Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 May 2009

loss my stuff again

hurm~ satu perkara pelik ialah,kenapa barang aku selalu hilang dengan keadaan aku sedar. dulu payung aku hilang. letak sekejap je kat depan mesin air 12th ni ha nak gi kafe. balik dari kafe hilang. memang terang dan nyata la ada yang mengambilnye sebab payung awanis elok je terletak kat sebelahnye. 

habis exam fisio tadi, aku gi ambil beg. Botol air aku hilang. Memang nyata2 aku letak dekat sebelah beg. Tapi dalam loker tu tinggal beg sahaja. esh2. musykil2. kalu ye pon minat kan, jangan la sampai.. "tak dapat tuannya botol air pun jadi la" haha!

oh di atas itu aku sengaja ingin merapu.. 
merawat hati yang rawan sebenarnya. habis exam tadi semua tegur aku, "ai muka riang gembira je mesti boleh jawab". huh! habis takkan nak masam mencuka kan. dah lepas pun. hidup kena calm, cool and relax bak kata Prof Ramli.(ish prof,sampai hati prof bagi soklan susah mcm td..sob2)
dapat je paper tadi. aku da blank. blank from the start. bahaya kan? heh
ye, secara jujurnya memang ini subjek yang paling teruk mendapat layanan dari aku sepanjang belajar degree di UM ni. aci xendah je. dah la aku banyak fokus bab2 yang awal. tup2 bab2 yang akhir lak yg keluar kan. pastu plak, pattern dari past year question meleset sama sekali.

tiada soalan lebih kurang dari past year. brand new bak kata orang. 

okla. kalau nak membebel atau mengeluh pepanjang pun da xda makna kan? dont blame others blame yourself for not focus in your study. 
hurm, 
kalau sem lepas ada satu subjek yang aku rasa macam..
"kalau aku kena extend tahun,pasti sebab subjek ni" itulah exam Genomik..subjek Dr Amir tersayang. tapi untuk Fisio ni, aku xnak cakap macam tu lagi..
aku nak grade woo!huhu..
walau apa pon result yang keluar nanti, aku harap aku boleh grade.
Ameen!!

one more paper to go!!Jangan ulangi kesilapan yang sama..paper terakhir.much more effort toward it. paper Dr Amir.. Biomolekul.. 

ok.mau beransur ke Sg. Buloh. Meminjam kuat dari saudara di kampung..(walhal last week baru balik rumah..mcm xde kesan je.heh~)

6.30pm
12th Rc

29 April 2009

You are the choosen one!

wahai hati2 yang telah disentuh kasih ilahi.
bangkitlah bangun..
mencari semula serpih cinta tuhan yang makin kelabu didasar hati.

wahai jiwa yang makin kering di jamah zaman.
sedarlah dari dunia yang menipu.
jiwa itu mudah hilang kerna maksiat yang menebal didada kalbu.

wahai ruh yang semakin lemah dek alpa terhadap tarbiyah diri.
istiQamahlah terhadap jalan yang telah kau pilih.

sungguh,kamu adalah yang terpilih.
persiapkan dirimu.
medan baru bakal kau tempoh.

permusafiran ini akan membawa ke destinasi seterusnya.
sudahkah jasad dan minda ini bersedia?

 

28 April 2009

Syabab Musafir Kasih

Ya saya tahu sekarang sedang peperiksaan final.
Ya saya tahu banyak saya tak baca lagi.
Tapi exam xbermaksud xperlu membasuh hati kan?exam la masa nak basuh jiwa.yang mudah gersang dek tekanan belajar.hehe

saya tahu fatimah syarha da keluar buku baru.tapi tak salah kan baca yang lama?hehe.lagi.

* * * * *

pemuda itu bukannya orang yang berkata,ayahku hebat dia begitu begini. Sebaliknya pemuda itu ialah orang yang berkata,aku hebat, aku buat begitu begini.

tinggalknlah orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau dan mereka telah tertipu dengan kehidupan dunia.

"bolehkah saya rehat,sedangkan di luar sana ada pemuda sedang tenat?"syabab.

