Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 July 2009

Arapaima gigas


Arapaima Gigas a.k.a ikan naga

Arapaima gigas adalah nama satu spesis ikan yang terdapat di Malaysia. (sebenarnya bukan berasal dari Malaysia) arapaima gigas biasa juga dikenali sebagai ikan naga. Mungkin kita biasa mendengar mengenai cerita2 ada naga di tasik kenyir.. mungkin ikan inilah yang dirujuk sebagai naga tasik kenyir.. arapaima mempunyai sisik yang cantik dan berwarna-warni.

Mengapa arapaima gigas heboh diperkatakan?
Arapaima Gigas mula menjadi bual mulut para nelayan tasik apabila baru-baru ini terdapatnya kes kematian pekerja projek Taman Burung dan anggota bomba. Arapaima di dakwa menjadi pemangsa terhadap 2 pekerja yang terbunuh.

Namun, menurut para nelayan atau kaki pancing tasik kenyir, arapaima tidak memakan manusia dan makanannya berupa anak ikan.

Tasik Kenyir

Bagaimana arapaima gigas boleh menjadi penghuni tasik kenyir?
Arapaima berasal dari Brazil, dan dikatakan telah mendiami Sungai Amazon sejak sekian lama. Namun, terdapat seorang pengusaha chalet berhampiran tasik kenyir telah membela ikan ini. Ikan ini cepat membesar, oleh itu tuan punya ikan telah melepaskan ikan itu di dalam sangkar yang dibina berhampiran chalet di Sg Petuang. Malangnya 4 ekor terlepas dan seekor mati.. Maka berkembang biakla arapaima gigas di Tasik Kenyir.

Arapaima Gigas tergolong dalam keluarga Osteoglossidae (ikan berlidah tulang) iaitu satu keluarga dengan ikan Arowana. Cara makannya menyerupai Tioman dan Haruan. Arapaima mendiami kawasan air gelap dan naik ke permukaan setiap 12 minit untuk bernafas. Anak arapaima berwarna hitam kehijauan dan warna bertukar merah garang apabila dewasa. semakin dewasa, semakin terang warnanya.

Ikan Arapaima Gigas boleh membesar sehingga melebihi 4.5 meter dan mencapai berat sehingga 120 kilogram

* sumber : metro Ahad,28 Jun 2009

*arapaima ni boleh dikatakan invasif spesis gak la.. sebab dia boleh memusnahkan pembiakan ikan lain sekiranya ia wujud di satu2 habitat..

*tbe je bg post ikan pehal kan?ni semua gara-gara amin. tbe2 bukak internet cari pasal arapaima gigas. xke pelik? manalah pernah dia menggunakan internet untuk mencari perkara berfaedah. haha ^_^

10.13am
Kg Gajah, Perak

07 July 2009

Malu

hurm~
memang belakangan ni aku dapat merasai terlalu ramai membelakangkan rasa malu dalam banyak perkara.. aku pun xpaham. aku sekali ke?ntah. astaghfirullah.. jika aku terlanjur sama.. semoga tidak di ulang lagi di masa mendatang.. ini sedikit bingkisan dari saifulsilam.com

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda, baik bergambar dengan saya atau sesiapa sahaja. Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau opah wan anda.

“Sesungguhnya di antara perkara yang menjadi pengetahuan sekalian manusia, yang datang dari kalam Nubuwwah ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!” [Hadith al-Bukhari : 3224]

Renung-renungkan..selamat beramal..^_^

06 July 2009

makan-makan

Aku sudah sampai di kampung halaman kg gajah. sudah semalaman sampai.. tetapi sungguh ke-malas-an mem-blog. jadi, aku titipkan ini untuk kalian pandang ^_^

Makan di Sari Ratu, Ampang Waterfront.. bos blanje
Ini bos tekad en Azman, dengan anak bongsunya Farah
Makan yuk!
Sebahagian warga PosMart..

Ye..itulah kejadian terakhir di Tekad.. masa-masa yang tersisa.. sekarang dah kat Kg Gajah. masih bermalasan di rumah yang 'heaven'.. ehhe~

*kepada Puan Anita.. tahniah untuk kelahiran Adzryl Faheem. Tahniah juga kepada Auntie nye cik Awanis.. da jadi mak cik kamu!

Kg Gajah, Perak

04 July 2009

last usrah @ Ampang.sob3..

