Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 July 2009

last day

ok.
skrg jam 1.12am. 3hb july. las day bai kat posmart a.k.a tekad.
akhirnya.. ^_^

rasa cm byk je keje pending..haih.
Sarah, jangan tdo!kau siapkan sume keje!!
jgn berhutang!!

*siri peringatan buat diri.

sekian,
kg melayu ampang.

heh.ini jam 11.46 am.
aku da gi meeting n suda juga bncg ttg myIPO ngan bos. kemudian lagi, borang TM26 kene anta ke Daya Bumi.. sapa nak suruh hntr ni.. hurm despatch lak da tggl 2 org je.. runner pun kene buat keje despatch.. cne nk suruh runner kan.. haih! ok xpe.. tggu aje pas solat jumaat..
ni aku testdrive scanner pejabat ^_^ best gak..

ni namanya.. waktu meeting conteng-conteng note book..
c0olkan?ehhe~

*lupa aku kabarkan..aku memang xleh xtdo mlm.. semalam memang aku xberjaga pun.haha

Pos Mart, Ampang

02 July 2009

Tag by kak Aya

1.30 pm

1. What have you been doing recently?

> recently?doing nothing kat ofis. tgh tunggu bila manager n bos tekad ni nak blanje makan..ngehehe

2. Do you ever turn your cellphone off?
> pernah la. tp bukan turn off.. dia off sendiri.. haha (tanda2 kena bli tipon baru.ke??)

3. What happened at 10 am today?
> duduk kat 'cube' sendiri, kemas2 meja plus dengar lagu Kiblatku

4. When did you last cry?
> mungkin luaran ku tidak..tetapi hati baru je menangis malam kelmarin

continued on 3.00pm (after makan di The Chicken Rice Shop)

5. Believe in fate/destiny?
> yes

6. What do you want in your life now?
> mahu kerja!

7. Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
> slalu bawa payung, tapi payung da hilang daa..

8. What’s your favourite thing to do on the bed?
> tido la bai!apa barang ada katil xmo tdo.

9. What bottoms are you wearing now?
> kain baju kurung

10. What’s the nicest thing in your inbox?
> mailbox : emel2 dari kak mash ^_^
> nset : mesej2 dari simanis cma juga KI ..

11. Do you tend to make the relationship complicated?
> no i think. simple sudah.

12. Are you wearing anything borrowed from anyone?
> tidak untuk hari ini. hari lain mungkin.

13. What was the last movie you caught?
> entah. lupa da jarang tgk movie. blogging aje manjang..

14. What are you proud of?
> the most being A MUSLIM.. kemudian,ada keluarga bagus.. kawan2 baik..

15. What does the oldest text message in your inbox say?
> rasa sedih dari kak Diyana Baharum sebab dah nak tgglkan adik yang best ini di UM.hehe

16. What was the last song you sang out loud?
> Kiblatku by Hazami. pagi tadi.

17. Do you have any nicknames?
> sarah, aisyah, ecah.

18. What does the newest text say?
> 'Sarah nak no kak musanafah, ada x?' - Miha.. hoho baru ingt xreply lagi..

19. What time did you go to bed last night?
> Around 150 am.

20. Are you currently happy?
> ye. nampaknya abg rizal (manager) baru je blanje makan skejap td.haha

21. Who gives you the best advise?
> emak.. kak siti.. kak Mash.. kak di..

22. Do you eat whipped cream straight from the can?
> xmakan whipped cream.xtau ape tu.

23. Who did you talk on the phone last night?
> adliah. citer sal ruma kt kelana jaya..

24. Is something bugging you now?
> keje2 kat PosMart yang perlu di tinggalkan untuk meneruskan hidup.

25. Who was the last person to make you laugh?
> Housemate. time tgk tv dan blaja php semalam. ehe~

26. Choose your lucky friends and tag them.
> saya mahu tag suwaibah, azira omar dan raja zubaidah..

satu cerita hidup

Dini hari 30 Jun yang lalu akhirnya kami(aku,awanis dan jiha) bersetuju untuk melawat Ben yang telah ditahan di ICU dek kemalangan yang menimpa diri beliau.

