Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 January 2015

iBantu Selangor

Semalam 1 Januari, memulakan hari dengan berehat sebentar separuh hari. Memandangkan masalah kesihatan aku (batuk dan selesema) yang berlanjutan dari hari Jumaat lepas. berapa hari tu? nak dekat seminggu juga kan?

Lepas Zohor, aku bergerak membantu packing/ beli barang/ sorting barang sumbangan iBantu di pejabat Ikram Petaling Jaya. Begitu murah hati warga Malaysia ni. :)

Hasil yang akan berlepas ke Kelantan (InsyaAllah) malam ini.



Ada pakaian, makanan dan sedikit peralatan elektrik dan stove. Semoga Allah beri kecukupan melalui yang sedikit ini. Sebenarnya misi asal adalah mencuci pasca banjir. Tapi, kita buka jugalah untuk mana-mana individu yang masih nak menyumbang. Nampaknya, rakyat Malaysia memang pemurah :) Adhoc cari lori 5 tan nak angkut barang sumbangan.

InsyaAllah jika kesihatan mengizinkan, aku juga akan menyertai pengembaraan ini. Rasanya pernah sekali saja ke Kelantan, adakah pemandangannya akn berubah 360? hmm.

Oh tak dilupakan untuk kisah mengejutkan yang terjadi semalam. Lori iBantu Selangor Ikram Daerah Gombak terbalik sebelum Merapoh. Di percayai tayar pecah dan brek rosak. Ala kulli hal, Allahlah perancang terbaik, lalu pula lori bantuan iBantu Wilayah Persekutuan dan Keadilan. Maka berdikit dikitlah barang sumbangan tadi di agihkan kepada dua lori ni. Tiada yang tercedera Alhamdulillah.



Permulaan tahun dengan aktiviti kebajikan kepada sesama manusia. Semoga amal ini diredhai Allah. InsyaAllah.

No comments: