Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

01 February 2010

Picnik

terima kasih encik amir kerna menanyakan soalan..

"bagaimana mahu meletakkan speed dial di dalam google chrome.."
(encik ini bertanya bukan kerna dia tidak bijak IT.. tetapi beliau memang sungguh setia bersama IE.. hehe)

sebenarnye aku pun xtau.. kalau guna morzilla aku taulah.. maka aku pun find out.. mesti google chrome pun bleh buat kan.. so,

search..

search....

search......

then,
jumpa la extensions untuk google chrome.. speed dial..
selain itu aku temui picnik.. maka bermain dgn picnik dan menghasilkan ini,


hehe.itu sahaja untuk hari ini.

Sekian!
Lunch Break
Nepiege Ofis.KelanaJaya.

28 January 2010

Duduk Sebentar Bermuhasabah

Sampai satu ketika, aku membingung..
ada yang ini mengatakan bukan begitu caranya.. sepatutnya begini..
lalu yang itu pula menegas.. tentang letak perkara sepatutnya begitu dan bukan begini..

aku hanya mahu mencontohi nabi, berlapang dada dan menerima andaian manusia selagi ia tidak melanggar syarak..

namun, menjadi perantara bukan sesuatu yang mudah.. perlu membenarkan yang ini.. dan yang itu.. dalam masa yang sama pasti akal mentafsir bahasa.. lalu saikologi memulakan kerjaya..

true! aku hilang.. adakah perbedaan pendapat ini bakal menjurangkan nilai ukhhuwah??

apa yang kita kurang bukan soal apa2..

tapi .. kemampuan kita untuk duduk memahami sahabat2 kita sendiri..

belajarlah memupuk sifat empati yang tinggi, aku juga sedang belajar.. kerna hanya itu jalan mudah memahami manusia..

hanya apabila kau faham, kau mula terbuka untuk menerima..

~berlapang dadalah pada perkara yang kita balahkan dan bersatulah terhadap apa yang kita sepakati~

salam sayang,
Kelana Jaya.
1235am

24 January 2010

The Arrivals

Alhamdulillah diberi kesempatan masa sihat untuk aku menyambung episod the Arrivals yang telah terhenti sekian lama..

Dan ini yang aku dapat..

Part 3 "One who stands for nothing, will fall for anything.."
[So, kawan2 diluar sana.. ayuh perkukuhkan akidah!! Jangan terlalu mudah terpedaya dengan dunia..]

Part 4 .. Starbucks merupakan penyumbang utama kepada dana Israel.. percaya atau tidak?? lihat ini..

Logo Starbucks Coffee

Apa maknanya?? Bucks of money..


for Star (Israel)


Kita sedang hidup dalam era Zionist..

Maka akal telah Allah kurniakan untuk kita berfikir..

BERFIKIRLAH..

vistaSubang_850pm

22 January 2010

Jangan Menyerah


special dedicated for my sister,

SITI HAJAR BASRI,
usrah RS
dan
semua pembaca merentashorizon

^_^ enjoy !

* * *

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

nepiege_9.47am

21 January 2010

interview

hurm.
dalam hidup banyak benda xterduga kan.
sebenarnya aku orang yang sangat suka skip interview.
(fyi:kerja aku skrg,aku dpt xde melalui interview pun.hehe)

dulu waktu kat Tekad, adalah gak teman2 kan Abg Rizal interview workers.. tapi ye la kat sana interview nak amik kerani.admin..

tup tup.
kat Nepiege ni pun kena interview org..erk?interview nak amik programmer lagi plak.. argh! otomatik refleksi aku?tgn mula membeku.. sejuk betul ni, rasa kat kutub lak.. (ni sapa yang nak gi interview ni) ntah2 yang aku interview tu da 5 tahun pengalaman kerja..

fuh~

***
Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

***

20100121_143800pm
Nepiege Office_Kelana Jaya