Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 July 2009

Memory of TKC

Ada seorang kawan yang aku kenal ketika di tahun 2. Rakan sekelas. ya!! seBIOINFORMATIK.

Nama beliau TKC.. Tan Kian Chong. Dikalangan pelajar cina, dia antara yang agak menonjol kerana keramahan beliau dalam bersembang-sembang dengan rakan tidak sebangsa yang lain.

Beliau orangnya kemas, tersusun, rajin, dan banyak lagi perkara-parkara baik yang xdapat aku coretkan.. Beliau juga pandai, namun, semester lepas beliau hilang.. xmasuk kelas untuk satu semester. Aku kabarkan hati, mungkin beliau punya masalah keluarga atau kewangan lantas tidak dapat menyambung semester. Semester baru bermula, dan beliau menyambung kuliah yang tertunggak.. namun tidak sempat berakhir..

meskipun aku tidak serapat mana dengan beliau.. tetap.. aku merasa kecewa.
Tak pernah walau sekali aku kisahkan tentang ISLAM kepada beliau. maafkan aku TKC.

Rest in peace out there..
In Memory of TKC..
1987-27 July 2009

2 comments:

farza said...

apa jadi sama dia?

Merentas Horizon said...

sile klik nama tan kian chong dlm artikel. pelajar um yang meninggal dunia. jatuh dari tingkat 16 vista angkasa. kelmarin.