Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 August 2023

Double mountain, double pain.

"Sarah, nanti tidurlah rumah akak. Senang kita nak gerak sama pagi tu" kak Nora

Maka malam 25hb tu aku lepak rumah kak Nora. Boleh plak abang dan kakak ipar dia ajak makan durian jam 11.30 malam. 😅 Aku time tu tengah sibuk berperang. Lol! Tapi, orang dah mengajak kan, tak kan nak tolak. So, kita pun join melahap. 

Gunung Angsi (825m) 26 Ogos 2023

Dah lama teringin nak naik Angsi ni sebenarnya, tapi tu lah, orang selalu cakap 'Angsi ni puncak dia takde view'. Maka kerap kali juga la membatalkan hasrat nak ke puncak Angsi 😆. 

Hingga akhirnya, Bad ajak intensif training Angsi-Datuk. Yeah thats it!

Pagi tu, kami gerak selepas Subuh menuju trailhead Ulu Bendul. Plan asal jam 7.30 pagi, tapi hehe. Dah sampai simpang ke Bukit Putus rasa lapar plak, jadi terus lah ke Ulu Bendul makan dulu. Kalau ikut senarai yang akan naik Angsi hari ni ada 6 orang. 3 lelaki 3 perempuan. Tapi eh jadi 9 orang pulak. 6 lelaki 3 perempuan. Lelaki naik jam 8 dan kitorang naik jam 8.30 pagi. 

Bagi aku Angsi ni punya trail macam Bukit Sri Bintang version lebih panjang. Naik dia tak secanak Datuk tapi panjang lah perjalanan dia. 

'Kak, nanti sampai checkpoint 1 jangan lupa singgah beli aiskrim, ada kawan saya' - Kurama

Kurama ni kawan kat PUBG, kalau ikut dia nak join. Tapi disebabkan minggu sebelum tu dia baru je kursus SAR dan prektikal nya di Angsi, maka di hujung minggu tu dah tak larat dia nak layan Angsi lagi.


Memang nice lah, dah letih2 macam ni ada pulak ais krim yang sejuk2 gituh ah nyaman! Sambil pendakian naik ni layan cerita Salha tentang trip CUS dia. Cerita ni kan pasal 2 gunung G7 tapi sampai kat Salha ni macam lebih amaze kat makanan nampaknya. Kemain sedap dia kata makanan kat trip tu. 


Sepanjang pendakian memang view putih je, berkabus tebal. Tunggu masa je langit runtuh. Aku sampai ke puncak Angsi jam 11 pagi. 2 jam 30 minit la pendakian. Ni versi santai lah ni. Kalau ikut aku memang nak lagi santai, tapi sebab ada Salha, jadi ada push faktor skit. 

'kalau yang kat bahagian landai tu laju sikit ya, cover part menaik'

Dekat puncak, bukalah dapur, bancuh kopi o dan goreng cucur ikan bilis segera adabi. Jarang-jarang sebenarnya layan cucur segera tapi untuk trip2 macam ni sungguh memudahkan. Laju-laju je proses ni, tak sempat nak terlalu feeling, sebab hujan dah mula turun. Last batch tepung masuk kuali, hujan dah mula merintik rintik. Maka cepat-cepatlah kami bungkus, tutup kedai dan bersiap untuk turun.

Kemain ramai ya hari tu orang kat puncak. Nak bergambar kat batu tanda pun kena berbaris. Sobs.

Sebelum turun, macam biasa ritual wajib group photo dulu. Alibi kehadiran. 


Jam 11.43 pagi kami pun (perempuan) bergerak turun. Trek yang kami naik tadi dah mula di takungi air berwarna seperti teh tarik. Masaklah, aku tak bawa sebarang benteng pertahanan hujan seperti baju hujan, sweater atau paling lekeh, windbreaker. Nasib lah hujan tak terlalu ganas, layan je lah. Feeling2 tengah healing dalam hujan. Haha!


Sampai ke check point 1, aiskrim masih ada gais! Kali ni pau duit Bad untuk mencicip sebatang eskrim Malaysia berperisa honeydew yang berwarna pink! Hujan-hujan pun tetap eskrim tidak dilupakan. Wkwkwk.

