra sebagai aktiviti riadah mingguan pada 22 Jun yang lalu.
Ahli Rombongan: Kak Nora, Along dan aku.
Akulah yang agak reluctant untuk ke sini pada awalnya, sebab rasa macam jauh sangat Jugra ni ya. Sejam perjalanan. Kena bangun awal pagi. Kerja pula habis 12.30 malam. Tapi tak apalah, aku pun tak pernah ke Jugra, kalau tak pergi kali ni, mungkin kena pergi lain kali. Kasi jadi je lah.
Masa kerja tu, aku dah fikirkan dah baju apa nak pakai, makanan dan beg apa nak bawa. Maka tak jadi isu sangatlah untuk bergerak awal esoknya.
Sabtu, 22 Jun 2024
Seawal jam 6 pagi aku dah bersiap menunggu ketibaan along sebelum bergerak pickup kak Nora. Sambil tunggu along tu sempat pekena nasi putih telur mata.
Lepas pickup Kak Nora maka meluncur lah kami menuju ke Banting. Singgah sebentar di gerai tepi jalan, membeli kuih muih sebagai pelapik perut untuk along dan kak Nora yang belum sempat bersarapan.
Sekitar jam 8 ke 8.15 pagi sampailah kami ke trail head Bukit Jugra (sebelah Masjid Al Muttaqin, Permatang Pasir) ke toilet dan terus memulakan pendakian. Bukit Jugra ni sebenarnya takdelah tinggi sangat, tapi sebab starting dia tu jalan tar yang terus menaik, awal-awal dah sedikit minta nyawa. Sikit je jalan tar, sampai di Tangki Air Bukit Jugra, barulah trail memasuki hutan bermula.
Pada pandangan aku, hutan Bukit Jugra ni cantik jugak. Dia jenis lebih kurang Bukit Wawasan di Puchong dan Bukit Saga di Cheras kawasan hutan yang di jaga, normally tempat-tempat macam ni ada cina yang rajin datang sapu2 dan kutip sampah. Bagus diorang ni. Macam biasa, disebabkan kami ni takde guide, so teknik biasa follow the flow. Agak-agak tak tau jalan, tanya je hikers yang lain.
Awal-awal nanti korang akan jumpa simpang Y. Ke kiri akan naik tangga so dia akan agak menguras tenaga sebab naik terus tapi jaraknya pendek. Sementara ke kanan, sedikit lebih landai tetapi jalannya akan lebih panjang. Untuk kesihatan sejagat, haruslah kami memilih laluan kanan (lebih afdhal) Masa kami lalu, sempatlah melintas 2 orang adik ni sedang bertenang menaiki bukit. Dah dapat coordinate lanjut, kami menuruskan perjalanan sehinggalah ke satu simpang. Dah confuse nak naik peak.
|
Tengah tunggu bantuan untuk menentukan arah
|
Rupa-rupanya, selain trail ke puncak Jugra, ada juga trail untuk ke puncak Rajawali dan ke rumah api Bukit Jugra. Namun yang demikian, semangat hari ni tidak seutuh mana, kami pun decide untuk ke puncak Jugra je. Sebab kitorang tak sure jalan (dan berapa jauh untuk) ke Rajawali. Setelah berhenti lama di simpang tu, kami berjumpa lagi dengan adik berdua tadi, diorang tau trail ke Rajawali tapi hari ni tak kesana, jadi kami pun ikut je diorang ke puncak Jugra.
Orang yang kami jumpa ni, namanya Zira dan Zuwa. Bukan biasa-biasa rupanya. Memang warga local yang frequently datang ke sini. Siap bagi plan untuk kitorang pergi lepas turun Bukit Jugra. Allahu! Pucuk di cita ulam mendatang. Trip asal hike Bukit Jugra dah bertukar jadi Trip pusing2 Jugra.
Zira ni peniaga burger, Zuwa pun bisnes juga (tapi tak pasti bisnes apa). Padanlah diorang boleh je datang Jugra ni on pagi weekdays. Diorang cakap weekdays biasanya diorang ikut laluan tar ke rumah api. Kalau weekend je akan naik hike ke puncak Jugra.
Dekat puncak tu agak lama bersantai sebab ada hammock. Santai jugak kat situ. Kemudian kami ke atas sikit dan melihat satu kawasan yang agak lapang seperti padang. Ada jumpa 2 aunty Cina kat situ. Kami tanya-tanya juga lah aunty tu dekat tak kalau kami nak ke rumah api. Aunty cakap dekat, dalam 30 minit. Tapi bila fikir balik fitness aunty ni, tak jadi kami nak terus ke rumah api. Aunty tu cakap 30 minit, mungkin sampai kat aku jadi sejam. Kami ikut cadangan 2Z je, ke rumah api menggunakan kereta. Turun dari puncak, kami follow je Zuwa dan Zira.
