Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

06 January 2010

Siti Khadijah r.a

Tiba2 dalam kekalutan menatap dunia sementara ini.. aku terkenangkan kisah Khadijah..

Khadijah yang asalnya seorang jutawan.. apabila beliau memilih Islam sebagai jalan hidupnya, beliau telah menginfakkan seluruh hartanya juga jiwanya untuk juang Nabi s.a.w..

Dan saat baginda nabi s.a.w didalam ketakutan saat turunnya wahyu pertama, Khadijahlah orang yang bertanggungjawab menenangkan nabi dengan mengingatkan nabi s.a.w segala kebaikan baginda.. dan Allah tak mungkin akan memberi keburukan kepada nabi s.a.w.

Seluruh hidup Khadijah tiada yang lebih utama melainkan melindungi nabi dan menyokong perjuangan baginda,

sehingga akhir hayat Khadijah pun, saat beliau terlantar nazak di pangkuan nabi, lalu air mata nabi menetes ke wajah Khadijah.. Dalam keadaan yang sakit dan payah Khadijah bangun lalu bertanyakan
"Mengapa Ya Rasulullah, apa lagi yang boleh aku bantu untuk menyenangkan hatimu Ya Rasulullah.."

saat aku mendengar cerita ini tempoh hari.. betul2 mengesan dalam jiwa.. sungguh! Keteguhan Khadijah dalam menjadi pendamping perjuangan nabi kita Muhammad s.a.w perlu dicontohi..

Sempena tahun baru ini, ayuh renungkan semula.. jika Khadijah sampai ke hujung nyawanya tegar membelakangkan soal peribadinya demi Islam..

dimana kita??
bolehkah kita dianggap PEJUANG agama Allah?
Layakkah kita mengaku Islam dihadapan tuhan?Sedang tuntutan syahadah itu langsung terabai..

*post ini untuk aku & kita mengingatkan diri tentang makna hidup dan hakikat iman yang sering dilalaikan..astaghfirullah

2.33pm
Nepiege.

03 January 2010

I.S.K dan Rehlah.

[02012010.new. beginning]

Alhamdulillah.. meskipun tidak berkesempatan untuk ke Task Force New Year tanggal 31 Disember lalu.. Allah tetap memberi ruang dan peluang untuk aku ke ISK dan rehlah pelapis akhwat PJ..

Wahai sahabat yang dikasihi sekalian.
Sempena tahun baru ini, marilah kita tanyakan diri.. setelah berpuluh tahun aku dihidupkan didunia ini.. apa sebenarnya yang kita cari??

Belajar bagus untuk segulung ijazah??

Ataukah CGPA tinggi demi menjamin kerjya idaman dan gaji yang menawan.

rumah besar?harta yang banyak?atau apa??apa sebenarnya..

Apa yang kau cari dalam hidup ini?
[oke..fikir2kanlah..boleh rujuk 2:30 dan 51:56.. moga kalian temui jawapan.sama2lah kita menjadi yang lebih baik untuk hari mendatang..]

Okay, seterusnya dikongsikan gambar sepanjang program dihujung minggu lalu..

Sabtu : riadah petang hari, padang kecil tepi Taylors
perbincangan hangat cik pengarah dan kuli beliau
ni nak baca berita atau bernasyid.. serampang dua mata.. bagus2

Ahad : Bkt Cherakah, Shah Alam
ketibaan.
para JK.without JK makanan.
ayuh beraksi.
lagi ^_^
gambar seronok naik bas.
dengan sukahati bersidai di muka pintu.. makan aiskrim berjemaah.
kepulangan.
[ke rumah Amal.masak2+makan]

**ehemm,gambar ni xde gambar aktiviti kan??hehe..whateva la kan..

7.25pm,
rumah Vista Subang

31 December 2009

Last post for this year..2009

Salam.

Hurm.diam xdiam dah habis dah 2009.rasa macam baru semalam bersesak-sesak berprogram karnival di Shah Alam. tup tup dah setahun dah cerita itu. mcm sekelip aje baru mata ini berkedip..

Tahun ini.2009.
-[checked] sudah berprektikal di Tekad,Ampang
-[checked] sudah tamatkan belajar Sarjana Muda Sains (Bioinformatik)
-[checked] sudah bekerja di Nepiege,PJ.. Alhamdulillah.

seharusnya aku perlu berpuas hati dengan apa yang aku telah ada..
tetapi, hakikatnya ada sesuatu yg gugur dalam jalan panjang ini..
nilai ruh dan nilai tarbawi..
entah dimana telah aku cicirkan..
entah dimana aku tinggalkan..

Ya Allah,
untuk tahun baru 2010 ini, cuma satu yg aku harapkan..
semoga aku jumpa semula 'nilai' yang telah terhilang dari diri itu..
dan semoga.. aku mampu mengerah diri menjadi mukmin sebenar..

mohon ini,Engkau kabulkan Ya Allah..ameen.

2009-12-31 21:21:00
+Rumah Kelana Jaya+

27 December 2009

berlabuh sudah tirai PKN'09



Alhamdulillah.. setelah tambah tolak lebih 3 bulan merancang dan bekerja.. berakhir sudah PKN'09.

Mungkin aku seorang pesimis yang selalu melihat kepada air yang separuh kosong pada sebiji gelas.. Namun, akhirnya aku tersentak dek kisah Badar.. tentera Islam yang 313orang juga boleh menandingi tentera kufar yang 1000 orang..

maka, tahniah kepada Karisma PJ atas kejayaan antum menjadi penganjur PKN'09 kali ini.. jangan terlalu kecewa dek kekurangan, kerana dari situ akan sentiasa ada ruang pembaikan..


Tahniah juga kepada Asiyah Hasanah ^_^!! I know you can do lah.. berdebar sket2 sebelum bahas tu biasalah kan.. (tapi sila jangan suruh saya berbahas..haha)

Mabruk juga kepada ukhti kita Samihah.. atas taklifan baru yang diterima.. Moga ini merupakan tarbiyah baru untuk kamu.. ^^,

Antara kanak2 yang turut menjayakan PKN'09

Renungan PKN'09:
Qalbun mariidh* - terhasil bukan sekadar apabila tidak menjaga pandangan atau melakukan perkara 'lagho' .. malah, kemalasan dan sering berlengah dalam melakukan perkara dakwah juga sebenarnya petanda qalbun mariidh.. - Pakcik RM, Petaling

Nauzubillah, minta dijauhkan..
*terima kasih cik anon.

Rumah Kelana Jaya,
jam 10.51 pagi.

21 December 2009

Sahabat..

kalau kau rasa penat dan hampir give up dengan apa yang melelahkan sekarang..

jangan dulu..

kenang semula saat kita mengambil keputusan untuk kesini dahulu..
bukan ada sesiapa memaksa..
malah kitalah manusia matang yang membuat keputusan itu..

dan saat ini..
ketika zaman menghimpit kita dengan pelbagai rasa..
perlukah kita mengalah??
setelah awalnya kita sendiri yang memilih untuk disini..

Sekian,
Selamat bekerja semuanya..
^_^

4.11pm
Nepiege Holdings.