Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

14 May 2009

kantoi!! [gotcha]

ye kisah hari ni?kantoi online [saksi: co-supervisor]

1st time:buka blog kak hajar.

sarah dengan gembira ber'ym' ngan kak mash. sambil tu open tab untuk usha blog kak hajar USm.[mode riang ria gumbirA] 
"eh, sarah pun dapat internet ye?" ni macam suara en nizam [mode:freEze]
toleh sikit.
"err..pakai adapter" suara ala2 kantoi kan kat situ. tak tau nak cover cemana.bila masa la en nizam ni mai berdiri belakang aku.
"oo awak pakai adapter jenama apa ye?sebab saya dulu guna D-Link tapi internet selalu putus2"
"oh guna Aztech. gunala yang ni..saya pakai ok je" meski pun kantoi kene la menten c0ol. haih!

* * *

2nd time:buka laman tv9

terima kasih ceplos kerna membantu proses pengkantoian. heh!

"awanis,cuba tengok orang tu..ada ala2 ceplos x?"sebut sarah sambil menuding salah sorang brother marketing di Pos Mart.
"aku xtau ceplos tu apa"
sarah pun taip tv9 di google dan nampakla flash ceplos kat website tv9. 
"ni la ceplos. ada sama x?" awanis senyum2 je. aku rasa mesti awanis nak cakap tak sama.
kat sebelah sana jiha khusyu' bincang ngan en nizam. 
'eh, tutup la tab2 yg xberkait kt explorer ni' sarah pun dgn yakin nak close tab. tup tup
"ceplos!"erk?? en nizam bersuara dari hujung sana. tahap dewa betul sense en nizam ni. 

nampak x flow kantoi di situ??

* * *

4.22pm
tekad.

update..aku masih bernafas..

salamalaik pada para pembaca budiman.. ^_^
ye, aku masih bernafas meskipun dah hampir 6 hari blog ni xdi update. bukan nak bagi alasan sibuk LI sampai xdpt update. cuma ada rasa janggal kalau bagi cerita yang xmemberi manfaat. ye la setakat nak bagitau kehidupan bosan di LI tanpa ada sesuatu untuk mengetuk otak kita berfikir, apalah fungsinya..

ok.start.
hari ni 3rd day keje. praktikal. kat 'pejabat pos swasta'. keje agak perlahan dan progress yang sedikit lambat. just follow the flow. (",)

nak cerita. semalam kak nad our supervisor here ajak kami dengar satu event ni. tapi kami kensel kan sebab nak kena balik UM ambil PC & brg2 lain. tup2 pagi ni dia ajak lagi. so, sebab xda ke mana2 malam ni, aku on je ngan kak nad. 

aku bergerak bersama awanis,kak nad,kak mas n beng ke menara etiqa. Nak dengar talk pasal alpha lipid lifeline.. so called direct selling la kan. serius, aku xpernah join mana2 event yang sebegini. selalu dengar2 dari mulut orang je kan. sampai sana nampak en nizam (co-supervisor kat Tekad..haish diorang ni memang berpakat buat market lain kat luar syarikat gamaknye..) 

masuk dalam dewan. ramainya manusia. cina.. melayu.. mostly melayu la kan. bawa semua anak beranak siap nak pi dengar pasal alpha lipid ni. boleh aku cakap 60% dari yang datang hari ni adalah yang first time datang event susu alpha lipid. ramainya xleh nak cakap,sampai xdapat kerusi berdiri kat belakang2 dewan. 

meh aku promot kat korang,kut korang berminat. alpha lipid lifeline produk ni adalah satu produk kesihatan. pernah dengar kolustrum?yang tu la..susu awal lembu orang kata. banyak la khasiatnya. menurut testimoni, ada yang sakit ginjal mengecut sembuh, barah payudara sembuh, kencing manis orait..dsb. ala2 suppliment gak la alpha lipid ni.

lepas tu sistem dibelakangnya goes like this.. ahli

diamond perlu dapatkan 8 manager
emrald perlu dapatkan 5 manager
ruby perlu dapatkan 3 manager
manager perlu dapatkan 2 supervisor
supervisor perlu jual 30 tin
nak jadi ahli perlu beli min 3 tin susu.

korang nampak xpiramid(jika di bina) akan jadi macammana?try la buat sendiri yek.

