Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 June 2009

Selamat Hari Lahir Mak


3 hari selepas hari lahir ayah adalah hari lahir mak

30 Jun 1960 - 30 Jun 2009 (49 tahun)
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Teacher Miskiah. Mak adalah seorang ibu yang best.
Sehingga hari ni, setiap kali aku demam/sakit.. pasti emaklah manusia pertama yang akan dikenang.. sebab mak akan membuat aku rasa tenang dan selesa. kalau lenguh badan, emak picitkan dan sapukan minyak panas.. kalau demam mak yang buatkan air halia kasi sejuk badan.. begitulah seterusnya. Tu baru sentuh bab demam.. kalau bab2 lain usah katalah.. Mak selalu menjadi no 1..




Terima kasih mak kerana melahirkan dan membesarkan aku yang banyak kerenah ini. Semoga hidup mak terus sentiasa berada dalam rahmat Allah..

Amin.

Ampang, Selangor.

29 June 2009

Thanks~

Ini ada mel dari seorang kakak ^_^. kongsikan untuk kamu, biar rawat hati yang rawan..

Cari hati di tiga tempat:
ketika solat, ketika baca Al-Quran, dan ketika mengingati mati. tapi kalo masih tak jumpa, ada baiknya kalau kita berdoa kepada Allah, supaya diberikan kita sekeping hati yang lain. kerana jika kita gagal mencari hati kita di tiga tempat ini, bermakna sudah hati kita menjadi mati. dan kita disarankan meminta agar hati kita sekarang ini digantikan dengan sekeping hati yang lain

Untuk kalian-kalian dan aku yang sedang bingung menatap hidup, lalu menanti kemana hidup akan membawa kamu.. jangan bermimpi..

kerana hakikatnya bukan hidup yang membawa kita ke mana-mana, tapi kitalah yang bertindak membawa hidup kita ke arah yang kita ingini.

Ya!Jadilah seperti Umar Al-Fateh..
Katanya..
Konstantinopel akan aku tawan satu hari nanti..
bukan,
Mampukah aku menawan Konstantinopel..


So??Tabahkan hati..BerUSAHA!!hiduplah dengan nafas Ilahi..jika dia
meminjamkan nafas..masakan tidak
dipinjamkan kuat!!kan??

counting days : tolak hari ni tinggal lagi 4 hari..[wee~sukenyEe]

PosMart,
Ampang,Selangor.

H1N1

Jumaat lepas pegi usrah, sorang makcik cerita yang anak muridnya di sekolah disyaki H1N1 sebab demam, tambahan pula budak tu baru balik dari Hong Kong.[Situasi: anak murid - mak cik tu : mak cik tu - aku : kami sedang sedut udara yang sama]

Sabtu pagi, aku bangun hidung sumbat dan rasa sikit flu. hurm~ xada pape kut, hny kegagalan bernafas dgn baik di pg hari.. tp aku saja buat havoc dengan mengaitkan H1N1..hehe

PEtang gi Ulu Yam,air dia sejuk.. ingat nak berlamaan tp hujan. maka balik.. aku kene hujan.. tp balik tu xmandi pulak..panas pun berkumpul..

Ahad, gi UM.. dari pagi.. balik tu da lewat petang.. sepanjang hari tu aku rasa xsampai 500ml mineral water yg aku teguk.. balik rumah, terlalu penat aku tdo. bangun je da sakit kepala.. mgkn panas dlm.. bersin2 dan selsema.. housemate aku yang sorang da seram dengan aku.. sbb H1N1.. pulun ajak aku g klinik meskipun jam da 1030mlm.

Awalnya, aku xnak.. sebab..
1.aku biasa demam klu panas dalam sebab xmandi
2.aku xsuka jumpa doktor.hehe

tp, atas kehebatan psiko kawan aku.. buat aku rasa aku mgkin menjangkiti beliau jika benar aku H1N1.. (mcm katun je citer ni..) setelah memikirkan kemaslahatan umat sejagat.Aku pun bangun dan mandi.. eh ringan lak rasa kepala.. then aku ajak member ni gi klinik..

Sampai klinik..
"ni bukan H1N1 ni..flu biasa aje..demam pun xde lagi" kata doktor itu.

haha..tgk!!demam pun xlagi.nyata aku telah terpsiko dengan persekitaran aku.haih!

Ampang,Selangor

27 June 2009

Selamat HAri Lahir Bapak!!



Ya Selamat HAri Lahir kepada CIkgu BAsri..

27 Jun 1959 - 27 Jun 2009 (bapak da umo 50tahun..)
Terima Kasih untuk segala jasa budi bapak selama ini.. c0ol gila bapak aku ni.. kalau mintak belikan gadget2 komputer ni, cepat je dia belikan.. ^_^..

semoga panjang umo bapak!! sehat2 selalu.. gembira2.. rajin2 right kertas exam.. ehhe~

enjoy the pics la ea..ni la bapak saya..

kenduri kawin kak mimi
kenduri kawin abang eri
bawa amin sunat.
ya, inilah incik bapak!!ehhe~
c0olios~

Sekian dari anakmu yang jauh di mata dekat di hati..ahakz

Ampang, Selangor

26 June 2009

Aneh

perasaan manusia itu memang aneh.

Hari ni, aku dan rAkan seRumah ke amPaNg Point.. plus sorang incik supervisor bernama nizam. ye en nizam dlm episod kantoi yg lalu. nak buat macam mana, da terlajak kata nak belanja dia domino bila gaji keluar.. so langsaikanlah..

disebabkan bergerak selepas balik kerja, maka habis makan domino, maghrib menjengah.. kami pun menuju tgkt atas dan solat. Balik dari solat, ronda-ronda sikit dalam Ampang Point.. ada sales ^_^ 50% - 70% potongan kau.. hehe.. usha sikit.

Ada jugak la terserempak dengan Norish Karman ngan Kak Tun (ezora). selisih diorang buat tak kenal je.. hehe. ala tapi sapa la sangat diorang tu kan.. ye.. part las sekali bila kwn aku ni terserempak ngn mmbr chat die (yg tlh bbrp kali kuar date bersm) nmpk je mamat tu, dia terus kejar.. mengejar bayangan.. mana nak dapat. hurm~

ktorg pun pusing lg se'round' kasi kawan ni puas hati, memang mamat tu da xda.. nak di jadikan citer, punya lah nak lari, kalau Allah nak susun hidup kita ni.. jumpa jugak kan.. keluar dari ampang point, mamat ni ada dekat situ. parking depan ampang point. dia dengan sorg wanita asing. kami berlima pakat pandang. mesti mamat ni da rasa pelik.. heh!

dia pergi, kami pun masuk kereta, kawan ini bising2..
"kenapa dia tipu aku?dia cakap dia da balik UK" ye bau emosi memang kuat disitu.

haih. aku rasa mereka ini, barulah sangat berkawan. xsampai sebulan kut. tapi perlu kah dia begitu kecewa bila tgk member ni keluar dengan awek lain? hurm~

aku tak paham, kenapa nak emo-emo lak..adeh~

perasaan manusia yang aneh.. atau aku yang asing kerana tidak mampu memahami perasaan manusia?haih~

pelik-pelik..

Ampang, Selangor.