(terlalu hedonis nampak list tu)
Okey, aku drop by nak tulis nota je ni. Sebab nanti tak lama lagi aku lupa. Maka, aku simpanlah untuk rujukan hari depan.
Bateri kereta (14 Ogos 2025)
Previously aku ganti bateri adalah tahun 2023. Masa tu aku call je, so orang bateri tu datang hantar bersama bateri dan pasangkan. Jadi bila Khamis tu, aku nak keluar gi pasar pagi, kereta tak boleh start. Aku call je lah balik nombor yang orang bateri tu tinggalkan. Return customer dapat RM15 less. Maka, aku tukar bateri baru dengan 18 bulan warranty - harga RM215. Century battery.
Tayar kereta (21 Ogos 2025)
Seminggu kemudian aku decide untuk tukar tayar. Asalnya nak tukar 2 biji je, tapi difikir fikir. Malas pulak nak ulang-ulang, so aku tukar je 4 bijik terus.
Cerita dia, ini first timelah aku nak pergi tukar tayar sendiri. Sebelum ni, masa first time aku minta kak siti pergi tukarkan. Masa tu dia masih kerja RA di UM, timing dia lebih fleksibel dari aku. Dan dia pun ok je nak pergi tukarkan. Lepas-lepas tu, biasanya aku minta perodua je tukar since bawa gi servis kat sana. Tapi last time aku servis, budak tu cakap tayar takde stok. Dia kata bolehlah nak tukar, tapi book date dulu, then diorang orderkan tayar. Aku fikir, cari sendiri je lah.
Maka, untuk ini.. aku dah survey 3 kedai tayar kat PJ ni.. Mahal jugak eh harga tayar. So berbekalkan post yang aku tulis 11 tahun lepas, aku pun menuju ke kedai tayar yang kak siti tukar dulu.
So kali ni, brand yang memikat hati --> Toyo Proxes CR1 175/65/R14 82H.
Tayar dia pun baru jugaklah, bulan 5 punya. Plus ada warranti dari Toyo 6 bulan/ 10k pertama untuk gantian 1-1 incase anything happen kat tayar.
Bayaran total untuk 4 tayar + tubeless valve = RM724. Alignment and balancing dia bagi free.
Kalau compare dengan previous punya bayaran tayar, yang kali ni lebih mahal. Tapi, kalau semak2 lebih kurang je. Cumanya dulu, dia ada bayar balik tayar lama yang kita dah buang tu. kali ni dah takda. One of bengkel ni bagitau, sekarang memang bengkel dah tak ambil tayar lama sebab skim tu dah takde.
Sekian, update tentang kereta untuk kegunaan masa depan.
No comments:
Post a Comment