Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

01 January 2009

pengembaraan..

1 januari 2009 
pembuka tirai tahun baru kali ini, Karisma UM telah memulakannya dengan perbincangan mengenai kelansungan usrah..tentang modul usrah yang terbaru dan anak2 yang sudah boleh naik modul..ramai juga naqibah yang hadir hari ni..seronok jumpa teman2 seperjuangan...seronok tengok, sepeninggalan aku nanti masih ada jundi2 yang kuat mampu meneruskan usaha yang telah dibina selama ini..

Melewati jam 2.30ptg..kami pun mula lah berbasa-basi utk bergerak pulang..memandangkan sumber pengangkutan yang terbatas dan kedatangan kami tadi jua banyak di bantu oleh teksi..maka, aku,fauhan dan kak zira mengambil keputusan untuk tidak menyusahkan siapa2..dengan alasan mau pulang dengan teksi,kami pun melangkah keluar dari LA..

berjalan..berjalan dan terus berjalan..mengapalah tiada teksi yang kelihatan..

kami terus berjalan melalui lorong2 jalan di 9th..sehingga sampai di simpang ke pintu masuk fak bahasa dan menuju ke kfc..
sofwah dan maisarah berkeputusan menghala ke kfc..membulat tekad mendapatkan teksi..sedang kami bertiga menuju ke gate fakulti bahasa(walaupun tahu gate tu tutup cuti umum)..berdasarkan pengalaman lalu..maka aku pengaruhi kak zira dan fauhan untuk ikut laluan yang aku pernah lalu dulu..(mcm kejam..tp xpe kut..hehe)
disebabkan gate tutup..kami perlu naik sikit bukit utk rentas pagar..tp jalan nye sungguh kecil,curam dan agak merbahaya..waktu ni la baru aku tau..kak zira takutkan ketinggian..maafkan daku kak zira..hehe
dari laluan fak bahasa,kami lalui sastera..hadapan jabatan kimia..bilik periksa..pasum dan akhirnya sampai ke kolej 12..
xsangka..boleh rupenye berjalan dari LA ke 12th..walaupun nampak macam mustahil..
Walau apa-apapun..pengalaman berjaulah bersama kalian memang BEST..nanti2 kita buat lagi..haha!

UMKL


Task Force New Year

Alhamdulillah..
semalam sempat juga menyelitkan diri menyambut pelawaan rakan seperjuangan untuk memeriahkan tahun baru masihi dengan usaha dakwah menyantuini masyarakat..
Saat jam menghampiri 5.45 petang aku,dan beberapa adik Pasum dan tahun satu bergerak menuju ke stesen putra universiti..
Orang sungguh padat, sehinggakan group kami terpecah dua..menaiki tren yang berlainan..Tapi xpe yg penting tujuan yg sama pasti Allah temukan semula..(",)
Kira2 jam 8 malam kami berkumpul di ruang legar masjid Assyakirin mendengar taklimat dr Saudara Dhany.(walaupun dengar tak dengar je)
Fasa pertama pengedaran risalah kami lakukan diantara maghrib dan Isyak sementara fasa kedua dilakukan lepas Isyak [dukacita dimaklumkan..jam baruku yg baru dibeli pada 30dec telah hilang dlm jangka masa antara ambil wudhu' Isyak - selepas solat Isyak..sungguh menyedihkan..jam baru ku..sob2..]

Pengalaman turun ke masyarakat adalah pengalaman yang patut dirasai oleh setiap para dai'e yang mengaku ingin menggerakkan usaha dakwah kerana hakikatnya kita memang berada di dalam masyarakat..Apabila bersama dengan mereka,mengenali mereka barulah kita sedar dan memahami sejauh mana telah kita berusaha untuk menyampaikan risalah agong ini kedalam hati masyarakat dan  seterusnya mampu menyusun strategi baru untuk terus bergerak lebih pantas lagi.. :)

Namun, sedikit menyedihkan apabila usaha pengedaran risalah kami ini mendapat sekatan hebat dari mak cik guard yang berkawal..Bukan kita minta mereka membantu..sekadar membenarkan kami menyantuni masyarakat juga tidak di benarkan..sedih rasanya..

mungkin mereka rasa, para pengunjung hanya membuat sampah dengan edaran risalah tazkirah yang kami berikan itu..perkara itu boleh di ambil kira juga..boleh jadi, kita perlukan cara lain untuk menarik minat masyarakat..membina siqqah masyarakat bukan boleh hanya dengan menghulurkan kertas nan sehelai,tanpa sedikit penjelasan lalu pergi begitu sahaja..

