Rabu, 3 September 2019 : Menuju Kem Melantai
Hari ke-6 dah. Alhamdulillah.
Hari ke-6 dah. Alhamdulillah.
Perjalanan hari ke-6 lebih ceria berbanding sebelumnya. Ration dah kurang banyak. Emosi pun dah ok sikit sebab semalam ramai tidur awal kan.
Pagi ni sarapan, ada spageti goreng, ada jugak bubur dan sup (lebih semalam). Along ada buat air tenaga hari ni. Haha. Pelik gila k rasa dia. Kes dia dah tercampur garam dengan gula! Kerja aku untuk pagi ni? Bungkus nasi untuk lunch. Nasi putih dan ayam goreng kunyit.
Lepas bungkus semua barang, perjalanan pun bermula! Hari ni kita akan mengembara ke Gunung Rajah (Tahan). Pendakian adalah mode menaik dan menurun. Sebenarnya banyak jugak menurun. Jadi aku agak speed kat sini.
Ada satu part tu aku potong Ammar. Tapi lepas tu aku berhenti.
"Ha kenapa berhenti tu kak Sarah? Ada apa?"
"Bapak saya pesan jangan jalan sorang dalam hutan" nampak, tiba2 baru nak teringat pesanan bapak kan. Maka berjalanlah aku dengan Ammar, sebelum kembali bersama Mid dan Kak Nora.
Tapi nak dekat puncak Rajah tu, memang baik sangatlah naiknya kan. Ok masa ni aku terjumpa kembali dengan Hafiz. Maksudnya dah belakang sangatlah tu. Tak boleh belakang lagi dah. Disebabkan Hafiz bawak powerbank power! Dan phone dia dah caj, maka dia pun memberi lagu tema kepada kami, Boleh dengarkan di youtube, Wahyu - Selow. Hehe.
Puncak Rajah ni pemandangan dia, hanyalah kawasan lapang, dan ada pokok renek di sekitarnya. Menurut pembacaan, dari puncak gunung Rajah, semua gunung di Taman Negara Tahan dapat dilihat. Dari sini akan nampak 2 barisan Banjaran Tahan dengan jelas, satu barisan terdiri dari G. Tahan, G. Gedung, G. Reskit, G. Tangga 15 dan G. Pangkin manakala satu lagi terdiri dari G. Tahan, G. Ulu Kerchau dan G. Pantat Lesung. Sayang sekali, tak sempat nak tengok view Banjaran Tahan.
Masa aku sampai tu, tinggal beberapa orang je sedang ralit bergambar di puncak sebab tempat ni dah mula panas. Yang lain semua berehat di bahagian bawah sikit. Kat sini ada line telco, jadi dapatlah Hafiz menghubungi wife tersayang. Tapi aku? setiap kali orang cakap ada line, bila aku check tetap tak ada! Apalah nasib, maka hiduplah aku dengan tenang selama 7 hari, jauh dari modenisasi. Aku pun terus jelah duduk dan berehat bersama-sama yang lain.
Perjalanan seterusnya banyak menurun, sebab tadi kitakan dah naik gunung, so sekarang kita turun. Jalan dia xdelah teruk sangat, santai tapi sebab dah lama berjalan rasa macam bosan jugak lah. Tiba2 nampak orang ramai2 berkumpul, dalam hati dah gembira, mesti ini Kem Tengah. Eh eh alih2, berhenti kutip buah Tampoi rupanya.
Ada yang cakap buah Tampoi ni berbuah 3 tahun sekali. Betul ke?
Kami berhenti di Kem Tengah (previously known as Kem Bukit Malang) untuk berhenti makan tengahari dan menikmati buah Tampoi yang di tuai tadi. Dekat Kem Tengah ni ada sumber air. Sumber air dia betul2 dari dalam tanah. Air mineral! Sedap air dia, tak sama dengan rasa air sungai atau waterpoint sebelum2 ni. Oh, kem tengah ni pun ada cerita lagenda dia, tapi korang carilah sendiri ya! Selain tu, dekat sini ada keputusan penting yang telah diputuskan bersama. Post esok aku cerita.
Tapi nak dekat puncak Rajah tu, memang baik sangatlah naiknya kan. Ok masa ni aku terjumpa kembali dengan Hafiz. Maksudnya dah belakang sangatlah tu. Tak boleh belakang lagi dah. Disebabkan Hafiz bawak powerbank power! Dan phone dia dah caj, maka dia pun memberi lagu tema kepada kami, Boleh dengarkan di youtube, Wahyu - Selow. Hehe.
Macam ni lah view Puncak Rajah. Takde aku, sebab? Kerna kuselow, sungguh selow, sangat selow... santai. |
Masa aku sampai tu, tinggal beberapa orang je sedang ralit bergambar di puncak sebab tempat ni dah mula panas. Yang lain semua berehat di bahagian bawah sikit. Kat sini ada line telco, jadi dapatlah Hafiz menghubungi wife tersayang. Tapi aku? setiap kali orang cakap ada line, bila aku check tetap tak ada! Apalah nasib, maka hiduplah aku dengan tenang selama 7 hari, jauh dari modenisasi. Aku pun terus jelah duduk dan berehat bersama-sama yang lain.
Perjalanan seterusnya banyak menurun, sebab tadi kitakan dah naik gunung, so sekarang kita turun. Jalan dia xdelah teruk sangat, santai tapi sebab dah lama berjalan rasa macam bosan jugak lah. Tiba2 nampak orang ramai2 berkumpul, dalam hati dah gembira, mesti ini Kem Tengah. Eh eh alih2, berhenti kutip buah Tampoi rupanya.