Alhamdulillah..sepanjang ber'LI' di Ampang ni..urusan tarbiyah masih berterusan.. (terima kasih untuk kakak2 dan makcik2 JIM Ampang yang begitu komited berusrah dan mengambil + hantar pulang saya tiap kali usrah.harap untuk bertemu lagi..)

Inilah antara gmbr2 di usrah..

kak nor, kak ezai, kak fazilah
kak mimi, mak cik siti
mak cik aiza, kak fadzi
kak nor dan hidayah..

terima kasih semua. moga berjumpa lagi..
thanks kak nor untuk jamuan perpisahan yang SUPERB!! ^_^ hehe..

Mushroom soup + bread
fruit cocktail
cheese cake..yummy~
lasagna.burp~
Alhamdulillah..

sememangnya terharu dengan layanan makcik2 disini. al-kisah begini, minggu lepas, ketika usrah.. kami bertaaruf lagi untuk kesekian kalinya memandangkan setiap minggu ada je makcik2 yg xavailable sebelum ini masuk korum.. so ketika kak Jun memperkenalkan kak nor,

"kak nor ni pandai masak, paling hebat lasagna dia.xleh lawan"
aku dengan suka hati merespon.
"kalau macam tu kak nor, next week usrah kat rumah kak nor la ^_^" sambil mempamerkan wajah pengharapan..

tup2 semalam dapat sms dari kak nor usrah buat di rumah dia. hehe..
dan beliau menyediakan makanan se'mewah' diatas. kalah hotel lima bintang. memang SEDAPP!!
terima kasih kak nor..Allah juga lah yang membalas segala budi,jasa baik untuk perhatian yang kak nor beri sepanjang saya di Ampang ini..
terima kasih juga untuk kak ezai yang tak jemu-jemu menumpangkan saya untuk ke usrah.
untuk kakak2 dan makcik2 yang lain juga. terima kasih2x..
untuk hidayah, semoga terus bersama dalam jalan ini..

sekian,
Kg Melayu Ampang, Selangor.

nota kaki : posmart

ya.. 4hb sudah.. tp sy mau update tentang ofis yg akan ku tinggalkan.. company profile tlh pun berjaya di print dan di hantar pd incik rizal. incik rizal, klu xmemuaskan hati alter la sndr ek.. huhu.. eh yang ini,



dedication card utk ben sebab lepas ni da xdpt nak melawat dia lagi. get well soon bro!!

heh.
utk gmbr brsm rkn sekerja..bleh lihat di link ini ya.kerna kemalasan pemilik blog untuk menguplod gmbar di sini ^_^.

"tapi apa-apa pun korang buat dalam hidup ni.. satu kena jaga.. mak bapak jangan lawan. perasan x, dulu waktu kita kecik sakit pening, mak terus picit. Tapi sekarang bila kita da besar nampak mak pening.. boleh pula tanya, mak pening ke?nak saya picitkan?.."
-Badrul Azmi

sedikit ucapan:
terima kasih kepada semua keluarga Tekad untuk warna yang kalian percikkan dalam ruang2 waktu dan masa sepanjang praktikal ini. Kasih dan kisah yang tercipta pasti menjadi salah satu episod terbaik dalam drama yang bertajuk HIDUP ini.. moga kalian baik2 selalu.. dan moga diperpanjangkan jodoh untuk kita terus berukhwah. salam ukhwah. adios!!

credit to:
untuk peluang ber'LI' disini:
en azman,kak nad
segala nasihat tentang hidup:
abg sharil,en azmi
tunjuk ajar ttg ofis:
nizam,abg rizal
rakan sekutu borak2:
su
mmberi kenal aku pada band indon:
faruk-ST12,syuk-wali band
warga tekad seluruhnya:
kak lin,kak ain,kak nazira,ira,souffy,sahril,abg epul,
k-rul,along,ben,shah,hafiz,en izan
and the new comer:
ana n azeerah.

untuk rakanku yang berdua ini.. jiha dan awanis.. terima kasih banyak untuk kesabaran kalian menatap kerenah aku yang pelbagai ini. juga jasa kalian ajarkan aku tentang itu dan ini. hidup dan cita2.. juang kita kelak sudah berbeza.. teruslah melangkah dengan yakin dan pasti.. kita tak punya masa untuk duduk termenung.. atau berpatah balik..

akankah hadir rasa rindu?ntah

Kg Melayu Ampang,Selangor DE