balik tu dalam perjalanan balik, kami pun bersembang-sembang. rupa2nya kak nad memang biasa buat benda2 yang ala2 promoter ni. sebab dulu dia pernah jadi salesperson kutip charity untuk National Kidney Foundation. Menurut beliau, dulu waktu keje tu memang pulun gila keje, dari 7 pagi, sampai 12 malam pun xtentu dapat balik lagi.

so, apa yang aku nak kasi korang hayati disini adalah..
pernah xkorang dengar, dakwah tu macam MLM?? tapi memang, bila aku dengar speaker yang bercakap tadi sampaila ke cerita2 kak nad, aku rasa kalau la kita mampu mempromosikan dakwah sampai macamtu sekali, hebatkan. siap ada ranking, sorang kene dapatkan berapa member di bawah masing2. dalam waktu yang sama, kita dapat lihat kecergasan dan kesungguhan kak nad bekerja keras untuk dapatkan donor utk charity dia dulu. sampai kan bleh keje dari 7pagi-12malam. cuba kita tanyakan diri, sebegitu keraskah kita bekerja untuk mendapatkan mad'u? dan nyata, kebolehan menarik telinga2 manusia untuk mendengar tentang direct selling ini memang sungguh mengharukan aku. Akan sampaikah dakwah kita sebegitu?
InsyaAllah. Amin

i got this say,
"xpe, kalau pun kamu xnak ikut kami meniaga produk ni, masih ada ramai lagi yang mahu bersama-sama kami" MasyaAllah, kalian perasan x ayat ni ada dalam Quran, Allah tujukan untuk para penggerak dakwah. sinis.

selain dari dapat idea tentang ni,
aku rasa hari ni..aku dapat la kenal sket2 peribadi rakan2 sekerja. kak ain yang baru kehilangan mak dan bos yang rupanya ada sakit jantung. begitulah alkisah. berjaulah bersama akan merapatkan lagi ukhwah sesama kita kan..

ok.sampai sini.kalo korang xpaham, len kali aku alter.ngantuk bah. sok mau kerja.

12.49am
14mei2009
P1 wimax, 
ampang,Selangor

08 May 2009

Tag from kak CT

walaupun sebenarnya, aku kena kejar masa nak packing semua barang n nak buat itu ini.tapi sempat la layan tag kak CT jap.

1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda
kak CT.kak CT ni kakak aku,walaupun muka kami xmacam adik beradik.so what?haha..

2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka... Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu

heh~ aku xda gambar zaman kanak2 lor..zaman aku kecik family aku xda duit nak beli kamera. Kalo ada gmbr tu, sah2 minjam kemera jiran sekampung. Setelah aku cari gali dalam pc ni,hanya ini je gmbo yang ade.orait aa kan.
Aku kurang yakin umo berapa waktu ini. 3/4tahun kut. almaklum ingatan aku sangat lemah. cuba tengok muka naim dibalik kak CT tu. comel kan dia tapi hanya waktu kecik aje dia comel.

Ni pun umo yang sama aku rasa. sebab ye la alang2 pinjam kamera kan. tangkap banyak gambar skali gus.[yo yo or je aku cakap ayah pinjam kamera dari jiran.sebeno aku pon xtau dari mana datang kamera tu.hehe] 

Ni bukan copy+paste dari kak CT tau. Ni memang ada dalam PC ni. aku ambik kat kak CT lame dulu. umo 5 tahun.

3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)

aku xda perkara menarik dalam hidup. aku lahir sebagai sorang kanak2 untuk dibuli. aish. perlukah aku membuka kisah sedih ini lagi (hidup kena penuh drama)

[1] saya sentiasa dibuli oleh saudara mara. taiko adalah abang arul. ya dia memang sentiasa menjadi pembuli besar. dia pernah angkat aku dan menghumban ke atas katil. sakit korang tau?tapi lepas tu aku main gak lagi ngan dia. heh. kawan kan limited, pusing2 itu jugakla.

