Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 April 2009

h0me sick

Meninggalkan rumah seawal usia 13tahun untuk ke sekolah berasrama adalah suatu situasi yang normal lewat tahun-tahun belakangan ini. dan aku menjadi diantaranya. membesar di sekolah berasrama selama 5 tahun jarang membawa aku rasa rindu yang sangat terhadap rumah. meski kawan2 kebanyakannya mengalami homesick. tapi tidak untuk aku. (tapi untuk kes-kes dari rumah balik ke sekolah agak sedih sket la kan..sbb dah terbiasa dengan kebestan rumah) aku selalu merasa gembira dan bahgia disekolah bersama kawan2 yang ramai.

perantaraan masa membawa aku ke matrikulasi.melabur setahun pula disana. jauh ke utara. lebih jauh dari sekolah menengah. jarak yang panjang membuatkan aku lebih malas untuk pulang. tetapi dek kerana mengenangkan adab terhadap ibubapa yang dipelajari ketika sekolah dulu. kugagahkan jua untuk pulang sebulan sekali. 

universiti menjemput aku ke Kuala Lumpur. cuma plus minus 4jam dari rumah. kali ini aku jadi sensitif dengan rumah. mungkin kerana sekuliah dengan siti hajar yang selalu pulang, membuatkan aku sedikit sebanyak rasa tidak sedap berlamaan diUM setelah berpurnama tidak pulang. 

masa makin menipis sebagai degree student, menyedarkan aku yang lewat masa depan, aku akan mencari kerja. tentu sekali cuti ketika bekerja lebih sedikit dan tidak sefleksibel masa belajar. dek kerana ini, aku makin kerap ingin pulang.

Mak dan ayah

my siblings_1

my siblings_2

naim..amin..jiha

oh. i will always miss my home.

gerak masa makin panntas melajukan langkah. derap nafas makin sebal dek rasa sepi yang bakal menjarakkan persaudaraan dan cinta. moga kasih terus harum dalam degup jiwa yang tidak pernah terpisah.

7.25pm
12th Rc

Tag by munirah (At-10-ion to:kak mash,kak aya,kakCT,awanis)

Salamz..
huhu..kpd munirah hanim.sorryla.teambat lak buat tag yang anda berikan ini.heh~nasib baek buat.. teringat ada sorang member kasik tag,aku xbuat pun sampai la ",

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

merentashorizon. entah. just cross the mind waktu nak buat blog.amik je n kekal sampai la.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

[1]merentashorizon untuk komen.sda.
[2]sarahBasri untuk shoutbox.supaya senang orang cam sekali tengok nama.

3) Apakah method penulisan dalam blog anda?

60% rapuan tentang diri.40% informasi.haha!
InsyaAllah,dari masa ke masa akan menambahkan persen informasi itu..

4) Pernah terase nak hapuskan blog anda?

penah gak.sebab rasa tak bagi manfaat pada umat..

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?

susah gak nk jawab ni. em, bl0gnye ceria tapi keanak-anakan kut..mis_nierah pliz change your header pic.hehe..

6) Senaraikan orang yang akan anda TAG:

kak Nor Ahya Hassan
kak Siti Hajar Basri
kak Norul Mashirah Mohd Noor
Awanis Azizan
*saja kasik nama penuh takut member xsedar..

sorry2..lambat..lupa+malas nak buat.hehe

8.20am
Kg Gajah,Perak

23 April 2009

perl is over.

sebenarnya hari ini dimulakan dengan sedikit kesedihan.sbb semalam yang rasa nak demam membawa kepada tido yang awal.good choice.sdgkan pagi ni exam jam 830pg kan. 
***
tentang exam?
aku ada teori nak kongsi dengan kalian.
[situasi ni dalam dewan exam]
bila kalian banyak membaca,kalian akan rasa masa macam 
'kenapa cepat sangat habis masa ni'.
tapi bila kalian baca pun xabis.paham pun sipi2.maka korang akan rasa
'bila la nak habis ni'.
aku?korang agak yang mana.heh,xyah tanya orang,tanya diri sendiri korang yang mana.haha
***
yeah.abis exam,aku da anggar2 mcm kene pegi sorg bo0kfair ni.tp Allah maha adil dan sebaik perancangkan..tibe jumpa hasny kat HEP ISB.
"eh korg nak gi bookfair eh?tunggu aku ea,nak ikut"
best ar hasny,sayang hang..lupa nak bagitau tadi.hehe.

perjalanan hari ni panjang sebenarnye.kat bookfair je aku da habiskan rm78++.hebatkan?sedangkan datang dengan aim nak beli langit ilahi je pun (sebab rindu bau pohon tin da ada orang hadiahkan :) tQ mha![kasi kredit sket])hebat betul penangan KLIBF.