alkisah.
malam sebelum kejadian, Ben bermain futsal sehingga telah terlewat tidur malamnya. bangun pagi dalam keadaan masih mengantuk, beliau terus mengambil barang2 yang perlu dihantar dan menghala ke damansara. MAta yang mengantuk membawa ke alam mimpi meskipun sedang menunggang motosikal. Ben terlelap, dan melanggar pembahu jalan, topi keledar tercampak dan sebelah badannya terkoyak. Kulit muka juga telah rosak sebelah. Menurut Shah (rakan despatch beliau) wajah Ben xdapat dikenalpasti pada awalnya, tapi sbb Shah kenal henset Ben maka tau la dia lelaki yang sedang parah itulah Ben.

begitulah alkisah.

petang itu, rakan sekerja, kaum keluarga terdekat mahupun pengurus syarikat ada bersama, membantu menguruskan rawatan Ben dan memindahkan beliau dari PPUM ke HKL memandangkan kos yang tinggi di PPUM.

Maghrib menyingsing dan kami beransur ke surau, pulang dari surau kami singgah lagi di ICU melihat-lihat kalau keadaan Ben sudah membaik..

"S dah smbhyg mgrb belum?"tny aku kepada seorang rakan ini yang setahun muda dari aku.
"belum"
"pergilah sembahyang dulu..surau kat sana"sambil menuding ke satu arah. Tapi beliau hanya senyum namun tidak berganjak.

Lama menanti.. Ben masih belum boleh keluar. Masih dijahit di bilik jahit. Pengurus ke hulu kehilir. Jam membelok jam 8 malam.
"Abang R dah magrib belum?"
"Belum, xboleh sembahyang lagi.. ambulans nak angkut Ben ke HKL xdapat lagi.. sekarang tolong abang cari nombor St John Ambulans" tutur beliau cemas.
"Tapi.. sembahyang lah dulu dah lewat ni" dia menggeleng dan berlalu. gaya cemas dipamerkan dan terus berlalu.

Mana kah tali kita menggantung harap sebenarnya?Pada siapa?Mana kita letakkan tuhan dalam kehidupan ini?Adakah saat segalanya sudah membaik.. atau kita rasakan yang segalanya membaik kerana usaha kita sendiri?

Mari kita renungkan.
Ben sedang parah di ICU.. namun keadaannya yang rawan tentu2 sahaja ada di bantu oleh nurse mahupun doktor di Hospital itu.
Namun, rakan2 yang sedang menunggu Ben diluar itulah sebenarnya yang lebih parah.. tanpa ada siapa pun yang merawatnya..

Kita telah melangkah sejauh ini dalam menatap hidup.
Ayuhlah koreksi diri..
Mahu apa lagi kita di sini?di dunia ini..
sementara nafas ini..
masih dipinjamkan tuhan..
kita sentiasa punya waktu untuk MEMBAIK..

*esok last day @ PosMArt.. rasa apa sepatutnya yang hadir?

sekian.
Ampang,Selangor

30 June 2009

Ben masuk spital

walau pun anda xkenal.
tp mau aku kabarkan. sorg ofismate ku telah masuk hospital. kemalangan motorsikal. tp xtau cerita lebih lanjut. dengarnye bahu patah. masuk PPUM. ben ni despatch kat sini.

summary :
1. bawa motor memang bahaya.. orang selalu xperasan moto..
2. kalau kemalangan tu nak jadi, naik keta pun bleh kemalangan kan?..
3. hidup kita Allah yang atur. hadapilah sebaiknya. semua ada hikmah tersendiri.

kan?

sekian, jam di ofis ni pon da bunyik.. tanda nye 5.30 ptg dan kena la balik..

* nak melawat ben ke?ntah.

Ampang, Selangor

Selamat Hari Lahir Mak


3 hari selepas hari lahir ayah adalah hari lahir mak

30 Jun 1960 - 30 Jun 2009 (49 tahun)
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Teacher Miskiah. Mak adalah seorang ibu yang best.
Sehingga hari ni, setiap kali aku demam/sakit.. pasti emaklah manusia pertama yang akan dikenang.. sebab mak akan membuat aku rasa tenang dan selesa. kalau lenguh badan, emak picitkan dan sapukan minyak panas.. kalau demam mak yang buatkan air halia kasi sejuk badan.. begitulah seterusnya. Tu baru sentuh bab demam.. kalau bab2 lain usah katalah.. Mak selalu menjadi no 1..




Terima kasih mak kerana melahirkan dan membesarkan aku yang banyak kerenah ini. Semoga hidup mak terus sentiasa berada dalam rahmat Allah..

Amin.

Ampang, Selangor.