Khamis, 4 September 2019 : Menuju Kuala Tahan
Diam tak diam dah final day, Subhanallah.Tak sangka akhirnya sampai ke hari ini. Hari ni bermula trekking/hiking/crossing sedikit lewat dari biasa. Semua dah hantar hati sampai rumah kut.
Pagi tu, aku, mid dan kak nora berjemaah subuh di tempat lapang berumputan. Elok je nak start mukadimah untuk tazkirah selepas subuh, Q muncul.
"Kak Nora saya datang nak melangsaikan hutang" Q datang bersama barang-barang nak buat air milo. Rupanya nak bancuhkan kak Nora milo. Maka tertangguhlah siri tazkirah subuh pagi tu. Hehehe. Disebabkan kitorang ada bersama kak nora, jadi haruslah mendapat tempias milo bersama-sama. Alhamdulillah, rejeki. Lepas tu Azira pulak datang let go Hot Choc Cadbury, Nestum. MasyaAllah rezeki solat jemaah yang disegerakan barangkali ya? haha.
Diam tak diam dah final day, Subhanallah.Tak sangka akhirnya sampai ke hari ini. Hari ni bermula trekking/hiking/crossing sedikit lewat dari biasa. Semua dah hantar hati sampai rumah kut.
Pagi tu, aku, mid dan kak nora berjemaah subuh di tempat lapang berumputan. Elok je nak start mukadimah untuk tazkirah selepas subuh, Q muncul.
"Kak Nora saya datang nak melangsaikan hutang" Q datang bersama barang-barang nak buat air milo. Rupanya nak bancuhkan kak Nora milo. Maka tertangguhlah siri tazkirah subuh pagi tu. Hehehe. Disebabkan kitorang ada bersama kak nora, jadi haruslah mendapat tempias milo bersama-sama. Alhamdulillah, rejeki. Lepas tu Azira pulak datang let go Hot Choc Cadbury, Nestum. MasyaAllah rezeki solat jemaah yang disegerakan barangkali ya? haha.
Pagi tu, untuk pertama kalinya kami keluarga besar tahan 2.0 dapat berkumpul untuk makan sarapan bersama-sama. (Selalunya makan semua aci dan je) Menikmati nasi goreng sardin dan sardin sebagai penutup sarapan untuk pengembaraan ini. Selain makanan yang dimasak, semua yang nak habiskan makanan pun keluarkan makanan masing-masing. Sedang semua sibuk melayan makanan, juga perasaan, Tokie membacakan pula surat Bad (yang tak dapat hadir kerana kerja) untuk semua kami disitu. Menyentuh Bad! menyentuh. Bad, awak ada sebenarnya hiking bersama kitorang, tak nampak je. Mungkin ada dalam perut kitorang? (gummy candy + mashmellow) haha.
from Bad with lots of 💕 |
the hobbit! |
Kalau nak tanya hari paling happy, aku rasa hari ni lah! Hehe. Nak balik dah woi. Lepas makan dan habiskan mana yang boleh habis, kami pun berkemas. Pendakian pulang, perjalanan terakhir. Sobs. Perjalanan pun dimulai, menyusuri anak sungai. Santai-santai saja.
Ok tapi kat sini ada part kelakar, aku tengok Kam dengan Hafiz rancak bersembang. Tapi tiba-tiba senyap. Hafiz dah kedepan sikit Kam masih kat belakang. Eh! kaki Kam sangkut kat batu. Ok, keadaan masa tu mixed feeling gak, kesian, tapi kelakar! Kam kam.. haha. nasib abang safety kembali beraksi, setel!
Perjalanan menyelusuri sungai ni berakhir sehingga kami melintasi Sungai Tahan, ini kemuncak lah ni, besar dan deras. Alhamdulillah, selamat semuanya. Lepas dari melintas Sungai Tahan ni, dah tak ada melintas sungai dah. Jalan menyelusuri tebing-tebing je. Kadang naik, kadang turun. Sampai ke Lata Berkoh, berhenti rehat 5 minit jap.
Lepas berehat perjalanan diteruskan dalam 20 minit lagi sebelum sampai ke bot. Alhamdulillah!
Muka penat main lereng, tapi ceria nak naik bot! |
Kak Nora, Mid, aku, Tokie |
Simpan sekeping, gambar bakal pengantin 2020 | Razreen 💕 Azira |
Inilah Kam! ok, dan belakang dia tu Eric main spotlight dalam Kembara Tahan kali ni. Belakang tu, along dan Q. By the way, gambar ni cantik! center dia onpoint! |
Hai trio! Bila next trip? haha. |
Ok, lepas 30 minit, sampailah dekat Kuala Tahan. yeay! |
Susun molek2, senang nak cerita kat brader checker ni jap lagi. |
Menunggu giliran - giliran aku? kedua last! Adeih. |
Jom, ke seberang bersantap sambil menanti van yang membawa baju bersih tiba. |
Kita sibuk tunggu giliran declare, bang gaid dah segak siap mandi dah hah.. |
Lepas siap declare, contact van. Diorang lagi 2 jam baru sampai. Maka, kamu pun turun sikit dari declaration bay. Ada kaunter kat situ, bergambar jap, tumpang simpan beg, kemudian menyeberangi sungai untuk makan tengahari.
Potret kejayaan. Gituh! |
Habis makan, van sampai ambil beg baju bersih. Patah balik ambil bot ke Taman Negara. Kononnya nak mandi dekat toilet best, misi gagal. Haha! Tapi yang ni pun modus operandi lebih kurang macam makan lunch tadi, nak elak kan bottle neck, jadi berpecahlah semua nak mandi toilet mana, survive lah hampa sendiri!
Bergambar dengan coursemate Naim di KMPK around 13 years back? |
Gigih angkat kaki, nak gak nampak comel cam Mid! |
Kuala Tahan yang akan dirindui! Btw Izat, awak tak nampak hobbit weyh kat sini. |
Sampai kat LRT Gombak jam 11.40 malam. Seorang demi seorang meninggalkan LRT.
Berakhirlah perjalanan 7 hari di Gunung Tahan. Tinggal rindu, untuk dikenang di masa depan. Cepat atau lambat, perasaan rindu itu juga akan pudar kelak, dan setiap watak juga akan meneruskan kisah mereka sendiri sendiri.
Terima kasih pernah singgah, mate!
Hingga pengembaraan seterusnya, sampai jumpa!
#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema
5 comments:
wah akhirnya.........rupanya doa k.sarah ni yg Allah angkat...hihi...time tok nenek pun k.sarah doa smpai kul 6 kat bawah...tup2 rezeki 4wheel bgi tumpang...hihi...
alhamdulillah
Sujudku pun takkan memuaskan inginku
'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
Untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
Semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....
(yg ni k.sara tulis? sedapp... tuk hanturkan tu ape?)
lol, tu lagu lah.. lagu Alhamdulillah too phat dgn dian sastro.
bukan doa akak je tu 😅 mesti ramai lg berdoa..
Pergh..tq sara cerita m2k yg mengimbau momen2 suka duka. Siyes la..lupa jap isu kasut tersangkut tu. Memg kelako la...pewai bercerita dfn hafiz gara2 tahun 2014
Jap kam. Ko pewai? Mcm takkk je :p
Tq for all moment sharing kak sara
Post a Comment