Kami tiba di kaki Bukit Putus pada jam 1.07 petang.

Para jejaka terus ke Ulu Bendul kembali untuk mandi+salin baju+makan lunch. Untuk kami, Salha tidak meneruskan pendakian ke Gunung Datuk esok, maka aku dan Kak Nora meneruskan perjalanan menuju ke arah Rembau. Mencari masjid mana yang sudi menerima kami (untuk mandi dan solat) 

Sambil pergi mandi, jemur dulu yang basah di bumbung

Kami singgah di masjid dan makan lunch di The Rimba (tempat makan yang dicadangkan Kam) Not bad lah restoren ni, macam-macam ada! The Rimba ni elok plak berhadapan dengan masjid yang kitorang singgah. Pucuk di cita ulam mendatang orang kabo.


D'Hailin Campsite

Dari makan lunch, kami meneruskan perjalanan untuk ke tempat penginapan. Campsite ni letaknya di daerah Rembau. Maka dekat lah untuk menuju ke Gunung Datuk esok. Tricky jugak nak sampai ke sini memandangkan kedudukan dia yang agak pendalaman. 

Tapi the idea untuk tidur kabin malam tu aku rasa adalah langkah bijak. Memandangkan tak perlu bersusah payah mendirikan kemah. HAHA. i like! 

Kami sampai tu agak lewat, jejaka2 semua da sampai. Lagi 5 minit kami nak sampai campsite, Bad call nak minta tolong beli bahan masak untuk dinner. Decision nak makan dinner apa memang on the spot ya! Tapi sebab kitorang dah nak sampai sangat, jadi kitorang masuk check in dlu, then diorang yang keluar balik untuk beli dinner. 

Memang special bilik kitorang. Tempat tu asalnya surau perempuan, tapi dah dijadikan cabin gak. Disebabkan 1 je bilik kitorg yang kat atas, jadi tak di ganggu lah dengan camper2 lain. Toilet pun ada sendiri punya, tak payah nak share2 ngan orang lain.

Menu malam tu, nasi ayam dan beger. Memang aku tak sentuh lah nasi ayam, beger pun dah sungguh mengenyangkan. Ada birthday boy jugak rupanya, kawan Naja. tapi nama dia apa ek, aku pun lupa! 

Gunung Datuk (885m) 27.8.23

Sejak turun semalam kaki dah pegal-pegal. Rasa memang dah cannot go. Dah dua tiga kali re-decide untuk naik Datuk atau tak. haha. tapi lenjan je lah kan, plan dah ada. Kita fulfill je la.

Plan asal nak gerak awal dan Subuh di kaki Datuk. Yaaa, biasalah. Hujung²nya solat dulu di cabin dan kemudiannya barulah menuju ke kaki gunung Datuk. 

Pagi tu kami bermula seawal 7.07 di pintu gerbang dan 7.15 di pondok pendaftaran. Kami bermula 5 orang. 2 orang yang patut join sama untuk trip Datuk dah gerak dulu seusai Subuh. 5 orang ni kemudian berjarak sesuai pace masing². Aku? Posisi macam biasalah. Meski dah bertahun mendaki, kat situ je lah kedudukan aku, depan sweeper 😆🤣 (atau kadang² aku yang jadi sweeper, ikut keadaan)


'Nah nah, ambil ni sorang 2 biji, lepas ni jumpa kat puncak je' ujar Syimi sambil mengagihkan 2 biji himalayan salt untuk setiap orang. Memang itu lah kami nampak Syimi, lepas tu jumpa kat puncak je memang.

Aku rasa nampak Juju dan Syimi memang beberapa minit selepas start je, lepas tu memang hilang. Kak Nora pun hilang lepas 30 minit pendakian. Menjadikan aku ngan Bad je lah saing saing kat belakang. Kadang dia belakang, kadang aku. 7.56 pagi kami sampai ke checkpoint 1. Ambil nafas lah 5 minit. Ingat boleh jumpa kak Nora. Tak ada ya. Memang laju. 

