Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 June 2009

serah : perang jamal II

Salamalaik..
disini ada pemberitahuan, setelah membuat sedikit penelitian terhadap sumber sejarah yang dipercayai, bolehlah dikatakan bahawa, Abdullah b Saba' sememangnya wujud. Namun, terdapat segelintir pihak Orientalis mahupun Syiah kontemporari yang sengaja meng'hazaf'kan susur galur kewujudan Abdullah bin Saba' ini dari sejarah.

Caranya mudah, Saif Ibn Amr Al-Tamimi yang merawi kisah Abdullah bin Saba' ini membuat rujukannya di Tarikh At Thabari. Namun, Tarikh At Thabari ini adalah satu himpunan kisah-kisah sejarah yang lepas (bahan mentah).. kisah2 di dalam Tarikh At Thabari tidak di analisis rawinya.

Ramai pula yang mengatakan hadis yang diriwayatkan oleh Saif tidak boleh diterima, kerana hadis2 yang diriwayatkan olehnya adalah lemah.

Apabila datangnya para Orientalis mahupun Syiah Kontemporari, mereka semua merujuk kisah Abdullah b Saba' ini dengan riwayat Saif Ibn Amr Al-Tamimi sahaja. Sedangkan, banyak lagi hadith2 dari Al-Kishi, Abu Jaafar Al-Thusi, Al-Muzaffari, Al-Sayyid Muhsin Al-Amin.

Abdullah bin Saba' tetap tsabit dan kekal di dalam sejarah sebagai pemain utama di dalam penyalaan api fitnah yang membawa kepada pembunuhan Uthman bin Affan Radhiyyallahuanhu dan tragedi itu akan terus dikenang sebagai suatu bencana kepada perpaduan umat Islam yang terjejas hingga ke hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut kisah-kisah Abdullah bin Saba' ini..bolehlah membuat kajian yang lebih serius dengan pakar-pakar sejarah yang dipercayai.

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas Usman, di antaranya seperti `Ammar dan orang yang lebih utama daripada `Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

Sekian, wallahualam.
Ampang, Selangor.

25 June 2009

berita apakah?

aku baru tahu yang ini..

asma amran akan berpindah ke UNIKL..

tetapi mengapakah?

sedangkan tinggal setahun lagi nak habiskan degree SnT di UM..

hurm~

pemikiran manusia memang kompleks..

kita takkan mampu memikirkan apa yang didalam pikiran manusia lainnya..

all the best sis.
moga ada penjelasan tentang yang ini..(",)

aku,
masih di Ampang..

Spagetti

uh yeah.. bagi yg terliur dengan gmbr mentega udang di post bawah, sile ke blog tersebut dan ambil resepi ye.. ehhe.. sebenarnya niat asal nak try buat..tp disebabkan hujan lebat di ampang petang semalam..plus beras kt rumah da habis,akhirnya plan bertukar ke membuat spageti..

lihat yang ini..nyummy2..salin2 resepi..

hasilnya..

*oh untuk makluman.. saya tlg bg smgt je ketika proses masak-memasak ni berlangsung plus buat air teh blackcurrant..pastu makanan siap,tolong makan.ahha~sedapp..

^_^ 9.31am,
Ampang,Selangor

24 June 2009

selamat berbuka!!

Asalamualaikum

dengan penuh takzimnya, saya ingin mengucapkan..

^_^
Selamat Berbuka Kawan-kawan!!
rajin-rajin puasa lagi ye..

nah ini untuk berbuka..
butter prawn..

mari berdoa,
moga-moga puasa kita hari ini bersama redho-Nya..ameen..

@Posmart,
Ampang, Selangor

23 June 2009

Rejab sudah tiba..

Asalamualaikum kawan2 ^_^

yea hoo.. nampaknya esok hari pertama bulan Rejab.. sekejap betul masa berlalu.. ye betul!!
ini, aku salin dan tampal satu artikel dari yahoogroups.. moga bermanfaat!!

puasa jom kawan-kawan!!

Selamat menyambut bulan Rejab (esok Rabu 24/06/09), bulan yang penuh barakah & keampunan.Banyakkanlah berpuasa di siangnya dan bertahajjud di malamnya sebagai bekalan untuk kita di akhirat nanti.

*artikel terpaksa ditarik balik memandangkan hadith2 terlibat berunsur dhaif dan munkar*
*maaf untuk segala permasalahan..selamat berpuasa dengan ikhlas ^_^*

*oh, xlama lagi Ramadhan tiba, rindunye MUBARAK di 12th..ouch!

5pm,(re-edit 4.32am 24june2009)
Ampang, Selangor