Sampai di kaki Jugra, kami membontoti kereta 2Z menuju ke Masjid DiRaja Sultan Ala'eddin atau Masjid Bandar yang dibina pada tahun 1905. Masjid ini pernah menjadi masjid negeri dan merupakan masjid tertua untuk Negeri Selangor. Ciri-ciri reka bentuknya adalah campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. [
Baca lanjut] Bila dah sampai baru aku perasan aku pernah sampai sebenarnya kesini beberapa tahun yang lalu untuk Mukhayam Akhawat. Masa tu masjid ni masih dalam pembaikan.
|
Di hadapan Masjid Alaudin
|
Berhampiran dengan masjid ini terletaknya Istana Bandar. Apa istimewanya Istana ini? Istana ini merupakan bekas pusat pemerintahan awal kerajaan negeri Selangor. Ia juga dikenali dengan istana 40 bilik dan Istana Alaeddin. [
Baca lanjut]
Di sekitar Istana Bandar
Setelah seketika berjalan di sekitar istana, kami seterusnya dibawa ke Wan Ikan Bakar untuk santapan tengahari. Sambil makan, barulah kami mengambil masa untuk berbual dan berkenalan serba sedikit tentang masing-masing. 2Z dah kahwin, both suami tak minat hiking, tapi membenarkan isteri diorang ni hiking dengan syarat diorang pergi berdua. So sweet. Haha. Oh by the way, jemputlah try kedai ni jika ke Jugra. Sedap juga.
|
Mengiurkan sekali hidangan di Wan Ikan Bakar. |
Ketika memilih lauk, Zeera mendapat panggilan dari suami, mungkin dah lama sangat dia diluar, anak-anak perlukan perhatian mak juga kan. Jadi, setelah makan, mereka menghantar kami ke Muzium Jugra dan kami berpisah disitu. Terima kasih banyak 2Z untuk menemani perjalanan yang singkat tapi cukup bermakna.
Di hadapan Muzium Jugra
Muzium Jugra ini pada asalnya merupakan sebuah balai polis daerah atau lebih dikenali sebagai ‘Rumah Pasung’. Bangunan ini berfungsi sebagai tempat untuk pesalah-pesalah jenayah menerima hukuman, menerusi sistem kehakiman British pada ketika itu yang mana bahagian atas merupakan sebuah mahkamah manakala tingkat bawah digunakan sebagai penjara. [
Baca lanjut]
Dari Muzium Jugra, kami menuju ke rumah api Bukit Jugra. Kat sinilah kalau korang biasa nampak iklan paragliding tu. Diorang buat kat sini lah. Dari sini korang akan nampak Sungai Langat dan kawasan sekitarnya.
Turun dari rumah api, kami sempat singgah di Pantai Morib, tapi sebab air surut tak cantik nak bergambar, mostly lumpur je yang kelihatan, makanya singgah untuk solat Zohor saja di Masjid Jamek Jamaiah Morib dan meneruskan perjalanan. Sebenarnya ada expo makan2 gak kat tepi pantai tu, tapi Kak Nora tak nak membazir waktu, jadi tak jadi la kami nak singgah. (Oh nasib baik juga, sebab sebenarnya petang yang sama, jam 5.30 aku ada program juga di Masjid KD)
Destinasi terakhir adalah, mencari kedai kerepek di Banting! Hey, dah sampai belah2 sini please la singgah ya, Banting darul kerepek gais. Ehehe. Antara yang di sebut oleh 2Z adalah kerepek Fazz dan kerepek Ros. Tapi aku ingat yang Fazz je sebab ala2 Fazura gitu. Maka kami ke kerepek Fazz. Tak dan bergambar dalam kedai, jadi layan jelah ihsan Google ya! Kat tepi2 rumah orang gitu kedainya.
|
Bersemangat SS google maps tau untuk korang ni! |
|
Tu dia, nampak tepi tu ada rumah orang |
Begitulah perjalanan impromptu ke
Bandar Temasya! Dari plan asal nak gi Jugra je, eh malah lagi panjang langkahnya. HAHAHA. So gais, kita cuma merancang, tapi percayalah Allah always have the best plan for us. Kita hanya perlu sedikit usaha mengalihkan selimut pada Subuh yang sejuk untuk memulakan petualang! yihhh!
Oh ya, sebenarnya sebelum ni aku pernah baca-baca juga pasal Bukit Jugra ni, rentetan ada kes orang
kerasukan ketika mendaki Jugra September tahun lepas. So, ada kisah mistik juga. Kalau korang minat pergi la search ek. Biasa lah, tempat2 lama memang gitulah. kan?
So yeah, wadidaw! till next journey teman2!