Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 July 2009

Resolusi KGN

yea.. resolusi mcm tinggal resolusi aje.. tp resolusi pertama suda fullfill pe.. hehe.. resolusi kedua dan seterusnya sahaja masih pending..

resolusi tambahan??
ahha.. patut da tinggal polish aje skrg.. tp haih. nama pun manusia..
rakan2 yang sama berkongsi resolusi sekalian, apa kata kita panjangkan tarikh. im not in the mood yet ^_^ hua3.. [ini bukan tarik diri dari cdngn.. tapi sekadar memperpanjangkan milestone.. hehe] ye saya tahu.. orang Islam xpatut bertangguh.. tapi untuk kebaikan kta semua apa.. :P

*maaf kepada yang tidak paham. aku update ini khas utk peserta KGN dari PJ.. ehhe~ ehem..
*belakangan ni, malas betul aku update blog. haih la sarah!

Sekian..
Kelana Jaya.

28 July 2009

Memory of TKC

Ada seorang kawan yang aku kenal ketika di tahun 2. Rakan sekelas. ya!! seBIOINFORMATIK.

Nama beliau TKC.. Tan Kian Chong. Dikalangan pelajar cina, dia antara yang agak menonjol kerana keramahan beliau dalam bersembang-sembang dengan rakan tidak sebangsa yang lain.

Beliau orangnya kemas, tersusun, rajin, dan banyak lagi perkara-parkara baik yang xdapat aku coretkan.. Beliau juga pandai, namun, semester lepas beliau hilang.. xmasuk kelas untuk satu semester. Aku kabarkan hati, mungkin beliau punya masalah keluarga atau kewangan lantas tidak dapat menyambung semester. Semester baru bermula, dan beliau menyambung kuliah yang tertunggak.. namun tidak sempat berakhir..

meskipun aku tidak serapat mana dengan beliau.. tetap.. aku merasa kecewa.
Tak pernah walau sekali aku kisahkan tentang ISLAM kepada beliau. maafkan aku TKC.

Rest in peace out there..
In Memory of TKC..
1987-27 July 2009

22 July 2009

birthday kak siti : versi amin

Kejadian ini adalah cerita semalam yang emak baru kabarkan pada aku pagi tadi..ikutilah kisahnya..

Amin adalah salah seorang adik kak siti. hari ini birthday kakaknya Siti Hajar. Amin ada handphone, dia mau bilang selamat hari lahir sama kak siti tapi amin xda kredit (mungkin dia tengok mak sms kak siti, dia pun mau ikut sms)

Maka, Amin call kak sarahnya, mintak ajaran bagaimana mau transfer kredit celcom maknya ke handphonenya. Malangnya, handphone kak Sarahnya canggih, petang hari mesti flat. So xdapat call. Amin bijak, dia call kak Siti ajarkan cara2 transfer2 nih. Kak Siti ajarkan. Namun, nasib tidak menyebelahinya kerna kak Siti pun ingat2 lupa tekniknya. dan pemindahan kredit tak berhasil.

Lalu mak berkata,
"Dah ko call kak siti tu ko ucap jela birthday dia. xyah la nak share kredit bg sms"

*haihla amin.. bijak sangat kamu nih!! ^_^

pagi di ofis,
Ara Damansara

21 July 2009

Selamat Hari Lahir Siti Hajar


Di pagi yang indah ini, saya ingin mengucapkan.. SELAMAT HARI LAHIR KE-23 (wah kau dah berumur kak siti).. kepada anak sulong cikgu Basri.

disebalik ketenangan dan imagination yang sering kak siti lakukan untuk menyiapkan segala kerja-kerjanya.. beliau sebenarnya merupakan seorang kakak yang baik dan sering mengutamakan keluarga..

Terima kasih untuk jasa kamu menjadi seorang kakak saya sepanjang berhidup selama 22 tahun di bumi ini ^_^ hehe.

Namun segala ke'kejam'an kamu membuliku ketika kecil dahulu.. sukar untuk dilupakan. hurm~

Semoga ulang tahun ke-23 ini memberi pencerahan yang lebih untuk menyuluh kamu jalan hidup dan impian yang ingin kamu capai..

**kertas budak2 pasum tu da abes tanda belum?haihla..

820am
Nepiege Holdings,
Ara Damansara

15 July 2009

life will be ok

susah mana pun hidup,
pasti ada indah dihujung jalan.

macam hujan lebat yang lewat senja menghadiahkan pelangi yang cantik

macam penatnya panjat pokok kelapa, yang akhirnya bagi kita air kelapa muda yang sedap.. atau santan yang lemak manis ..

macam penatnya mengejar perompak, yang akhirnya dihadiahi terima kasih oleh pemilik handbag bersama senyum yang terlebih manis..

macam penatnya kita beKERJA untuk ISLAM dan akhirnya mendapat syurga disana nanti..

sabarlah sang HAti ^_^

Sarah,
Nepiege Holdings,
Kelana Jaya