[2] ya masih abang arul. ketika melawat dia dirumahnya di Ipoh ketika itu, seperti biasa kami bermain. tiba2 dia suruh aku masuk satu kotak (saiz cam kotak tv atau mesin basuh yang pasti muat2 saiz aku). Aku yang lurus dan taat setia ni pun masuk. dia cakap nak buat magik. korang tau apa dia buat?dia tutup kotak tu dan duduk atas kotak. saiz dia cukup besar untuk budak sebaya dengan dia time tu. Hampir mati lemas aku. Korang kesian tak kat aku?zaman kanak2 yang penuh kisah hitam yang mencemaskan.ishk2..

[3] kisah2 lain yang tinggal dalam ingatan aku ialah bersama saudara-mara bermain sorok-sorok di ladang koko. Pengembaraan dalam kebun atok kat belakang rumah. (tapi jalan masuk hutan selalu aku kena kuarantin. sebab mak cakap badan aku sensitip.asal masuk hutan balik gatal2.) main masak2. main pondok2. lagi satu permainan,main lakonan semula kartun dalam majalah ujang..kejadah kan?tapi yes its true. aku buat semua benda tu dulu.

[4] ada sekali main perang-perang. waktu ni femes orang buat senapang kayu ngan getah, peluru guna buah ceri.aku geng ngan abang yazid n kak CT geng ngan abang arul. tapi ada ramai lagi la geng abang arul. aku xtau apa masalah abang arul ngan aku. dia komplot ngan geng dia gi tuju aku reramai. geng aku dia tak tuju lak. aku aje yg kena. korang agak ending apa? mestila aku nangis dan balik rumah. haha! yes, aku memang kuat nangis. standard la untuk orang kena buli kuat nangis kan. kalau xkuat nangis xda la orang nak buli. hehe

[5] ha! ada satu cerita waktu aku darjah satu. aku ngan kakak selalu pegi kedai runcit kat belakang rumah..5minit gakla naik basikal. lepastu, satu hari kitorang gi kedai. beli2 barang xcukup 20sen. kakak aku pun gi balik rumah amik 20sen. dia suruh aku dok kedai tu kejap. ala2 cagaran la. nak tunjuk kesungguhan yang kami akan bayar. tapi aku kan stok pemalu sket, jadi aku memang segan gile tggu kak CT kat kedai tu dekat stengah jam die amik 20sen. tebal muka aku. aku tau, korang xrasa apa kan kalau jadi aku. 

Moral of the story, korang jangan buli budak. Trauma budak kena buli ni. Samaada dia akan menjadi lebih kejam dan menjadi taiko geng kapak waktu dewasa kelak atau..mereka mungkin sama sekali menjadi manusia paling takut untuk bersuara. hati2. coraklah kanak2 kecil sebaiknya ^_^

4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil 
Sarah (standard), 
Arah (aku bahasakan diri sendiri), 
Jarah (ni arwah atuk bendang yang panggil),
Esah,Esyah (kawan sekolah rendah)

pelece??haha..ni bukan panggilan tapi gelaran kut.korang tau ke apa maksudnye tu?gi bukak kamus dewan.

5) Tag 10 kawan blog anda... Pastikan mereka jawab
[special case dari aku..korang kalau nak buat,buatla..tapi kalau rasa nonsense xyah buat]
Awanis Azizan,
Aswad Fauzi,
ShazWani Mohd Sabri,
Nor Aziati Anuar,
Abdul Fatah Ismail,
Siti Nur Ain Jamaluddin,
Fareha Adilah,
Farah Leza
xcukup lagi 2.nak buat cemana xramai kawan

*susahnya nak buat tag ni.

10.40am
12th Rc

07 May 2009

Farewell Party

****
erm..
mula-mula perancangannya nak adakan BBQ untuk 3rd year.so called jamuan perpisahan gitu. Tapi ramai sangat yang bermasalahnya. Nak balik kampung la. Dah nak LI kan. Semua ala2 xsabar nak spend sisa2 cuti kat rumah. Last2 Ain ambik langkah selamat cakap balance duit kelab dia akan belikan cenderahati waktu grade nanti. Aku cam sedikit sedih gak sebenarnya. Nak create moment to remember kunun tapi macam terkubur.