UMKL
5.00pm

30 December 2008

Karnival Kebudayaan Belia dan Komuniti

Perancangan sejak 3 bulan sebelum ini akhirnya telah pun di laksanakan..

Lelah di rengkungan telahpun terlepas..:)

Walaupun kebanyakan aktiviti di tonton oleh para ad-hoc sendiri, namun ini adalah satu cubaan yang baik bagi aku..cubaan yang baik dlm memeterai hubungan baik dengan kerajaan negeri. Satu cubaan yang baik untuk mendekati masyarakat..(mungkin perlu banyak penambahbaikan)

Karnival??yang paling menarik..algebra + parkour.. haha~!

pada siapa2 yang sukar untuk menghubungiku hujung minggu yang lalu..maaf sangat..sbb penginapan kami di SAMTAJ shah alam tak menyediakan perkhidmatan charging telefon..hehe~

yang terkesan di hati??petang after program, kami sama2 menadah tangan membaca doa akhir tahun yang dibacakan oleh imam masjid negeri bersebelahan..(syahdu..dah berakhir 1429H..apa saja amalku tahun ini)

dan doa awal tahun kami baca selepas solat maghrib di masjid negeri itu juga..(tahun sudah berganti,usiaku makin bertambah..Ya Allah lorongkan aku kejalan yang sebaiknya..)
[makin hampir masa meninggalkan UM..syahdu lagi]

UMKL
7.45am

22 December 2008

Memandang dengan hati

At last i found him..

***

petang tadi..ketika dalam perjalanan pulang dari fakulti sains..aku ternampak sepasang manusia buta dalam perjalanan melintas jalan..[lately aku slalu nmpk org buta.ade pape petandakah??] Tersentuh aku lihat mereka..mereka xnampak..tapi mereka berdikari..tanpa bantuan sesiapa mereka mampu melintas..betullah..org buta melihat dgn hati..
Aku ralit melihat..sorg pakcik itu meluru ditgh trafik yang agak menyesakkan[biasa..time org balik kija]bg yg prihatin terus shj berhenti..tp tidak bg yg ala kadar melihat dunia..
Bunyi lampu isyarat pejalan kaki bernyala hijau menghasilkan bunyi yang membingitkan..pakcik yg steady melintas terhentii langkahnya..mungkin terkejut..aku yg td nye leka memerhati juga terkejut melihat pakcik tu terkejut..
'pakcik jgn berenti tgh jln..bahaya!'getus hati kecilku..
perasaan berperang di benak dan akhirnya fitrah mengungguli pertempuran..aku melangkah ketengah trafik dan menarik tongkat pakcik tersebut..
"pak cik nak pergi mana?"
"nak ke stesyen bas"
"boleh pergi sendiri ke ni?"
"boleh2..saya boleh pergi sendiri"
apa kejadah punya manusia aku ni..lepas pakcik tu ckp cmtu,aku pon trus blah..pakcik tu pun terkontang-kanting mengetuk-ngetuk lantai bumi..
if any bad thing happen to him at that momment..bet i would blame myself for that..aduhai..

***

after all..do i really need to give up..

21 December 2008

Hassan dan Amir..

I dream that god will guide us to a better day..

I dream that my son will grow up to be a good person,

A free person

An important person

I dream a flower will bloom in the street of Kabul again,

And music will play in the samovar houses,

And kites will fly in the skies

And I dream that someday you will return to Kabul

To revisit the land of our childhood

If you do, you’ll find an old faithful friend waiting for you

May god be with you always

::Hassan::