Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

04 April 2009

Tentang yang tinggal


Pertama-tamanya,
terima kasih kepada RabbulJalil,kerna masih meminjamkan udara untuk aku bernafas di bumi yang serba warna ini.
terima kasih juga kepada pihak yang sudi menganjurkan haflatul wida' buat bakal2 graduan ini. terima kasih semua. walau ada kekurangan dan sedikit janggal. usahlah diperpanjangkan. kan?

Hari ini,
aku mula memikirkan apa yang akan aku tinggalkan. betapa selamanya tak pernah aku memikir. siapa lagi yang akan tinggal dan meneruskan apa yang telah bermula.

buat sahabat2 JKP.
buat adik2 K-UM.
kita telah jauh melangkah. mengorak cerita dan strategi. mengorbankan malam dan fikiran. untuk program. untuk apa? untuk Islam sebenarnya. 
ayuh sahabat. 
ikatkan hati2 kita untuk terus melangkah. jelaskan tujuan. jelaskan fikrah. supaya apa yang kita usahakan selama ini ada nilai di mata tuhan. berstrategilah dalam berjuang.. sistematiklah dalam berdakwah :)

sekadar ingatan yang masih lompong dari citation hadis dan quran..

7.40pm
12th RC 

03 April 2009

Perdana Menteri keenam


Lewat pagi tadi, 
Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun dinaik tarafkan menjadi 
Perdana Menteri Keenam Malaysia. 
Pimpinan baru, penuh suspen!
Hurm~

Wajah-wajah harapan

Apabila anda tidak ada idea untuk memberi post terbaru..inilah hasilnya..
haha! 


Najihah

Aiman

Haziq

Helmi

Arif & Irfan

Amin

wajah-wajah harapan kan?!

930pm
12thRc

New York mula kempen boikot motorola

Khamis,  02/04/2009 - Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen Boikot Global Terhadap Israel yang akan menyaksikan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia.

Motorola Israel telah bertanggungjawab membuat fuis yang digunakan dalam bom berangkai, bom pemusnah perlindungan bawah tanah dan bermacam-macam bom lagi serta alat telekomunikasi canggih yang digunakan oleh tentera Israel yang dikatakan paling selamat. Orang ramai menjerit dan melaungkan “Motorola Apartheid”,” “Jangan Beli Produk Israel”, dan “Selamat Tinggal Israel”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous

ehem.kita bila lagi..mari boikot-memboikot..teruslah..istiqamah..

2.30pagi.3April.

Iklaneka

Assalamualaikum..

sesape berminat mau kerja?
PHP programmer..
di Ara Damansara..
detail yg lain bleh bincang lagi..
salary??bleh bincang dengan bosS..
Aku tolong pr0mote saje..

~Sekian~