Ada yang cakap buah Tampoi ni berbuah 3 tahun sekali. Betul ke?
Tak menghiraukan kamera lagi, fokus makan. |
Terima kasih bang, tolong angkutkan Tampoi |
Selepas makan tengahari, kami pun menyambung perjalanan. Selepas dari Kem Tengah adalah Bukit 27, ok silakan hadap! Kali ni aku bersama trio bertekad untuk mendisplinkan diri. Sejam berjalan, 10 minit rehat. Mid depan, Kak Nora tengah dan aku belakang disamping itu bertugas menjaga masa. ;) Tergoda jugak bila baru je lepas stop, nampak tokie/kam/izat/eric/parkash berhenti rehat. Tapi takpe, kita sabar jap, displin!
Perjalanan diteruskan, sehinggalah nak masuk jam ke-4 perjalanan, aku terseliuh, sebijik macam kak Nora kena semalam, cuma aku kena kaki kiri. Alang2 masa tu lagi 5 minit nak cukup sejam jadi aku minta berhenti rehat.
Sambil makan kacang, nampak Eric memintas solo. Power! Tak lama lepas tu kami sambung jalan, nampak abang Peja
"Jauh lagi ke ni bang?" tulus aku bertanya.
"Takdelah, lagi 5 minit sampailah, depan ni je"
Berdasarkan rekod selama 6 hari, kata2 abang Peja boleh dipercayai! Jadi aku tambah lagi 5 minit, consider kaki kami yang tak sepanjang kaki abang Peja ;P Tapi masa nak ke Melantai ni Mid memang laju dan padu, memang sampai terpaksalah aku minta dia kecikkan langkah.
Elok jam 4.15 kami pun sampai ke Kem Melantai. Alhamdulillah! Turun je nak lintas sungai ke Kem, dah nampak Eric tengah bersantai di atas batu bersama Q dan along. Baik pulak dengan megi dan milo panas. Terbaik!
Maka tak sabar2 lagi. Aku pun terus buka kasut, letak beg, tukar selipar, terjun! Lain macam plak syoknya sampai kem awal hari ni.
Tapi seperti pepatah ku sangka panas hingga ke malam, rupanya hujan di senja hari. Ahaha.
Alkisahnya, kitorang tak siap pasang fly lagi, semua pakat terjun sungai. Tiba2 Ammar bising fly tak pasang lagi. Maka macam biasa, aku pun naik tolong2lah siapkan fly. Waktu ni Syamsul tengah siapkan fly. Dia pun, bising jugak sebab semua line up nampak terlalu seronok. Ingke orang kata. Lepas tolong apa yang patut, aku masuk sungai balik ambil wudhuk untuk solat. Masa ni, ribut tiba2 muncul. Kelam kabut semua, ranting2 pokok jatuh. Solat pun sempat satu waktu je jemaah, sambungan aku buat solo bawah fly (sedangkan aku tak tau pun masa tu orang tak bagi masuk fly takut dahan jatuh atas fly) Seram plak tengok ribut kat Melantai ni.
Petang tu dah plan nak habiskan makanan sambil meraikan malam terakhir di Tahan. Siap dah letak lampu liplap dah hiasan. Rupanya plan Allah tak seperti apa yang kita rancangkan. Hujan, tanah basah, lecak! Plan kensel.

Malam tu, lepas solat, pegi makan. Lauk sardin malam tu. Pegi dengan Mid. Ramai dah makan. Aku lambat sikit sebab tukar baju takut sejuk. Sampai kat fly dapur ada Ammar dengan Hafiz pun nak makan, terus ajak masak megi sama. Megi panas2 makan time sejuk2. Dari fly dapur boleh dengar suara Tokie sembang dengan abang gaid. Nampak ok dia malam ni.
Lepas habis makan megi dan sembang2 bawah fly dapur, kami pun bergabung bawah fly abang guide. Menarik gak sembang dengan abang gaid. Sebenarnya banyak lagi nak tanya, nak sembang tapi mata aku macam dah kena gam, kelat lain macam rasa dia. Budak2 ni macam rancak lagi nak sembang, terpaksa aku minta diri dulu. Eh eh rupanya yang lain pun ikut beredar.
Masuk kat kemah, macam biasa sekali lagi spot tidur dekat tepi pintu kemah. Aku ingat taknak pakai sleeping bag kat sini memandangkan takdelah sejuk sangat. Tapi pacat dia gais, nauzubillah! Sambil aku sembang dengan tokie, aku rasa 3 ekor naik kat kaki. Masuk jugakla dalam sleeping bag. Dah tu sambung sembang letak tangan atas kepala, eh sekor lagi naik. Aduh! Terus bungkus sleeping bag sampai kepala.
Alhamdulillah, Day 6, checked ✔
MasyaAllah mesti rindu.
MasyaAllah mesti rindu.
#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema
#triptahantakmenahan
#pewaibergema
3 comments:
kak sarah, time ni kita makan mcm makann mlm tu sedap gila.... dua kali tmbah...pastu diorang mkn meggi, kita join sekaki lagi.... haha.... dan mlm ni juga sy tdo tgh gara2 x mau kawan ngan pacat...haha
kt area fly tu xtau area mana tak kena pacat. tp akk pintu fly ofcourse la kan kena.
Time nie bru ada session dgn abg mail dgn abg pejal..bru thu kisah2 mistik dgn kisah bdk perempuan hilang smbil2 minum air herba..lama jgk melepak dkt tempat abg guide tue..
Post a Comment