Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

05 May 2009

Final paper.

huh!aku kat sini nak betulkan statement aku yg lepas.
[situasi ni dalam dewan exam]
bila kalian banyak membaca,kalian akan rasa masa macam 
'kenapa cepat sangat habis masa ni'.
tapi bila kalian baca pun xabis.paham pun sipi2.maka korang akan rasa
'bila la nak habis ni'.
mari aku betulkan, yang sebenarnya.. meskipun kita rasa xcukup masa ketika di exam hall, tapi itu xbererti kita baca semua. Boleh jadi, kita akan jadi begini, "eh da baca ni.. tp yg mana satu ye.. apa ea jawapannye".. itula namanye improper data stored in brain. ahaks!

sekian la tentang exam.tak perlu komen lanjut.just share pic of the days..maaf proper pic aku xda. tadi xpast pun kamera ni kat member. aku snap mana yang sempat je..




ni la pics budak2 bioinfo yang berjaya di snap in a rush.
yang ni candid gambar biotek student.haih mereka ni memang sangat skema. gambar candid pun skema juga

Jalan Sultan Ismail.heh.
Ni gambar rumah nak LI sok
Haha.2 pics je.overall okla rumah ni.murah+sesuaila untuk menetap.

the last pic here is me wif aimi.


Sekian corat-coret hari ini,
*penatnya hari ni*

11.30pm
12th Rc

03 May 2009

Kenduri Ucu

 
semalam, sempat gak la rush back to Kuala Selangor untuk attend kenduri, ucu buat, sempena dia nak gi umrah hujung bulan 6 nanti.

teringat lak dulu2, zaman kitorang basuh pinggan reramai lepas kenduri habis. zaman lari2 keliling rumah bersama kakak&abang sedara waktu malam. nak try sapa paling berani la kata kan(apa kes la punya pemainan). main aci nyuruk dalam kandang kambing atok (da xde da pun kandang ni..) penah korang main lumba kasut? taruk kasut dalam parit waktu hujan..tengok siapa punya kasut sampai dulu. pelik2 je pemainan dulu2.

1990-an
nak jadikan cerita, dulu kecik2 kami sedara-mara sangat suka bermain dengan aktifnya (standard la budak kecik kan). waktu tu ucu xkawen lagi. Baru2 lagi keja kat KL dok rumah sama ngan abang die (my paklang)..tapi hujung minggu dia balik kampung.. waktu tu, asal kami main pondok2 ke.. masak2 ke kat belakang rumah mesti kene bebel ngan die lepas tu. tak tau le kenapa. sebab kitorang suka buat sepah ke? haha. tapi dia memang sangat garang la dizaman muda nya..kitorang memang xkamcing betul ngan ucu.
sampai sempat la kitorang membuat konspirasi untuk tidak berkawan dengan anak dia bila dia ada anak nanti. (waktu tu dia bujang trang tang tang lagi..kesian, belum kawin pun anak da kena pulau.hebat betul!haha) macam lucu je. pemikiran jangka panjang kanak2.. tapi biasa la kan, dendam kanak2 bukan lama.

2009
sekarang ucu dah xgarang, malah peramah lagi. ucu dah kawin dan ada anak dua. comel lak anak2 ucu ni, xkan nak pulau kut?Ahaks! mesti la tak kan. zaman kami bermain2 pun da lama tinggal kenangan.. sedara mara seangkatan waktu main pondok2 dulu pun semua da mula memikirkan hidup sendiri. ada yang da punya anak sendiri pun, mana la nak geng ngan anak ucu. hehe.

Jun ni ucu da nak gi umrah. murah rezeki dia, anak2 kecik lagi tapi da boleh gi umrah. bawa anak2 sekali. dengar2 6 ribu lebih gak 1 kepala. anak2 diorang xpasti lak berapa bayarannya. 

sekarang semua pun dah membesar. nak buat kenduri pun da susah nak berlama-lamaan. semua kejap2 aje. ye la kan, semua da ada hidup sendiri. 

