ye, aku masih bernafas meskipun dah hampir 6 hari blog ni xdi update. bukan nak bagi alasan sibuk LI sampai xdpt update. cuma ada rasa janggal kalau bagi cerita yang xmemberi manfaat. ye la setakat nak bagitau kehidupan bosan di LI tanpa ada sesuatu untuk mengetuk otak kita berfikir, apalah fungsinya..
ok.start.
hari ni 3rd day keje. praktikal. kat 'pejabat pos swasta'. keje agak perlahan dan progress yang sedikit lambat. just follow the flow. (",)
nak cerita. semalam kak nad our supervisor here ajak kami dengar satu event ni. tapi kami kensel kan sebab nak kena balik UM ambil PC & brg2 lain. tup2 pagi ni dia ajak lagi. so, sebab xda ke mana2 malam ni, aku on je ngan kak nad.
aku bergerak bersama awanis,kak nad,kak mas n beng ke menara etiqa. Nak dengar talk pasal alpha lipid lifeline.. so called direct selling la kan. serius, aku xpernah join mana2 event yang sebegini. selalu dengar2 dari mulut orang je kan. sampai sana nampak en nizam (co-supervisor kat Tekad..haish diorang ni memang berpakat buat market lain kat luar syarikat gamaknye..)
masuk dalam dewan. ramainya manusia. cina.. melayu.. mostly melayu la kan. bawa semua anak beranak siap nak pi dengar pasal alpha lipid ni. boleh aku cakap 60% dari yang datang hari ni adalah yang first time datang event susu alpha lipid. ramainya xleh nak cakap,sampai xdapat kerusi berdiri kat belakang2 dewan.
meh aku promot kat korang,kut korang berminat. alpha lipid lifeline produk ni adalah satu produk kesihatan. pernah dengar kolustrum?yang tu la..susu awal lembu orang kata. banyak la khasiatnya. menurut testimoni, ada yang sakit ginjal mengecut sembuh, barah payudara sembuh, kencing manis orait..dsb. ala2 suppliment gak la alpha lipid ni.
lepas tu sistem dibelakangnya goes like this.. ahli
diamond perlu dapatkan 8 manager
emrald perlu dapatkan 5 manager
ruby perlu dapatkan 3 manager
manager perlu dapatkan 2 supervisor
supervisor perlu jual 30 tin
nak jadi ahli perlu beli min 3 tin susu.
korang nampak xpiramid(jika di bina) akan jadi macammana?try la buat sendiri yek.
balik tu dalam perjalanan balik, kami pun bersembang-sembang. rupa2nya kak nad memang biasa buat benda2 yang ala2 promoter ni. sebab dulu dia pernah jadi salesperson kutip charity untuk National Kidney Foundation. Menurut beliau, dulu waktu keje tu memang pulun gila keje, dari 7 pagi, sampai 12 malam pun xtentu dapat balik lagi.
so, apa yang aku nak kasi korang hayati disini adalah..
pernah xkorang dengar, dakwah tu macam MLM?? tapi memang, bila aku dengar speaker yang bercakap tadi sampaila ke cerita2 kak nad, aku rasa kalau la kita mampu mempromosikan dakwah sampai macamtu sekali, hebatkan. siap ada ranking, sorang kene dapatkan berapa member di bawah masing2. dalam waktu yang sama, kita dapat lihat kecergasan dan kesungguhan kak nad bekerja keras untuk dapatkan donor utk charity dia dulu. sampai kan bleh keje dari 7pagi-12malam. cuba kita tanyakan diri, sebegitu keraskah kita bekerja untuk mendapatkan mad'u? dan nyata, kebolehan menarik telinga2 manusia untuk mendengar tentang direct selling ini memang sungguh mengharukan aku. Akan sampaikah dakwah kita sebegitu?
InsyaAllah. Amin
i got this say,
"xpe, kalau pun kamu xnak ikut kami meniaga produk ni, masih ada ramai lagi yang mahu bersama-sama kami" MasyaAllah, kalian perasan x ayat ni ada dalam Quran, Allah tujukan untuk para penggerak dakwah. sinis.
selain dari dapat idea tentang ni,
aku rasa hari ni..aku dapat la kenal sket2 peribadi rakan2 sekerja. kak ain yang baru kehilangan mak dan bos yang rupanya ada sakit jantung. begitulah alkisah. berjaulah bersama akan merapatkan lagi ukhwah sesama kita kan..
ok.sampai sini.kalo korang xpaham, len kali aku alter.ngantuk bah. sok mau kerja.
12.49am
14mei2009
P1 wimax,
ampang,Selangor