-----------------------------
TAJUK : hidup yang simple.
<---------------
seorang tua pada gerigi besi antara pintu dan dunianya.
memandang sepi sebuah hidup.
entah apa yang melingkar pada ruang fikirnya.
'monyet-monyet ni kena di letupkan mercun baru lari agaknya'
'kucing ni belum makan lagi..kena ambilkan nasi ni,kesian dia..'
'aku belum ambil ubat lagi lah pagi ni'
--------------->
erm.itulah kehidupan seorang ibu tunggal a.k.a mak long..
kadang-kadang kita rasa fed up dengan hidup. kita mahu tenang. mahu damai. mahu biar otak kita kosong dari memikir kerja yang tak siap2.. dari memikir assignment yang macam xda jawapan. dan dari memikir segala masalah yang tak pernah selesai..
tapi,
bila tengok hidup simple mak long.aku rasa,aku lebih rela hidup macam hidup aku sekarang..
terlalu simple kadang menyesakkan juga kan.
*sentiasalah melihat sekeliling. pelajaran alam sentiasa beri kesyukuran untuk mereka yang mau berfikir.
11.38am
Sungai Buloh, Selangor.
----------------------------
1.58am
Kelana Jaya,Selangor.