Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

08 August 2009

Berakhirnya SAMPEL'09.

Tahun ni adalah tahun ketiga aku menjadi AJK program sambutan pelajar baru ini. Setiap tahun bawa pengalaman yang berasingan.

SAMPEL'07
waktu ni first time aku join program yang agak besar (tp thn ni xbsr sgt lg rsnya..) julung2 kalinya KPJ buat program.. menghimpunkan IPT sekitar PJ.. fuh! dan yang lebih membanggakan first time jugak aku kene jadi fasi. aku jd fasi? kelam kabut la jwbnye.. waktu ni aku 2nd year.. baru2 belajar bersosial. berkomunikasi.

SAMPEL'08
naik pangkat.. thn ni aku jd SU.. hehe.. SU yg kurang pengalaman tapi mau juga dapatkan pengalaman.. aku memang paling bersemangat time ni.. ada 2 kamera yg run that time.. than semua gmbr aku himpun.. dan simpan. meskipun ada cacat celanya.. tp aku enjoy menjalankannya..tahun ni peserta SAMPEL'07 dah jadi ajk..
'
SAMPEL'09
yes.. ini tahun, aku da habis belajar.. thn ni aku jd JK makanan.. meskipun kelam kabut sedikit, tetapi segalanya berjalan dengan baik.. dan aku jarang kasi komitmen yg tinggi dalam mana-mana program.. dan kali ini aku belajar.. sebab da jadi ketua kan. [thanks utk JK makanan yang banyak membantu.. antum memang TERBAIK.. kasik tabik toing.. toing sket.. hehe].. dan peserta SAMPEL'08 pula menjadi JK SAMPEL'09..

after all.. THANKS ALLAH kau permudahkan SAMPEL tahun ini. walaupun di peringkat awalnya dana sungguh menggusarkan.. tetapi Engkaulah Maha Merancang dan sungguh PerancanganMu itulah yang LEBIH baik..

*akhir2 ini aku kerap mengalami tekanan.. mungkin memikirkan Sampel+ stress dengan pencemaran bunyi yang kritikal di Vista Subang.. semuanya buat aku mudah marah dengan perbezaan pendapat.. tapi tengahari ini aku terkesan dengan ceramah Akh Shamsul..
"atas perbezaan pendapat yang kalian hadapi.. berlapang dadalah"
*aku rindu kehidupan seorang pelajar.. huhu~
*sungguh sentimental petang tadi sementara tuggu kak mash sampai.

8.36pm
1st College,
Universiti Malaya

06 August 2009

selamilah rasa ini

bayangkan begini:

kau ada suami.. dan suami kau dituduh pemberontak.. tuduhan yg tiada bukti dan tiada bicara.. lalu suami kau itu di tangkap polis.. di tahan bertahun-tahun.
anak kau ketika itu umurnya 8. sampai hari ini, setelah 8 tahun.. anak lelaki itu telah berumur 16.. dan suami kau masih di tahan. dia ditahan tanpa dibicarakan dan hanya dengan andaian pihak atasan yang suami kau mampu menggugat keamanan negara.
hari ini juga, kau bawa anak kau turun ber'demo'. mahu bagitahu rakyat yang ISA itu menindas hak rakyat. ISA itu memisahkan anak kamu dari bapanya.. dan bila kamu dan anak ditangkap. kamu didakwa pula menghasut anak turun berdemo.

apa kamu rasa??
pandanglah dunia. letakkanlah diri kita ditempat mereka. mereka cuma mahu adil seperti kita mahukan dunia yang lebih adil dan aman..

~Mansuhkan ISA..Islam ada segalanya untuk kita rujuk dan amal.. apa perlu lagi ISA yang menindas manusia..
~semoga Mak cik Laila bertabah hati menghadap hidup. dunia memang tidak adil. kerana adil itu diSANA nanti.

1.45pm
Kelana Jaya

03 August 2009

Its August already

gol asal : siapkan 2 website sebelum Julai berakhir.
result : satu website pun xberhasil lagi.

come on Sarah!! u need progress.. hidup perlu ada perancangaan.. now!! there is no time to extend your SP.. [resolusi KGN lagi]

*jeles tengok org gi demo. mungkin aku bukan yang terpilih. Tahniah untuk graduan mansuhkan ISA.. pahlawan dan wirawati.. moga usaha antum dalam pandanganNya.
*perlu kerja kuat.. baiki diri supaya esok turn aku dipilih tuhan.
*aku ada banyak mimpi. aku mau semua jadi realiti. go get it!!Aku tahu Allah mesti bantu hambanya yang berusaha..

Nepiege, KJ

02 August 2009

perjalanan panjang.

hari ni aku balik dari perak - KL. tapi nak dijadikan cerita.. malas merancang perjalanan.. tiket balik xbeli.. gamble gile.. xtaule apa masalah semua orang nak balik kg hujung minggu nih, haih! then, apa lagi.. tiket trans dari tlk intan sold out. sabak juga begitu.. yg lain2 aku da malas nak tny. jam 1.20 keluar rumah.. bncg ngn bapak, dia trus lencong ke tapah.. sampai tapah jam 2pm.. bas ke KL pun da habis. gi la ktmb tgk nasib.. ada tiket ke KL jam 640 tp utk satu seat shj. haih! pusing2 lagi.. tp xdpt gak semua pun da hbis tiketnya.. ADEH!!(jgn tiru aksi ini. episod:rancang perjalanan anda dgn baik)
Bapak macam dah angin sikit.. jam dah hampir pukul 3 waktu itu.
"ok sekarang nak kemana?" soal bapak.. sedikit tegas disitu. chill bapak.. kata aku dlm hati. hehe dalam hati ajelah.. buat salah kene senyap sket.. last choice.. talian hayat.
"tg malim!"ya!! kan ada komuter dari tg malim ke seremban. dengan bantuan talian hayat rakan kak CT maka.. kami beransur ke tg malim. fuh. jauh gak tg malim ni.. jam 420 baru sampai tg malim. [komuter tg malim terletak berhampiran je dengan UPSI]

Alhamdulillah ada tiket ke KL Sentral. (komuter memang lah selang 30 minit kan..heh)
Maka berangkutlah kami.. [ct sarah dan ct hajar] dari tg malim - rawang. tukar keretapi cantik sket, rawang - KL sentral. Jam 630 tba di kl sentral. minum2 petang sket.. bertolak lah ke kelana jaya. naik teksi, sampai la dirumah jam 8pm.

*harga teksi dah naik dari basic rm2 > rm3. tapi yg menarik, selama ni aku naik dari KJ ke vista subang RM6. dah ada meter ni, jadi RM5.20 pula.. hehe
*mak cakap, waktu belajar.. masa lebih cepat berlalu dari waktu kerja..

8.24pm
Vista Subang,
Kelana Jaya.

Demonstrasi Mansuhkan ISA

Demo semalam menyaksikan perhimpunan beribu-ribu rakyat malaysia yang inginkan keamanan.
Berpuluh-puluh ditahan, dan masih menunggu masa untuk dibicarakan (pagi ini).. semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian..

Maaf aku tidak bersama kalian saat paluan jihad ini di laungkan..
Moga ada lain kali untuk aku juangkan bersama kalian..

*xde tiket bas lagi ni nak balik KL.haih!percaturan bijak..

Batu Hitam,Perak.