*oh gmbar xde lak.semalam sampai lambat, kamera tinggal dalam kereta.heh~

8.05pm
12th Rc

02 May 2009

loss my stuff again

hurm~ satu perkara pelik ialah,kenapa barang aku selalu hilang dengan keadaan aku sedar. dulu payung aku hilang. letak sekejap je kat depan mesin air 12th ni ha nak gi kafe. balik dari kafe hilang. memang terang dan nyata la ada yang mengambilnye sebab payung awanis elok je terletak kat sebelahnye. 

habis exam fisio tadi, aku gi ambil beg. Botol air aku hilang. Memang nyata2 aku letak dekat sebelah beg. Tapi dalam loker tu tinggal beg sahaja. esh2. musykil2. kalu ye pon minat kan, jangan la sampai.. "tak dapat tuannya botol air pun jadi la" haha!

oh di atas itu aku sengaja ingin merapu.. 
merawat hati yang rawan sebenarnya. habis exam tadi semua tegur aku, "ai muka riang gembira je mesti boleh jawab". huh! habis takkan nak masam mencuka kan. dah lepas pun. hidup kena calm, cool and relax bak kata Prof Ramli.(ish prof,sampai hati prof bagi soklan susah mcm td..sob2)
dapat je paper tadi. aku da blank. blank from the start. bahaya kan? heh
ye, secara jujurnya memang ini subjek yang paling teruk mendapat layanan dari aku sepanjang belajar degree di UM ni. aci xendah je. dah la aku banyak fokus bab2 yang awal. tup2 bab2 yang akhir lak yg keluar kan. pastu plak, pattern dari past year question meleset sama sekali.

tiada soalan lebih kurang dari past year. brand new bak kata orang. 

okla. kalau nak membebel atau mengeluh pepanjang pun da xda makna kan? dont blame others blame yourself for not focus in your study. 
hurm, 
kalau sem lepas ada satu subjek yang aku rasa macam..
"kalau aku kena extend tahun,pasti sebab subjek ni" itulah exam Genomik..subjek Dr Amir tersayang. tapi untuk Fisio ni, aku xnak cakap macam tu lagi..
aku nak grade woo!huhu..
walau apa pon result yang keluar nanti, aku harap aku boleh grade.
Ameen!!

one more paper to go!!Jangan ulangi kesilapan yang sama..paper terakhir.much more effort toward it. paper Dr Amir.. Biomolekul.. 

ok.mau beransur ke Sg. Buloh. Meminjam kuat dari saudara di kampung..(walhal last week baru balik rumah..mcm xde kesan je.heh~)

6.30pm
12th Rc

29 April 2009

You are the choosen one!

wahai hati2 yang telah disentuh kasih ilahi.
bangkitlah bangun..
mencari semula serpih cinta tuhan yang makin kelabu didasar hati.

wahai jiwa yang makin kering di jamah zaman.
sedarlah dari dunia yang menipu.
jiwa itu mudah hilang kerna maksiat yang menebal didada kalbu.

wahai ruh yang semakin lemah dek alpa terhadap tarbiyah diri.
istiQamahlah terhadap jalan yang telah kau pilih.

sungguh,kamu adalah yang terpilih.
persiapkan dirimu.
medan baru bakal kau tempoh.

permusafiran ini akan membawa ke destinasi seterusnya.
sudahkah jasad dan minda ini bersedia?

 

28 April 2009

Syabab Musafir Kasih

Ya saya tahu sekarang sedang peperiksaan final.
Ya saya tahu banyak saya tak baca lagi.
Tapi exam xbermaksud xperlu membasuh hati kan?exam la masa nak basuh jiwa.yang mudah gersang dek tekanan belajar.hehe

saya tahu fatimah syarha da keluar buku baru.tapi tak salah kan baca yang lama?hehe.lagi.

* * * * *

pemuda itu bukannya orang yang berkata,ayahku hebat dia begitu begini. Sebaliknya pemuda itu ialah orang yang berkata,aku hebat, aku buat begitu begini.

tinggalknlah orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau dan mereka telah tertipu dengan kehidupan dunia.

"bolehkah saya rehat,sedangkan di luar sana ada pemuda sedang tenat?"syabab.

* * * * *

syabab musafir kasih benar2 mengajar anda tentang perjuangan dan kehidupan itu sendiri.
jika anda meminati ayat-ayat cinta atau ketika cinta bertasbih,buku ini pasti lebih mengesankan kerana lebih dekat dengan sosio-budaya mesyarakat Melayu Malaysia.Sarat dengan nilai-nilai tarbiyah yang cuba diterapkan kedalam masyarakat.Tahniah kak Fatimah,moga usaha penulisan kakak memberi impak besar pada penerapan nilai islam kedalam masyarakat. 

Jemput baca semuanya.

11.00pm
12th Rc