Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 August 2009

ini tentang hidup

kadang2 hidup membawa kita pada jalan yang sukar. tidak kurang juga lorong2 yang indah. pada jalan2 gembira. bersyukurlah. pada jalan yang sukar. redhalah. kerna tarbiyah Allah itu pelbagai. kan? ^_^ (.cuba tersenyum meskipun air mata dah mula bergenang.)

(94:5) maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

ALFURQAN itu sentiasa ada cerita yang menghiburkan hati. membelai duka dan kecewa. saat sedih dan tertawa. kan? ^_^

(54:62) maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia)

11.55pm
vista subang.

29 August 2009

Janji

kak CT sudah bertukar kerjaya dr RA di UM kepada RO di UTP. [~wee..tahniah!]

td siang emak+ayah+amin+jiha+kak CT datang KL amik segala harta kak CT yang berbaki.. lalu untuk yang boleh aku gunakan dirumah sewa KJ tu ditinggalkan..[seperti meja+almari+ampaian].. sblm meninggalkan vista subang mak bertanya buat kesekian kalinya..

"xnak ikut mak balik ke?isnin ni kan cuti"
"xla mak.banyak kejanya.ahad+isnin ada meeting"

ehhe.. gile ar melepaskan peluang paling emas tu namanya.. dah la dapat balik rumah tanpa bersesak di PUDUraya. pastu dpt mencari damai+tenang di kampung lagi..
*kalau ikutkan hati nak je ku turutkan ke perak..tapi,

mode : flashback~ a week earlier.. (hari khamis)

"salah, meeting sabtu ni jadi ke?" kata sam.
"salah kita xyah buat meeting minggu ni la..jom kita semua balik kg minggu ni.next week kan cuti merdeka.kalau semua da balik mggu ni..mggu depan bolehlah kita buat meeting" lancar je mulut akumemberi idea..
"eh betul juga.. ana pun da lama xbalik kg..okla kita buat meeting minggu depan"

ye itula kawan2.. kalau lembu itu dipegang pada talinya.. manusia itu dipegang pada janjinya..
~ha camtu..
kalau langgar janji munafik kan namanya tu?..

ye aku sedang memegang janji aku..

*selamat berbuka semuanya!!

korban kasih,
7.29pm
12th College,UM

28 August 2009

Ramadhan - hari ketujuh

~
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
~
kerja programmer kan = kuli sebenarnya..
~
come on sarah. u can do it!!
~
aim 4 today :
setelkan payment report.
~
mlm ni da nak start study database sabah..
~
Ya Allah betapa hebatnya tarbiyah RamadhanMu kali ini..
^_~

11.33am
Nepiege Holdings,
Kelana Jaya

24 August 2009

2 Ramadhan

best rasanya dapat berbuka dan ^_^ terawih kat 12th tadi..

*mak terimakasih siapkan bekal untuk buka (rasa mcm zmn skola2 dulu)
*kak shira!! terimakasih.. terimakasih.. dan terimakasih lagi.. kamu kena tahu kamu selalu buat saya terharu dan gembira.. kamu ni baiklah!!^_^hehe
*selepas rasa sense of belonging.. rasa selamat sudah cukup untuk kita gembira..

~bangunkan aku esok yaAllah..
1250am.
kelanajaya

22 August 2009

Ramadhan

Akhirnya masa yang di tunggu-tunggu tiba jua..

1 Ramadhan..
bersamaan hari ini tahun yang lepas.. aku sedang bersibuk-sibuk di dewan gemilang agaknye.. ye lah mUBARAK lepas kan kalut gile dengan dana kemana organisasi tah mcm mana.. haha!
tahun ni dengarnya dah banyak improve. dana da cukup.. smua lancar (bak kata kak zira la)..
and true.. im eager to come to 12th again.. seronok terawih ramai2 dalam dewan gemilang tu.. besar.. ramai.. kalau terawih awal2 ni.. solat mesti sampai atas pentas.. biasa la ramai kan..
ops!!tp UM kan tgh cuti.. (eh adik PASUM mana cuti..kut)

apa2la.. but then, aku da mula rindukan JKP.. haha!!aku rindu tempat2 kita diperlukan.. kita menjadi apart of organization.. sbb lately aku slalu rasa aku xdiperlukan.. (tp dulu waktu belajar aku selalu rasa aku nak cepat je tinggalkan JKP~heh!)

1 Ramadhan yang indah.. (puasa kat rumahla kata..)
6.58pm
Kg Gajah