oh.lupa aku ceritakan.sebelum pegi da dipesan ramai,berhati-hati dengan Linguaphone(macam pkr yg merbahaya je..hehe)orait aku da set otak aku jgn lyn diorg.tp,nak jadikan cerita..keluar je mid nak menghala ke stesen komuter.amek kau,jumpa sorang salesman.Meniaga kad.adeh~
"dik bleh amik masa 2mnt?"
2minit?okla..bukan lama pun.xlari PWTC klu nk kejar pun.aku ikutkan.tapi pakcik ni cakap berjela-jela lak.ckup 2 mnt aku pun remind dia.
"eh ni da lebih 2mnt da ni"
orang meniaga ala2 cenggini memang payah nak makan saman kan.
"ala adik nak gi beli buku.bukan lari pun kedai buku tu"
aku da sket angin.ok.aku dengar lagi sampai da rasa xleh dengar..
"okla bang sampai sini je kut.kami xrasa nak beli"
tbe abang tu hangin lak.(first time aku tgk salesman sehangin die)
"adik ni xprofessional langsung la.kalau nak dengar,dengarlah sampai habis"
erk?his talking about professional?hello!janji 2minit kamu tadi kamu abaikan..agak2 kamu proffesional x?aku mcm nk angkt kaki..tp mcm sungguh xpolite.aku tahan lagi dan tadah telinga. 
but then terpakse gakla berkasar untuk melepaskan diri.

ok smpai situ la citer di mid.aku rs besalah kat hasny sbb aku yg stop tp die pun kene heret skali.tp hasny c0ol je orgnye.ye kmudian kami ke pwtc dan menghabiskan wang.

balik tu behajat singgah mid,sbb hasny ada plan lain.so,dgn bijak ktorg naik tren tmpa usul periksa.amek tren ke plabuhan klang.mmg xlalu la kan..eheh~nsib baik smpt cam stesen angkasapuri.aku ajak hasny turun.tukar tren balik ke sentral dan amik platform 6 ke mid. Nmpk ringkas kan.tp dekat 40mnt gak kandas kat angkasapuri.huh!

sekianla cerita after exam.ni la masalah bejalan tanpa misi yang jelas.maaf serabut sket post kali ni..

*gembira ni ada banyak buku..hehe

12.25am

20 April 2009

p0st mortem

bismillahirrahmanirrahim..

An-Nazi'at

[37] Maka adapun orang yang melampaui batas
[38] dan lebih mengutamakan kehidupan dunia
[39] maka,sungguh nerakalah tempat tinggalnya
[40] Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya
[41] maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya

inilah kepastian yang diabaikan..oleh 'kita2' yang mengaku hamba ini.. :( 
~ingatan buat diri sendiri & sekalian insaan yang sering lupa..

astaghfirullahal'azim..

8.10pm
12th Rc

19 April 2009

satu renungan bersama

salam.

kita telah sampai pada satu zaman,masyarakatnya telah rosak ke akar umbi.kitalah itu..buih dilaut.banyaknya tidak berfungsi..

Bahana Nafsu
SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. 

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. -Berita Harian,Ahad,19 April 2009


Takut Mati di gereja

Seorang lagi pesakit HIV, Mashud Jamil, 35, (bukan nama sebenar), berkata, dianggarkan beribu-ribu pesakit HIV muslim bakal kehilangan pedoman jika mereka tidak dikeluarkan segera dari rumah perlindungan Katolik berkenaan.

"Rumah perlindungan Katolik berkenaan sangat prihatin dengan nasib pesakit HIV yang tiada keluarga dan merempat di kaki lima dengan menyediakan rumah perlindungan, makan minum dan ubat-ubatan.

"Namun, apa yang menimbulkan rasa kurang selesa bagi pesakit muslim ialah tiada pengisian agama dan kami tidak bebas untuk melakukan ibadah seperti bersolat dan mengaji," katanya yang pernah tinggal di rumah perlindungan Katolik di Melaka beberapa tahun lalu.

Jelas Mashud, kebanyakan rumah perlindungan ini tidak memaksa mereka untuk menukar agama tetapi jika pesakit dalam keadaan nazak, pihak pengurusan akan berdampingan dengan pesakit sehingga akhir hayatnya.

Bagi Mashud, itu adalah fasa yang menggerunkan kerana walau seteruk mana pun perjalanan hidupnya, dia masih mahu mati sebagai seorang Islam.-KOSMO,Ahad,19 April 2009

Berat tak amanah menjadi muslim diakhir zaman?Adakah kita mahu lepas tangan?Adakah kita mahu mengambilnya sebagai beban..atau amanah kerna rasa kasihnya terhadap Baginda..

Kitalah pewaris yang tinggal untuk meneruskan segala yang telah bermula..

8.20am