Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 April 2009

h0me sick

Meninggalkan rumah seawal usia 13tahun untuk ke sekolah berasrama adalah suatu situasi yang normal lewat tahun-tahun belakangan ini. dan aku menjadi diantaranya. membesar di sekolah berasrama selama 5 tahun jarang membawa aku rasa rindu yang sangat terhadap rumah. meski kawan2 kebanyakannya mengalami homesick. tapi tidak untuk aku. (tapi untuk kes-kes dari rumah balik ke sekolah agak sedih sket la kan..sbb dah terbiasa dengan kebestan rumah) aku selalu merasa gembira dan bahgia disekolah bersama kawan2 yang ramai.

perantaraan masa membawa aku ke matrikulasi.melabur setahun pula disana. jauh ke utara. lebih jauh dari sekolah menengah. jarak yang panjang membuatkan aku lebih malas untuk pulang. tetapi dek kerana mengenangkan adab terhadap ibubapa yang dipelajari ketika sekolah dulu. kugagahkan jua untuk pulang sebulan sekali. 

universiti menjemput aku ke Kuala Lumpur. cuma plus minus 4jam dari rumah. kali ini aku jadi sensitif dengan rumah. mungkin kerana sekuliah dengan siti hajar yang selalu pulang, membuatkan aku sedikit sebanyak rasa tidak sedap berlamaan diUM setelah berpurnama tidak pulang. 

masa makin menipis sebagai degree student, menyedarkan aku yang lewat masa depan, aku akan mencari kerja. tentu sekali cuti ketika bekerja lebih sedikit dan tidak sefleksibel masa belajar. dek kerana ini, aku makin kerap ingin pulang.

Mak dan ayah

my siblings_1

my siblings_2

naim..amin..jiha

oh. i will always miss my home.

gerak masa makin panntas melajukan langkah. derap nafas makin sebal dek rasa sepi yang bakal menjarakkan persaudaraan dan cinta. moga kasih terus harum dalam degup jiwa yang tidak pernah terpisah.

7.25pm
12th Rc

3 comments:

ladygirl said...

oh sarah..
aku yg dok dkt ni pn homesick apatah lagi hg yg dok jauh..
huhu..sarah hg cari keje kt perak la bleh blk umah slalu..hehe..

Merentas Horizon said...

aduh.azril ofer keje kat syrkt die.tu la bikin lagi galau ini jiwa.

Hajar B said...

poyo la kau budak.
rupe rupe nye ko nih pandai homesick juge ye.