Pendakian kami yang perlahan membolehkan kami bersapa dengan hikers lain yang seperti kami, antara yang ditemui adalah Kak Isya dan suaminya. Tengok dia nampak penat, tapi mental kuat kak ni. Tak mudah mengalah. Orang Puncak Alam je rupanya, kejiranan je rupanya.

9.25 pagi aku ngan Bad sampai ke puncak Datuk dan ofkos yang lain-lain dah lebih lama sampai. HAHA. Syimi ngn Juju sampai sejam awal. Kak Nora a few minit lepas diorang aku rasa. Harissa dan Zaiha sampai awal lagi lah dari Syimi dan Juju sebab diorang start lagi awal.


Hence the group photo! 7 of us.

"Akak saja je tinggalkan Sarah dengan Bad. Lepas ni akak takde tau, Sarah kena biasakan tak nampak akak" - Kak Nora

Dah puas lepak kat puncak, dan hari pun rasa mula nak panas, kami pun bergerak turun sikit, untuk makan-makan apa yang ada. Elok je turun, nampak kak Isya dan husband. Husband dia baru je siap bancuh teh, tengah nak masukkan susu pekat. MasyaAllah langkah apa ni gais. Terus aku ngan Bad bertindak ramah. HAHA. Sebab hari ni naik Datuk kami tak bawa cucur seperti semalam, aku pun tak bawa stove dan messtin. Jadi perlulah kita menjadi sedikit parasit. LOL



Yeah dapat lah merasa teh tarik di puncak. bukan teh je, Juju pun ada bancuh kopi. So campur plak kopi ngan teh. Mantap! memang terbaik! Ada ubi lagi kak Isya bagi. Habis semua aku sapu. wahaha!

Kalau ikut hati nak lepak lagi lama, tapi kitorang pun kena berkejaran sikit sebab cabin tu kena checkout. Makanya 10.55 pagi kami pun bergerak turun. Menghampiri checkpoint 1 semakin ramai nampak pendaki bersama aiskrim Malaysia. woahhh.. bakal ada aiskrim lagi ni.

Sampai checkpoint 1, 11.33 pagi. yeah betul! ada brader jual aiskrim! Ingat kat Angsi je ada. Kat Datuk pun ada rupanya.

brader peniaga aiskrim

Bergambar dengan kak Isya

Aku sampai dulu sebelum Kak Nora, elok pulak dalam beg aku memang letak beberapa keping ringgit. jadi dapat lah membeli eskrim berharga RM2 sebatang tu. Sambil makan, sambil layan brader sebelah berbual

"Tak meniaga kat puncak bang?"
"Dah pernah try dah. Tapi sini lagi laku. Sebab kat puncak biasanya diorang dah buka makanan diorang sendiri jadi tak beli dah"

Tak lama lepas tu kak Nora sampai.

"Kak Nora, nak aiskrim tak? tu ada jual" sapa aku sebaik melihat kelibat kak Nora.
"Alamak, takde cash. Ada QR Code tak?" tanya kak Nora kepada brader eskrim
"Ada"
Berpusing-pusing kak Nora mencari line. tapi tak de
"Takde line pulak, takpe lah"
 
"Nora nora, nora eh nama?" tanya brader sebelah aku yang rancak berbual ngan brader eskrim tadi
"Ni ambik ni duit, saya ada banyak. Ambik ni" sambil mengeluarkan beberapa not kertas berwarna putih hijau dan biru. Maka dapat lah kak Nora sebatang eskrim dari brader random yang ditemui di hutan. HAHA.

Rancak sangat layan eskrim, 11.45 baru sambung turun. 12.15 sampai di pondok register. 12.20 di pintu rimba, panggil Syimi dan Juju yang dah selamat melayan cendol. Bergerak semula ke cabin untuk checkout.

Tamat. 

Menunggu waktunya berangkat ke ekspedisi yang di nantikan. Plan dah setahun, kini menunggu saatnya tiba! Rinjani, aku datang.  

No comments: