Arapaima Gigas a.k.a ikan naga
Mengapa arapaima gigas heboh diperkatakan?
Arapaima Gigas mula menjadi bual mulut para nelayan tasik apabila baru-baru ini terdapatnya kes kematian pekerja projek Taman Burung dan anggota bomba. Arapaima di dakwa menjadi pemangsa terhadap 2 pekerja yang terbunuh.
Namun, menurut para nelayan atau kaki pancing tasik kenyir, arapaima tidak memakan manusia dan makanannya berupa anak ikan.
Tasik Kenyir
Bagaimana arapaima gigas boleh menjadi penghuni tasik kenyir?
Arapaima berasal dari Brazil, dan dikatakan telah mendiami Sungai Amazon sejak sekian lama. Namun, terdapat seorang pengusaha chalet berhampiran tasik kenyir telah membela ikan ini. Ikan ini cepat membesar, oleh itu tuan punya ikan telah melepaskan ikan itu di dalam sangkar yang dibina berhampiran chalet di Sg Petuang. Malangnya 4 ekor terlepas dan seekor mati.. Maka berkembang biakla arapaima gigas di Tasik Kenyir.
Arapaima Gigas tergolong dalam keluarga Osteoglossidae (ikan berlidah tulang) iaitu satu keluarga dengan ikan Arowana. Cara makannya menyerupai Tioman dan Haruan. Arapaima mendiami kawasan air gelap dan naik ke permukaan setiap 12 minit untuk bernafas. Anak arapaima berwarna hitam kehijauan dan warna bertukar merah garang apabila dewasa. semakin dewasa, semakin terang warnanya.
Ikan Arapaima Gigas boleh membesar sehingga melebihi 4.5 meter dan mencapai berat sehingga 120 kilogram
* sumber : metro Ahad,28 Jun 2009
*arapaima ni boleh dikatakan invasif spesis gak la.. sebab dia boleh memusnahkan pembiakan ikan lain sekiranya ia wujud di satu2 habitat..
*tbe je bg post ikan pehal kan?ni semua gara-gara amin. tbe2 bukak internet cari pasal arapaima gigas. xke pelik? manalah pernah dia menggunakan internet untuk mencari perkara berfaedah. haha ^_^
10.13am
Kg Gajah, Perak