Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

07 April 2026

Jamuan Raya Office, keep calm.

 


Ini gambar masa jamuan raya kat office hari tu. Muka-muka dak SP yang hadir. Gambar ni terpilih kenapa? Sebab aku nampak kurus dan tenang. HAHA. 

Sekadar mahu menikmati bahagia hari ni. Setelah perjalanan hidup yang dilalui sehingga hari ini, aku hanya mahu benar-benar memaknai rasa syukur je.. sebab semua ni kan sementara, menghargai selagi ada. 

Kedepannya, tak tahu lagi akan kah krisis Iran-US akn memberi kesan kepada pekerjaan kita hari ini.

So, just enjoy while it last. Yang belum terjadi itu kan masih rahsia Allah.

"Hah, ko sebaya ngan Sarah ke?" Nazreen
"Haah" Omar
"Ko nak cakap Omar tua ke aku tua?" aku

hahaha.

k, selamat hari raya!

No comments: