Haha.
Dulu, aku selalu blog hopping, then aku sampailah kat satu blog ni. Blog dia mostly episod-episod mengenang yang telah berlalu. Waktu tu aku belek belek blog dia, aku rasa takdelah tua sangat dia ni. Kalau dikira-kira aku syak mungkin beza dalam 10 tahun tua dari aku. Kalau masa tu aku adalah hujung 20an mesti dia around hujung 30an atau awal 40an. Tapi kenapalah blog dia ni macam sedih sangat hidup dia.
Nah!
fast forward 2026. Lah! Isi kandungan blog aku sekarang pun mostly mengenang yang telah berlalu. Aku pun tak pastilah kenapa, mungkin dah tak banyak lagi excitement yang mengalir dalam kehidupan. Atau nak mencuba benda baru pun kau dah tak berapa nak confident, mungkin disebabkan oleh banyaknya kecaman atau pengalaman hidup yang menyekat keinginan untuk semakin melangkah.
Mungkin ini yang kita katakan, muda berkelana, tua bercerita.
Jadinya nasihat aku pada adik-adik yang baru habis universiti, baru awal 20an teruslah explore duniamu. Cuba apa sahaja yang kalian mahu! Kenali diri kalian sejauh apa kalian bisa 'terbang'. Ada banyak yang menanti untuk kalian cabar! Semuanya untuk pada akhir nanti saat kalian menoleh lagi kebelakang melihat anak muda di generasi baru, kalian mampu tersenyum dan berkata "Aku juga dulu seperti kalian" wah, asyik.
Tapi!
Aku dah tua ke ni? haha
No comments:
Post a Comment