Suddenly malam tu Ain bagitau junior ada buat BBQ malam 6hb so jemput sekali senior. Meskipun aku xkenal junior dek slalu sangat clash program kelab ngan Karisma dan Balai 12th, so memang boleh kirala berapa kerat program yang aku pegi. hehe. tapi sebab ada makan, dan aku pun xda buat apa malam tu.. maka aku pun pergi la. Lagipun, inilah ruang yang ada nak berkenalan kan. ^_^

So semalam, jam 8malam aku ngan Awanis pun bergerak menuju ke Bioinfo. Waktu tu macam. Haih, kita xkenal sesapa ni. Takpe2 ain ade. Maka sampai la di Bioinfo dan diorang sedang membakar-bakar.  

Ini lah second year yang ada malam tadi.pihak penganjur.^_^ thanks kalian.
kasi gegar sikit.
syaz ngan nizam tolong bakar ayam,shift keja ngan adik junior

Aktiviti nye apa?aku rasa ni la program paling santai aku pergi. Sebab tentatif pun xda. Kalau ikutkan memang kami datang makan je semalam. Tapi nasib la ada yang membawa UNO. dan ada pak syekh mau jadi penglipulara. Sebenar aku seram gak kalau tiba2 diorang nak buat main music chair ke. Kalau aku kena?er.. xmo.



ya..mari main UNO

Apa manfaat yang aku dapat datang sini?Aku dapat belajar main UNO.haha!xpernah main.

ni antara yang khusyu dengar cerita harith. sampai seram seriau nak gi toilet.ehhe.


pose.

pose ala driver ISB
hehe.penyelaras bioinfo tak kan pose macam ni kut kan.


padamkan bara.dah habis makan.



Ok Itula gambar2 yang berjaya diambil dengan kamera yang tak seberapa.Haihla.kamera aku time2 ni la nak habis batteri.

8.40pagi
7 Mei 2009

06 May 2009

im suprised!

oh once again she touched my heart. 
deeply. 
u make me crying la girl..

*herm,nanti aku citer bila smpai kolej.

3.16pm
DG4 Bioinfo

*************************************
situasi 1
9.00pm [sms]
'ecah,awak nak tempah apa2 x?saya kat luar ni'
'boleh la belikan nasi goreng'
'ok'

10.30pm [sms]
'alamak ecah,jame teruklah xdapat nak beli nasi awak'
mata aku da goyang2.pandang mana pun nampak bantal.
'oh?xpela kte pon da ngantuk'

11.15pm [sms]
'ecah,awak jaga lagi tak?'
'da nak tido'
'eh jangan tido lagi tau.saya nak jumpa awak jap'
haih.mata da berat 10kilo.agak2 15 minit xde babaila..

1130pm [sms]
"ecah.."aimi muncul kat pintu bilik sambil menghulur seketul berger.
bila masa aku pesan beger.
"eh?oh.berapa?"
"xdela saya belanja.sian awak xdapat nasi goreng"
erk??
"oh terima kasih!"
reaksi kosong.memang failed.

situasi2 
2mei [sms]
'ecah,habis exam bila?belik kampung x?saya nak jumpa ada benda nak bagitau'
'xbalik,LI start next week.xsempat'
'oh.nnti nk jumpa after hbis paper'
'on'

6mei
'aimi,nanti dtg DG4 je la ek,sembang sini'
'ok'
aimi masuk mkmal bersama beg kertas paddini.
"ha apa citer?bunyi cam kes besar aje"
"saya xjadi LI kat Korea"
"erk?bia betol?sedihnya"

"haah..sbb kes selsema babi,semalam da kena amik balik pasport"
"ala..sayangnya.."
"okla awak,tu aje"aimi bangun nak blah.
"eh aimi,beg tinggal" aku trus sambar beg kertas paddini aimi yg tertinggal.
"awak ambil la.tu mmg saya nak bg awak"
"haa??"apakah la angin kawanku sorang ni,intai sket dalam beg.sandal??


"aimi,apa ni?"
"hari tu awak cakap awak xde kasut baru"

10april(reverse a month before)
"aimi,cantik kasut.baru beli ek?"
"takdelah da sebulan.murah je awak"
aku tengok kasut ala2 croc yang da lusuh kat kaki sendiri.
"kte ni ntah bile nak beli kasut baru"

argh..Aimi..xde kasut baru bukan sbb aku xda duit.tapi sbb xsempat nak beli.
anda membuat saya tersentuh lagi kali ini.
terima kasih Aiminaim..
and i almost cry..almost..

1.30am
7mei2009