* * * * *

syabab musafir kasih benar2 mengajar anda tentang perjuangan dan kehidupan itu sendiri.
jika anda meminati ayat-ayat cinta atau ketika cinta bertasbih,buku ini pasti lebih mengesankan kerana lebih dekat dengan sosio-budaya mesyarakat Melayu Malaysia.Sarat dengan nilai-nilai tarbiyah yang cuba diterapkan kedalam masyarakat.Tahniah kak Fatimah,moga usaha penulisan kakak memberi impak besar pada penerapan nilai islam kedalam masyarakat. 

Jemput baca semuanya.

11.00pm
12th Rc

Tag by awanis

Setelah selongkar archieved,ya aku berhutang satu tag ngan awanis.
Awan,here your tag goes..

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut at least 1 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

Hurm~
1.aku orangnya malas
2.hot (Malaysia iklim khatulistiwa kan..selalu panas kalau pun hujan di petang hari)
3.rasa macam nak dok perak lak pas habis belajar (tapi rasa je kut,hidup perlu banyak berkorban kan??)
4.dua exam lagi menunggu untuk menghabiskan zaman degree.fisio and biomol.
5.berdebar lak nak Latihan Industri.haish.
6.apa yang akan aku kenang bila tinggalkan 12th?WIFI semestinya.hehe.
7.aku rindu Skola Taayah
8.dragon ball ada 7 biji.haha!
9.kenapa kita kena buat tag ha?
10.2hb ni ucu nak buat kenduri sebab die nak gi umrah.aku nak pegi.ada makan2 kan.tapi,aku exam hari tu :(
11.hari ni bad things happened kat dewan exam?sungguh memalukan!apakah?huh!
12.aku mula merasa sebal menghadapi hari2 mendatang(im going to miss UM maybe,bioinfo exspecially)
13.banyak benda yang aku kesalkan dalam hidup,tapi banyak juga perkara yang menggembirakan.
14.Sains adalah menarik tetapi ada sisi gelapnya yang mengecewakan.
15.I want to become a secondary school student again..yup!
16.sorry awanis,tag ni tarikh 22 Januari kut.Only answered after 3 months.Err..mmg aku manusia yang bajet bz kut.haha!

malas nak tag,tapi rasa nak tag ASMA AMRAN lak.Asma,buat tau (^^,)! 

3.55pm
12th Rc

26 April 2009

h0me sick

Meninggalkan rumah seawal usia 13tahun untuk ke sekolah berasrama adalah suatu situasi yang normal lewat tahun-tahun belakangan ini. dan aku menjadi diantaranya. membesar di sekolah berasrama selama 5 tahun jarang membawa aku rasa rindu yang sangat terhadap rumah. meski kawan2 kebanyakannya mengalami homesick. tapi tidak untuk aku. (tapi untuk kes-kes dari rumah balik ke sekolah agak sedih sket la kan..sbb dah terbiasa dengan kebestan rumah) aku selalu merasa gembira dan bahgia disekolah bersama kawan2 yang ramai.

perantaraan masa membawa aku ke matrikulasi.melabur setahun pula disana. jauh ke utara. lebih jauh dari sekolah menengah. jarak yang panjang membuatkan aku lebih malas untuk pulang. tetapi dek kerana mengenangkan adab terhadap ibubapa yang dipelajari ketika sekolah dulu. kugagahkan jua untuk pulang sebulan sekali. 

universiti menjemput aku ke Kuala Lumpur. cuma plus minus 4jam dari rumah. kali ini aku jadi sensitif dengan rumah. mungkin kerana sekuliah dengan siti hajar yang selalu pulang, membuatkan aku sedikit sebanyak rasa tidak sedap berlamaan diUM setelah berpurnama tidak pulang. 

masa makin menipis sebagai degree student, menyedarkan aku yang lewat masa depan, aku akan mencari kerja. tentu sekali cuti ketika bekerja lebih sedikit dan tidak sefleksibel masa belajar. dek kerana ini, aku makin kerap ingin pulang.

Mak dan ayah

my siblings_1

my siblings_2

naim..amin..jiha

oh. i will always miss my home.

gerak masa makin panntas melajukan langkah. derap nafas makin sebal dek rasa sepi yang bakal menjarakkan persaudaraan dan cinta. moga kasih terus harum dalam degup jiwa yang tidak pernah terpisah.

7.25pm
12th Rc